Friday, May 29, 2009

Kisah Pelajar..

Episod Si Keras Kepala

Dalam satu ekspedisi lasak, dua pelajar sedang berjalan di tanah lapang yang luas. Nun...di hadapan ternampak oleh mereka satu objek berwarna putih.

Pelajar A : " Nampaknya seperti seekor burung bangau di hadapan."
Pelajar B : " Bukan, itu seekor kambing tu"
Pelajar A ; (Bila semakin dekat) " Nampaknya betullah itu seekor burung bangau."
Pelajar B : "Bukan, itu seekor kambing."

Apabila mereka semakin menghampiri objek berwarna putih itu, ternyeta ia memang seekor burung bangau. Burung itu terus terbang apabila melihat manusia semakin mendekatinya.

Si B berkata : "Hah, betul, itu seekor kambing terbang."


iktibar : Jika jelas pendirian kita silap, semailah sifat keterbukaan untuk mengubah pendirian atau sikap. Kesediaan mengubah pendirian biasanya tidak memerlukan kos namun keangkuhan untuk mengubah pendirian yang salah bakal mengundang masalah dan musibah. Dalam dunia pendidikan, para pelajar perlu peka kepada didikan para guru dan pensyarah. Sikap suka memberontak dan keras kepala pelajar dalam menerima didikan serta teguran guru dan pensyarah perlu dikikis habis-habisan..

---------ooooOOOOoooo-----------

Episod Temuduga
Al-kisah tiga orang pelajar dari Bnagladesh telah terpilih untuk mengikuti temuduga kemasukan ke Fakulti Perubatan sebuah IPTA tempatan. Temuduga ini dikendali oleh dua orang Profesor. Soalan yang ditanya adalah mengenai anatomy of human body.

Temuduga pelajar satu.
Penemuduga : " Sila berikan istilah bahasa inggeris untuk bahagian-bahagian badan manusia yang kami tunjukkan kepada kamu."

Penemuduga menunjukkan ke arah hidung .
Pelajar 1 : "ear"
Penemuduga menggelengkan kepala dan kemudia menunjukkan ke arah dagu.
Pelajar 1 : "cheek"
Penemuduga : "Are you sure?"
Pelajar 1 : "I am dead sure".
Penemuduga : " Ok, you're dead...Next."

Soalan yang sama diajukan kepada pelajar yang kedua dan jawapan yang diberikan juga salah belaka. Penemuduga bertanya sama ada pelajar kedua ini benar-benar pasti dengan jawapannya.
Pelajar kedua menjawab, "definite".
Penemuduga : "Then you're most definitely out...Next."

Apabila tiba giliran pelajar ketiga, soalan-soalan yang sama juga ditanya. dengan penuh keyakinan pelajar ketiga berjaya memberi semua jawapan dengan betul termasuk memberi jawapan secara sukarela pada bahagian-bahagian badan manusia yang lain dengan tepat sekali.
Penemuduga juga begitu terpegun dengan pelajar ketiga ini dan terus memaklumkan bahawa beliau berjaya.

Sebelum melangkah keluar, penemuduga sempat bertanya kepada pelajar ketiga rahsia kepintaran beliau. Pelajar ketiga dengan senyuman yang cukup lebar, bangun dan menunjukkan ke arah kepalanya lantas berkata, " I always use my liver".

iktibar
: kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam. Belajar dan kuasailah ilmu dengan bersungguh-sungguh agar kita boleh berperanan untuk membawa ummah ke mercu kecemerlangan dan kegemilangan.
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat jangan dilupa.

--------ooooOOOOoooo-------------

Kisah Di Pejabat

Episod The Boss is Always Right!

seorang bos yang tidak pernah bermesyuarat dengan orang bawahannya telah menggantungkan peraturan untuk dijadikan panduan pekerjanya. Peraturan itu berbunyi;

Rule No.1 : The Boss is Always Right.
Rule No.2 : If the Boss is Wrong, please REFER to rule No.1

iktibar : Janganlah ambil kira pendapat kita sahaja. Orang lain pun ada pendapat juga dan mungkin dengan pandangan yang lebih geliga. Semua pandangan boleh disatukan melalui amalan musyawarah..Akhlaq Rasulullah s.a.w. berhubung amalan murni ini perlu diteladani.

