Majlis Pelancaran Community Policing Dan Rakan Cop anjuran IPD Kuala Langat dan Persatuan Jaksa Pendamai Kuala Langat ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor YDH Dato' Khalid Bin Abu Bakar. Pelbagai aktiviti pesembahan kebuyaan dan pameran serta demonstrasi daripada Unit-unit PDRM serta lain-lain Jabatan Kerajaan, agensi swasta dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO'S).
Tarikh : 18 July 2009 (sabtu)
Tempat : AIM Point Plaza, Bandar Sungai Emas, Kuala Langat, Selangor (Hadapan Tesco)
Masa : 9.00 pagi-6.00 petang.
Antara Aktiviti yang disediakan:
1. Pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti:
Unit FRU/Unit Udara/ Jabatan Siasatan Jenayah/ Jabatan Narkotik/ Cawangan Trafik/ Cawangan HEA/ Majlis Daerah Kuala Langat/ Agensi Dadah Kebangsaan/ Pejabat tanah dll.
2. Persembahan seni kebudayaan :
Silat/ Dikir Barat/ Gamelan/ Tarian Berbagai Bangsa/ Boria/ Silambam/ Tarian Singa/ Persembahan kebudayaan dari Badan Kebudayaan N. Selangor dan macam2 lagi.
Rugi sape tak datang...:))
Saturday, July 18, 2009
Wednesday, July 8, 2009
Gotong royong Perdana SAMTTAR
Gotong royong ini telah diadakan pada jam 3 petang. Para pelajar dan guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan lokasi tertentu. Objektif utama adalah untuk membersih dan mengindahkan kawasan sekolah serta melahirkan rasa kasih dan cintakan sekolah. Selain itu program seperti ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama pelajar dan guru-guru. Program ini telah berakhir jam 5 petang.


Saturday, July 4, 2009
Seminar 'One Stop Crisis Center' (OSCC)
Pada hari Sabtu 4 July 2009 jam 8.45-1.00 tengahari aku telah menghadiri satu seminar anjuran ABIM Selangor, iaitu satu penenrangan berkenaan OSCC (One Stop Crisis Center) atau dalam bahasa melayunya disebut "Pusat Perlindungan bagi mereka yang Teraniaya" bertempat di Dewan Orangramai Teluk Panglima Garang.Pusat khidmat ini telah ditubuhkan pada 1977 bertujuan untuk menyediakan satu pusat perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh kepada mangsa penderaan, perkosaan dan keganasan rumahtangga. Mangsa diberi bantuan rawatan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami trauma yang serius.
Amnya OSCC terletak dibawah Jabatan Kecemasan setiap hospital kerajaan di mana terdapat kakitangan terlatih yang ditugaskan untuk merawat dan memberi penjagaan yang sewajarnya.
Kewujudan OSCC ini memang tepat pada masanya memandangkan kes-kes yang melibatkan kaum wanita seperti penderaan dan keganasan rumahtangga semakin meningkat dari semasa ke semasa pada masa ini terdapat 6 buah hospital kerajaan di Selangor yang mempunyai kemudahan OSCC antaranya :
1. Hospital Ampang
2. Hospital Serdang
3. Hospital Selayang
4. Hospital Sungai buloh
5. Hospital tengku Ampuan Rahimah
6. Hospital Kajang.
.jpg)
Antara Ahli Panel yang hadir : Dari JKM, HTAR, Polis.
Wednesday, July 1, 2009
sekitar Hari Anugerah Cemerlang
Monday, June 22, 2009
Daerah yang telah ku tinggalkan.
Pada hari ahad lepas, 21/6/2009 kami sekeluarga telah ke tanjung karang kerana menghadiri undangan perkahwinan seorang kenalan kepada suamiku Dr. Hamid di Jalan Bomba Tanjung karang. Disitu aku telah berjumpa dengan guru sekolah ku sewaktu di SAM rawang, Cikgu Saadiah. Sempatlah aku bergambar. Cikgu masih cantik seperti dulu, tapi agak berisi sikit.
Selepas ke sana, kami menuju pula ke Parit 11 Pasir Panjang iaitu ke rumah seorang rakan lamaku sewaktu aku mengajar di Sekinchan, Rasidah Hussin. Ziarah mahabbah ini sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan ku pada daerah yang pernah ku jejaki selama lebih kurang 5 tahun dulu. Waktu sampai di sana kebetulan tengah musim menuai dan jentera penuai betul2 di halaman rumahnya sedang menuai padi,, waduuhhh...aku yang sememangnya dah lama tak merasai suasana sebegini tidak melepaskan
peluang meramkan gambar2 kenangan bersama anak-anaku di sawah itu. Anginnya yang sepoi2 bertiup, sawah padi menguning, memang sungguh membuat ingatan ku pada daerah ini terimbau kembali..Terimakasih Syidah atas layanan yang sungguh istimewa daripada kalian sekeluarga.
Kemudian dari rumah Rasidah, kami
menuju pula ke Restoran Terapung Sg. Nibong, sempat minum2 disana, makan agar2 jelly kelapa muda, minum air tembikai.
Kemudian dari rumah Rasidah, kami
Kebetulan air tengah pasang, banyak pula ikan tembakul bertenggek2 kat atas batu2 tembok laut tu..lepas minum2 kami mula bertolak untuk pulang, tapi sampai di sekinchan kami singgah lagi di pekannya terutama di Quaters klinik tempat kami sekeluarga pernah menginap. Cantik, dah dicat baru, bersih,pokok2 longan, bunga kipas, kelapa pandan, mangga.
Pokok2 yang kami tanam dulu dan masih kecil waktu kami meninggalkan quaters itu, sekarang sudah besar tinggi, pokok kelapa berbuah lebat, longan pun rendang, pandan gemuk nye..sampai ke depan2 dah.
Staff nurse Azrin sekeluarga (sempat lalu depan rumah saja). Klinik tak banyak perubahan, pekan Sekinchan pun adalah sikit2 tambahan.
Tak lupa ambik gambar di supermarket paling glamer di sana iaitu pasaraya Aik Heng.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)