Wednesday, March 27, 2019

Rehlah ke Terengganu Darul Iman

Assalamualaikum wbth. Bertemu kembali. Lama sungguh tak menulis di blog ini. Sudah setahun. Kali ini saya nak merakamkan percutian ke negeri Terengganu. Ini adalah kali kedua kami sekeluarga menjejak kaki di sana. Kali terakhir rasanya 15 tahun dulu menghantar rombongan adik kahwin di Ajil. 

Sebelum cuti pertengahan penggal persekolahan baru ini berkobar-kobar sangat saya nak ke Terengganu, puncanya ialah semasa saya mengajar di dalam kelas untuk subjek Bahasa Arab ada satu tajuk "Tempat-tempat bersejarah dan menarik di Malaysia" salah satunya ialah Taman Tamadun Islam. Bila saya bertanya kepada pelajar siapa yang pernah sampai ke sana, ramai yang angkat tangan. Mereka bercerita macam-macam, waduh! maunya saya tak tercabar. Bermula dari situ saya berazam hendak ke Terengganu dan beberapa negeri yang diceritakan di dalam buku teks tersebut. Kita mulakan Terengganu dulu. 

Maka bermulalah perjalanan kami sekeluarga 5 dari 6 orang, seorang anak tidak dapat turut serta sebab masih ada kelas. Perjalanan selama 7 jam. Pagi 24/3/2019 (Ahad) jam 5:45 pagi kami bertolak dan berhenti solat subuh di surau highway SKVE, berhenti lagi sarapan di R&RTemerloh dan selamat tiba ke destinasi lebih kurang jam 12:50 tengahari. Menginap di Homestay Nany Kuala Terengganu, 100 meter dari Muzium negeri dan 3km ke Taman Tamadun Islam.


Bentong


Selepas Check in dan turunkan barang, tinjau-tinjau rumah, tak boleh memasak je di situ yang lain ok untuk tidur dan berehat-rehat bolehlah tapi untuk mandi berkolam renang memang tak lah, dalam kawasan perumahan, satu malam RM190, 3 bilik, ada aircond, plug banyak, bilik air 1, tandas 1, dapur ada peti ais, cerek elektrik, pinggan cawan, seterika. oklah kan.




Homestay Nany

lepas turunkan barang kami keluar semula ke Pantai Teluk Ketapang untuk makan di kedai makan ikan celup tepung (ICT) Pok Long. Mulanya kami ke ICT Pok Nong di Mengabang Telipot tapi masyaAllah ramainya umat sampai beratur sepanjangnya, tak sanggup. Jadi kami cuba ke ICT Pok Long pula. Alhamdulillah ada meja kosong walaupun ramai tak perlu sampai beratur. Alhamdulillah puashati makan. Ikan pari celup tepung, kepok lekor, udang celup tepung itu je yang kami order. Di sini tiada nasi ye makan lauk je. Selepas makan kami bergambar pula di bawah pokok2 ru yang banyak kat depan seberang kedai tu, sejuk, redup angin pantai nyaman..


Pantai Teluk Ketapang







Selepas solat Zohor dan asar Jamak Taqdim, kami terus ke Taman Tamadun Islam. Wah teruja sangat nak tengok tempat ni macam dalam buku teks tu. Lepas bayar semua dan dapat 'passport' kami pun masuklah ke dalam tu. Oleh kerana hari panas terik dan nak berjalan keliling pun luas kawasannya, macam tak larat, jadi kami sewa buggy untuk 5 orang harga lebih kurang RM64 bersama pemandu yang ramah memberi penerangan.Kesemuanya ada 23 monumen islam dari seluruh dunia.untuk maklumat lanjut layari www.tti.com.my 

gambar google



Suleyman Mosque, Turkey
Kudus Minar, Central Jaya Indonesia

Pattani Central Mosque, thailang
Sultan Mosque Singapore

Taj Mahal, Agra India

Badshahi Mosque Lahore Pakistan

Baitul Maqdis Palestine


Great Mosque, Sammara Iraq
Abu Nasr Parsa Afghanistan

Kota Aleppo, Syria

Menara Kalyan Uzbekistan
Pesalah akan di campak dari atas menara ni.
Afghanistan
Agadez, Nigeria
Xian Mosque China

Ada lagi yang lain yang saya memang tak rakam, sebab dah pernah pergi lihat yang real seperti Masjidil Haram, Masjidin Nabawi, masjid Omar Ali Sharif Brunei, Mohamed Ali Mosque Egypt dan Masjid Negara. Alhamdulillah.


Selesai round TTI dalam 6:30 petang kami ke masjid kristal pula tak jauh, sebelah aje, hajat nak solat maghrib sekali di situ rupanya masjid sedang di renovate jadi dapat tengok dari luar sajelah. Khabarnya masjid ini dibuat dari kaca, besi dan kristal saja. 