-------oooooOOOOOOooooo--------

Episod Si Pengurus Besar

ketika membuat rondaan di kilang si pengurus terlihat seorang pemuda, berseluar jeans dan bertopi sedang bersandar di dinding dengan baju yang terkeluar. Dengan marah, dia segera menghampiri pemuda itu.

Pengurus : " Berapa gaji awak sebulan?"
Pemuda : "Lebih kurang RM800"
Pengurus : " Nah (dengan kasarnya menghulur) RM 3000 gaji untuk 3 bulan dan selebihnya kira bonuslah. saya hendak awak keluar dan jangan datang lagi."

Pemuda itu pun mengambil wang dan terus beredar dengan cepat. Tindakan pengurus besar itu membuat orang lain berbisik-bisik sambil memerhatikannya. Oleh kerana tidak suka diperlakukan sedemikian, pengurus besar itu dengan tegas berkata : " Ini peringatan untuk semua! Sesiapa yang hendak bersuka-suka boleh berhenti. Saya bayar gaji untuk orang bekerja dan bukannya untuk orang berehat!" Pekerja lain semuanya senyap sepi dan terus bekerja.

Pengurus : " Jamal, beritahu saya, department mana pemuda tadi bekerja?"
Jamal : " Pizza Hut, Dia hantar pizza yang orang order, encik!"

Iktibar: Demikianlah....memang baik untuk menjadi orang penting. Tetapi adalah lebih penting untuk menjadi orang baik!


------oooOOOooo---------

Episod Si Keras Kepala 1

Dua pegawai berinteraksi mesra ;
Pegawai A : " Berapa umur tuan"?
Pegawai B : " 40 tahun".
Pegawai A ; " Tapi dua tahun lepas, saya tanya tuan soalan yang sama, tuan katakan 40 tahun juga, betul ke?
Pegawai B : " Ya , memang betul"
Pegawai A : " Kenapa demikian?"
Pegawai B :"saya sentiasa berpegang dengan apa yang saya katakan!"

Iktibar : pandangan dan pegangan yang salah tu jaganlah dipertahankan!

-----ooooOOOOoooo------

Episod Si Jahil

Seorang hakim telah dilantik untuk mengadili satu kes. Dalam kes berkenaan, selepas pihak pendakwa yang begitu petah bercakap selesai membentangkan hujahnya, tuan hakim itu terus berkata : "I think you're right!" Mendengar kata-kata hakim itu, pihak urusetia mahkamah berkata, "wahai yang arif, tolong jangan buat sebarang komen lagi kerana pihak pembela belum membentangkan hujahnya".

Pihak pembela juga merupakan seorang tokoh yang hebat dalam membentangkan hujahnya hingga tuan hakim menangis teresak-esak mendengar hujah pembela tersebut dan tatkala pihak pembela habis bercakap, dia terus berkata ; " I think you're right". Mendengar kata-kata hakim ini, pihak urusetia mahkamah berkata : "Wahai yang arif, they cant both be right." hakim terus menyampuk : " I think you're right."

Iktibar
: Setiap perlantikan tugas biarlah sesuai orangnya dengan kelayakan yang sepatutnya. Rasulullah saw bersabda maksudnya; Apabila al-amanah telah diabaikan, maka nantilah as-saah (hari kiamat). Seorang telah bertanya : bagaimanakah mengabaikan amanah itu, wahai rasulullah"? Beliau menjawab : "Apabila satu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka nantilah hari kiamat (sahih al-bukhari jilid VIII)

-----ooooOOOOoooo------

Tuesday, May 26, 2009

Demi Masa...

