.jpg)
Pusat khidmat ini telah ditubuhkan pada 1977 bertujuan untuk menyediakan satu pusat perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh kepada mangsa penderaan, perkosaan dan keganasan rumahtangga. Mangsa diberi bantuan rawatan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami trauma yang serius.
Amnya OSCC terletak dibawah Jabatan Kecemasan setiap hospital kerajaan di mana terdapat kakitangan terlatih yang ditugaskan untuk merawat dan memberi penjagaan yang sewajarnya.
Kewujudan OSCC ini memang tepat pada masanya memandangkan kes-kes yang melibatkan kaum wanita seperti penderaan dan keganasan rumahtangga semakin meningkat dari semasa ke semasa pada masa ini terdapat 6 buah hospital kerajaan di Selangor yang mempunyai kemudahan OSCC antaranya :
1. Hospital Ampang
2. Hospital Serdang
3. Hospital Selayang
4. Hospital Sungai buloh
5. Hospital tengku Ampuan Rahimah
6. Hospital Kajang.
.jpg)
Antara Ahli Panel yang hadir : Dari JKM, HTAR, Polis.
No comments:
Post a Comment