Episod The Boss is Always Right!
seorang bos yang tidak pernah bermesyuarat dengan orang bawahannya telah menggantungkan peraturan untuk dijadikan panduan pekerjanya. Peraturan itu berbunyi;
Rule No.1 : The Boss is Always Right.
Rule No.2 : If the Boss is Wrong, please REFER to rule No.1
iktibar : Janganlah ambil kira pendapat kita sahaja. Orang lain pun ada pendapat juga dan mungkin dengan pandangan yang lebih geliga. Semua pandangan boleh disatukan melalui amalan musyawarah..Akhlaq Rasulullah s.a.w. berhubung amalan murni ini perlu diteladani.
-------oooooOOOOOOooooo--------
Episod Si Pengurus Besar
ketika membuat rondaan di kilang si pengurus terlihat seorang pemuda, berseluar jeans dan bertopi sedang bersandar di dinding dengan baju yang terkeluar. Dengan marah, dia segera menghampiri pemuda itu.
Pengurus : " Berapa gaji awak sebulan?"
Pemuda : "Lebih kurang RM800"
Pengurus : " Nah (dengan kasarnya menghulur) RM 3000 gaji untuk 3 bulan dan selebihnya kira bonuslah. saya hendak awak keluar dan jangan datang lagi."
Pemuda itu pun mengambil wang dan terus beredar dengan cepat. Tindakan pengurus besar itu membuat orang lain berbisik-bisik sambil memerhatikannya. Oleh kerana tidak suka diperlakukan sedemikian, pengurus besar itu dengan tegas berkata : " Ini peringatan untuk semua! Sesiapa yang hendak bersuka-suka boleh berhenti. Saya bayar gaji untuk orang bekerja dan bukannya untuk orang berehat!" Pekerja lain semuanya senyap sepi dan terus bekerja.
Pengurus : " Jamal, beritahu saya, department mana pemuda tadi bekerja?"
Jamal : " Pizza Hut, Dia hantar pizza yang orang order, encik!"
Iktibar: Demikianlah....memang baik untuk menjadi orang penting. Tetapi adalah lebih penting untuk menjadi orang baik!
------oooOOOooo---------
Episod Si Keras Kepala 1
Dua pegawai berinteraksi mesra ;
Pegawai A : " Berapa umur tuan"?
Pegawai B : " 40 tahun".
Pegawai A ; " Tapi dua tahun lepas, saya tanya tuan soalan yang sama, tuan katakan 40 tahun juga, betul ke?
Pegawai B : " Ya , memang betul"
Pegawai A : " Kenapa demikian?"
Pegawai B :"saya sentiasa berpegang dengan apa yang saya katakan!"
Iktibar : pandangan dan pegangan yang salah tu jaganlah dipertahankan!
-----ooooOOOOoooo------
Episod Si Jahil
Seorang hakim telah dilantik untuk mengadili satu kes. Dalam kes berkenaan, selepas pihak pendakwa yang begitu petah bercakap selesai membentangkan hujahnya, tuan hakim itu terus berkata : "I think you're right!" Mendengar kata-kata hakim itu, pihak urusetia mahkamah berkata, "wahai yang arif, tolong jangan buat sebarang komen lagi kerana pihak pembela belum membentangkan hujahnya".
Pihak pembela juga merupakan seorang tokoh yang hebat dalam membentangkan hujahnya hingga tuan hakim menangis teresak-esak mendengar hujah pembela tersebut dan tatkala pihak pembela habis bercakap, dia terus berkata ; " I think you're right". Mendengar kata-kata hakim ini, pihak urusetia mahkamah berkata : "Wahai yang arif, they cant both be right." hakim terus menyampuk : " I think you're right."
Pihak pembela juga merupakan seorang tokoh yang hebat dalam membentangkan hujahnya hingga tuan hakim menangis teresak-esak mendengar hujah pembela tersebut dan tatkala pihak pembela habis bercakap, dia terus berkata ; " I think you're right". Mendengar kata-kata hakim ini, pihak urusetia mahkamah berkata : "Wahai yang arif, they cant both be right." hakim terus menyampuk : " I think you're right."
Iktibar : Setiap perlantikan tugas biarlah sesuai orangnya dengan kelayakan yang sepatutnya. Rasulullah saw bersabda maksudnya; Apabila al-amanah telah diabaikan, maka nantilah as-saah (hari kiamat). Seorang telah bertanya : bagaimanakah mengabaikan amanah itu, wahai rasulullah"? Beliau menjawab : "Apabila satu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka nantilah hari kiamat (sahih al-bukhari jilid VIII)
-----ooooOOOOoooo------
2 comments:
hehehe,suka part bg duit free mcm tu je kat budak pizza tu.
tula..best kan dapat duit free...ehehehe..
Post a Comment