Peperiksaan dan Cuti Pertengahan Tahun

Peperiksaan pertengahan tahun datang lagi. Acara kemuncak sebelum berlabuhnya tirai persekolahan separuh penggal.. Macam biasa, kesibukan guru-guru sebelum dan selepas peperiksaan amatlah terasa disaat ini. tidak terkecuali diriku juga. dari membuat soalan, mengetip, menyusun, melabel, menanda, mengawasi peperiksaan, memberikan markah, membincangkan jawapan bersama pelajar, membuat analisa, statistik, headcount, pat,dan entah apa2 lagi yang sememangnya menjadi pekerjaan biasa bagi ku..

macam2 ragam pelajar2 sepanjang berlangsungnya peperiksaan, kalau yang banyak study tu mungkinlah banyak pula idea yang hendak ditulisnya, alhamdulillah. tapi bagi yang sebaliknya tu, mudah saja nak mengenalinya, dapat saja kertas, baca sambil lalu agak2 tak boleh jawab....tdor...langsung tak de usaha nak fikir sikitpun, padahal semua benda dalam soalan tu dah dipelajari di dalam kelas. Ada pula yang kata, soalan susahlah, tak belajarlah, tak fahamlah, nak jawab macam manalah, aduhaiii... apa lagi yang tak kena dalam kaedah pembelajran dan pengajaran di dalam kelas, bagaimana lagi harus guru2 ini memahamkan kalian. perlu kah sampai merotan, memukul, melempang, mencubit....jika sampai terpaksa, aku bisa saja melakukannya....

sikap malas terlalu menguasai diri, cubalah buang sedikit, sedikiiiitttt saja kemalasan yang bersarang dalam hati tu... Kata pepatah..." berakit2 kehulu, berenang2 ketepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian" ... " dimana ada usaha, disitu ada kejayaan" .." yang pipih takkan datang melayang, yang bulat takkan datang bergolek"...jadi, janganlah berlengah2 lagi, jangan buang masa, jangan angan2, jangan main2 masa belajar, beri penumpuan, perhatian, tugasan yang diberi disiapkan, pelajaran yang dipelajari diingatkan, kemudian doa, tawakal...

ada lagi pepatah arab mengatakan " Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya dia akan memotong kamu" .." Masa itu seperti emas".."Masa itu seperti duit"..jika masa tiu telah memotong kita, tentulah kita akan menjadi orang2 yang paling rugi sekali...Andai masa yang telah berlalu dapat ku putar kembali.. Begitu pentingnya masa sehingga dalam Al-quran pun ada menyebut tentang masa ....Allah bersumpah dengan masa bermaksud "" Demi Masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran..."

Oleh itu marilah kita sama2 menghargai masa yang terluang,
Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati...(nanti nak upload lagu raihan kat sini)

wassalam.

Monday, May 18, 2009

Sambutan Hari Guru di Sekolah

Hari ini di sekolah diadakan sambutan hari guru. seperti tahun tahun sebelumnya, sambutan hari guru memang meriah dimana2 jua, termasuklah di sekolah tempat aku mengajar. Hari jumaat dah dipesan semua cikgu kena pakai baju warna biru pada hari isnin.
Cikgu Nurizah dan cikgu Roziana

cikgu Marina

cikgu Norlida dan cikgu Khairul


Jadi pagi tadi cikgu2 semua diarak dari depan bilik guru ke dewan besar al-Ghazali diiringi paluan kompang. Ada pula cikgu yang ditandu..siapa lagi, pengetualah, hehehe. Sampai depan dewan ada pertunjukan silat sebelum kami dibenarkan melangkah masuk ke dalam dewan. selesai upacara silat, kami pun masuk ke dalam dewan. Amboooiii...bukan main lagi macam meraikan pengantin dengan pintu gerbang dihiasi indah, bunga rampai ditabur2, lambaian dan ucapan Selamat Hari Guru yang tak putus-putus dari para pelajar yang berdiri di kiri kanan sepanjang laluan. Setiap tahun beginilah keadaannya bila sambutan hari guru menjelang tiba.

tengok tu, bukan main gayat lagi orang tua tu ditandu bagai..hehe



Dalam dewan pula jangan katalah, rasanya aku pun tak mampu nak buat secantik yang budak2 tu buat. Pelajar2 tingkatan 6 memang berbakat, maklumlah dah nak melangkah ke gerbang perkahwinan lah katakan..hehehe.

