Episod Si Keras Kepala
Dalam satu ekspedisi lasak, dua pelajar sedang berjalan di tanah lapang yang luas. Nun...di hadapan ternampak oleh mereka satu objek berwarna putih.Pelajar A : " Nampaknya seperti seekor burung bangau di hadapan."
Pelajar B : " Bukan, itu seekor kambing tu"
Pelajar A ; (Bila semakin dekat) " Nampaknya betullah itu seekor burung bangau."
Pelajar B : "Bukan, itu seekor kambing."

Si B berkata : "Hah, betul, itu seekor kambing terbang."
iktibar : Jika jelas pendirian kita silap, semailah sifat keterbukaan untuk mengubah pendirian atau sikap. Kesediaan mengubah pendirian biasanya tidak memerlukan kos namun keangkuhan untuk mengubah pendirian yang salah bakal mengundang masalah dan musibah. Dalam dunia pendidikan, para pelajar perlu peka kepada didikan para guru dan pensyarah. Sikap suka memberontak dan keras kepala pelajar dalam menerima didikan serta teguran guru dan pensyarah perlu dikikis habis-habisan..
---------ooooOOOOoooo-----------
Episod Temuduga
Al-kisah tiga orang pelajar dari Bnagladesh telah terpilih untuk mengikuti temuduga kemasukan ke Fakulti Perubatan sebuah IPTA tempatan. Temuduga ini dikendali oleh dua orang Profesor. Soalan yang ditanya adalah mengenai anatomy of human body.
Temuduga pelajar satu.
Temuduga pelajar satu.
Penemuduga : " Sila berikan istilah bahasa inggeris untuk bahagian-bahagian badan manusia yang kami tunjukkan kepada kamu."
Penemuduga menunjukkan ke arah hidung .
Pelajar 1 : "ear"
Penemuduga menunjukkan ke arah hidung .
Pelajar 1 : "ear"
Penemuduga menggelengkan kepala dan kemudia menunjukkan ke arah dagu.
Pelajar 1 : "cheek"
Penemuduga : "Are you sure?"
Pelajar 1 : "I am dead sure".
Penemuduga : " Ok, you're dead...Next."
Soalan yang sama diajukan kepada pelajar yang kedua dan jawapan yang diberikan juga salah belaka. Penemuduga bertanya sama ada pelajar kedua ini benar-benar pasti dengan jawapannya.
Pelajar kedua menjawab, "definite".
Penemuduga : "Then you're most definitely out...Next."
Apabila tiba giliran pelajar ketiga, soalan-soalan yang sama juga ditanya. dengan penuh keyakinan pelajar ketiga berjaya memberi semua jawapan dengan betul termasuk memberi jawapan secara sukarela pada bahagian-bahagian badan manusia yang lain dengan tepat sekali.
Penemuduga juga begitu terpegun dengan pelajar ketiga ini dan terus memaklumkan bahawa beliau berjaya.
Sebelum melangkah keluar, penemuduga sempat bertanya kepada pelajar ketiga rahsia kepintaran beliau. Pelajar ketiga dengan senyuman yang cukup lebar, bangun dan menunjukkan ke arah kepalanya lantas berkata, " I always use my liver".
Sebelum melangkah keluar, penemuduga sempat bertanya kepada pelajar ketiga rahsia kepintaran beliau. Pelajar ketiga dengan senyuman yang cukup lebar, bangun dan menunjukkan ke arah kepalanya lantas berkata, " I always use my liver".
iktibar: kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam. Belajar dan kuasailah ilmu dengan bersungguh-sungguh agar kita boleh berperanan untuk membawa ummah ke mercu kecemerlangan dan kegemilangan.
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat jangan dilupa.
--------ooooOOOOoooo-------------
No comments:
Post a Comment