Acara demi acara, dari ucapan Ketua umum, ucapan pengetua, nyanyian lagu Guru Malaysia, Guru Pembangun Negara Bangsa, Sukan, persembahan pelajar, persembahan guru2 lelaki dan perempuan, anugerah kategori guru..tang ini aku tak dapat anugerah apa2, agaknya kalau ada anugerah cikgu paling garang dan serius mungkin aku boleh dapat kot..heheh. Cikgu Khairul, cikgu Maziah, Cikgu Faizal, PK HEM, cikgu chekyah, cikgu Noraliza, masing2 dapat anugerah mengikut kategori yang telah ditentukan pelajar. Tahniah ye cikgu2 semua..

acara sukaneka----" Dara Berhias" yang paling kelakar, kena buat baju dari kertas.

habis budak2 ni kena kerja dengan cikgu2...hehehe..

Semua guru diberi hadiah yang sama dari OTE (organisasi tingkatan 6) dan dari pihak badan pengawas kot satu lagi tu, selebihnya dari pelajar2 pujaan masing2..
Terimakasih duhai pelajar2 semua atas penghormatan ini, namun jangan dilupa sebenarnya guru2 seperti ibu dan bapa kamu, sebagaimana kita raikan mereka dengan mendengar nasihat mereka begitu jugalah dengan guru2. Tiada yang menggembirakan kami selain dengan kejayaan kamu dari ilmu yang telah kami curahkan. kejayaan dalam akademik mahupun pada syakhsiah dan akhlak peribadi kamu sekelian didunia apatah lagi di akhirat. Itulah yang lebih bermakna buat kami...Akhir kata selamat maju jaya.. Wassalam.

Sunday, May 17, 2009

Keajaiban Air

Saat aku baca satu artikel dari blog seorang teman berkenaan telaga zam-zam, teringat akan sebuah cerita yang pernah disampaikan oleh pensyarah Alam sekitar aku sewaktu di MPI(KPLI-KDC 2003) Pn Khairul Bariah, berkenaan molekul air termasuk air zam-zam.


Kajian dan penemuan seorang doktor perubatan alternatif dari Jepun --Dr. Masaru emoto berkenaan air yang dapat merespon doa, suara, lagu, dan suasana disekelilingnya. Ternyata air adalah satu sebatian yang "hidup". “Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup.” (QS. Al Anbiya : 30).

Apabila dibacakan sesuatu yang baik pada air itu maka molekul air akan berubah menjadi indah dan cantik, seperti cantuman butiran permata , sebaliknya jika dibacakan sesuatu yang tidak baik maka rupa molekulnya akan berubah menjadi buruk.


Ini adalah fakta dari hasil kajian doktor Masaru emoto bersama bahan buktinya yang boleh dijumpai merata di dalam internet dan beliau juga ada menulis sebuah buku bertajuk The Hidden Message in Water- by masaru emoto- Kebanyakan ulasan yang aku baca dalam bahasa indonesia. Daku temukan satu untk simpanan blog ini.

----------ooooOOOoooo-----------

Berikut adalah gambar keajaiban air tsb :
Ketika dibacakan doa untuk kesembuhan didepan sebotol air maka terekam kristal seperti gambar dibawah:


Ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan.


Ketika diputarkan musik symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga.


Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal akan hancur

Kristal air ini merekam lagu ‘Imagine’ dari John Lennon. Spt lagunya, kristal ini unik dan indah. Setiap elemen tumbuh dg harmonis.


Saat diungkapkan ‘war’, kpd kristal air (sebelah kiri), maka bentuk kristal ‘peace’ (kanan) tertabrak oleh benda mirip pswt (WTC pd 9 Sept). Gb dirakam sblm kejadian.

Selanjutnya ditunjukkan kata ”malaikat” : terbentuk rantai dg kristal hexagonal yg indah (gambar kiri) dan ketika ditunjukan kata “setan”, kristal berbentuk buruk dg bola api ditengah (gambar kanan).

Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menguraikan bahwa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi pemberi pesan, semakin dalam pesanan tercetak di air. Air boleh mentransfer pesanan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan, kenapa air putih yang didoakan boleh menyembuhkan si sakit dengan izin Allah.

Dulu ini kita anggap musyrik, atau paling sedikit kita anggap sekadar sangkaan, tetapi ternyata molekul air itu menangkap pesan doa kesembuhan, menyimpannya, lalu vibrasinya merambat kepada molekul air lain yang ada di tubuh si sakit. Tubuh manusia memang 75% terdiri atas air. Otak 74,5% air. Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air.

Air putih galon di rumah, bisa setiap hari didoakan dengan khusyu kepada Allah, agar anak yang meminumnya saleh, sehat, dan cerdas, dan agar suami yang meminum tetap setia. Air tadi akan berproses di tubuh meneruskan pesan kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Allah, pesan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari.

Ternyata air zamzam begitu berkhasiat karena dia menyimpan pesan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Bila kita renungkan berpuluh ayat Al Quran tentang air, kita akan tersentak bahwa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahwa air tidak sekadar benda mati. Dia menyimpan kekuatan, daya rakam, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia.

Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat wajib perlu air wudhu' 5 kali sehari. Habis bercampur, suami istri wajib mandi. Mati pun wajib dimandikan. Tidak ada agama lain yang menyuruh memandikan jenazah, malahan ada yang dibakar. Tetapi kita belum melakukan zikir air. Kita masih perlakukan air tanpa hormat. Kita buang secara mubazir, bahkan kita cemari. Astaghfirullah...

--->Kalau kita hendak air manis kita tambahkan gula, kalau kita hendakkan air itu warna merah kita tambahlah sirap, tapi kalau kita nak air itu jadi penyembuh..kita bacakan doa2 padanya. Allahu a3lam.

gambar dan info dicopy dari :oasezam.wordpress.com

lihat video dibawah ini apabila dinyanyikan lagu2 kebangsaan pada air, molekulnya berubah dengan indah.

sumber :http://www.youtube.com/watch?v=Bx2BxzKYfks

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Klik untuk download minusone

Lagu Guru Malaysia

Hari ini henfon aku tak berhenti2 sms bertali arus masuk dari kawan2 seperjuangan yang bergelar guru, dari pelajar2 dan bekas2 pelajar dimana jua mereka berada, tak lupa ucapan istimewa dari anak2 ku yang 4 orang kat rumah ni, dari suamiku sudah tentu.., itu pun setelah aku ingatkan hari ni hari guru..hehehe..

ucapan yang ku terima tak lain dan tak bukan ...SELAMAT HARI GURU... Rasa berbunga dihatiku.. Terimakasih kepada semua . Dan aku juga ingin mengucapkan kepada semua guru di Malaysia dengan ucapan yang sama. Ingatlah tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita amatlah besar untuk mendidik anak bangsa dan membangunkan Jasmani, emosi, rohani dan intelek mereka..Semoga segala usaha yang dicurahkan oleh guru2 dulu kini dan selamanya akan dinilai disisi Allah sebagai satu amal ibadah Soleh. Amin..

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Thursday, May 14, 2009

3,000 hadir temuduga terbuka Jabatan Pelajaran

Lebih 3,000 pencari kerja menghadiri sesi temuduga terbuka di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di sini hari ini.

Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abd Rahman, berkata empat jenis jawatan ditawarkan termasuk guru siswazah kontrak, pegawai tadbir kontrak, penolong pegawai tadbir kontrak dan pembantu tadbir kontrak.

Temuduga terbuka itu, yang sepatutnya diadakan sehari sahaja, di lanjutkan sehingga esok disebabkan terlalu ramai yang hadir, katanya.

Temuduga serupa turut diadakan di beberapa negeri lain.
– BERNAMA