Selesai lawatan untuk hari pertama 24/3/2019. Sambung esok pula. Balik homestay rehat.

25/3/2019 Isnin. Lokasi dituju Masjid Terapung, Pasar Payang, Muzium Negeri  dan pantai Batu Burok.

Pagi-pagi kami terus ke masjid terapung, ini kali kedua saya sampai di sini. 

Masjid Terapung

Muzium Negeri Terengganu. Besarnya Muzium dia.. Allahu Akbar. Unik rekabentuk tradisional. Boleh lihat lanjut http://museum.terengganu.gov.my/


Pantai Batu Burok.
Kalau datang ke sini tak sah kalau tak pergi pantai. Memang cantik pantai-pantai di sini. Subhanallah.




Terengganu Drawbridge - masa ni belum di buka lagi, kami makan kat kedai2 bawah tu, jadi pemandangannya malap ajelah.


Sampai sini dulu cerita saya kali ini. InsyaAllah lain kali cerita lagi.
Dah baca jangan lupa bagi reaction sikit kat bawah tu ya. Terimakasih sudi baca.
Wassalam.













Friday, April 29, 2016

Menjalani Pembedahan.

Untuk rekod. rentetan peristiwa :




Isnin- 28/3/2016 jam 3 petang terasa sakit, makin lama merebak sampai ke pinggang. sampai tak boleh nak bangun. sakit teramat sangat.

Selasa 29/3/2016- ambil cuti sakit. makan ubat tahan sakit dan buat urine test, sebab ingat kemungkinan kencing kotor.

Jumaat 1/4/2016- pergi urut, ingatkan apa2 yang tak kena. cuti sakit lagi.

Isnin 4/4/2016- sakit masih ada sikit2 tapi boleh berjalan. petang balik sekolah pergi klinik Siti buat scan, Doktor kata ada macam cyst 6-7cm. Mula susah hati tak keruan.

Khamis 7/4/2016 - jumpa pakar O&G (sakit puan) Dr. Siti Esah Bahari di KPJ Hospital Shah Alam. pergi dengan suami. Ini kali kedua jumpa Dr. siti esah sejak 5 tahun yang lalu. Buat scan sekali lagi, Dr. kata kemungkinan cyst atau fibroid 8cm, tumbuh di atas bahagian rahim. Artikel tentang fibroid boleh dibaca internet atau di blog Dr. Hamid Arshat . untuk pastikan cyst/fibroid kena buat operation. Hari ni ambil cuti sakit lagi. Tarikh diberi 11/4 utk admission ke ward.

Isnin 11/4/2016 tangguh sebab sakit tekak dan nak demam. berisiko untuk operate. tarikh baru 19/4.

Selasa 19/4/2016 tangguh lagi sebab belum berapa baik dari batuk. tarikh baru 26/4.

Selasa 26/4/2016 berangkatlah ke KPJ Shah Alam dengan macam2 perasaan. bertawakal pada Allah mudah2an selamat segalanya. Jam 3 petang ditolak ke dewan bedah. Diberi bius separuh badan, pakar Anaesthesiologist Dr. Marlizan Muhammad Yusuff sambil mengingat2kan aku supaya baca ayat kursi, baca 3 qul, zikir2. Lepas tu tak sedar dah apa berlaku. Dr. Siti Esah sendiri yang melakukan pembedahan.

sejam lepas tu selesai pembedahan. dan ditolak ke ward 209. suami, anak ku syatrah, emak dan abang ku farith menunggu. Alhamdulillah syukur. masih  bernafas lagi aku ya Allah. semoga kesakitan ini kaffarah keatas dosa2ku. Pertama kali dalam hidupku menjalani pembedahan. Ketulan fibroid yang dikeluarkan berukuran 10x5cm dengan beberapa bonjolan.
Kesan bius membuatkan aku tidur seharian, terjaga sekejap, masih terasa kebas dari pinggang sampai ke kaki. Amat pedih sekali bila cuba bangun. Begitu payah Y aAllah.

Hari kedua aku sudah dibenarkan makan. sudah boleh bangun dengan dipapah untuk ketandas. bersolat dalam keadaan berbaring. syukur alhamdulillah. 

Khamis 28/4- dibenarkan pulang kerana keadaan semakin baik. Alhamdulillah. diberi cuti selama sebulan bermula 26/4 hingga 25/5. 

Semoga Allah memberikan ganjaran sebaik2nya kepada mereeka semua yang membantu dalam urusan ku ini. Terimakasih tidak terhingga atas rawatan, bantuan dan sokongan serta doa dari kalian semua.

Sekian.




Sunday, January 3, 2016

Panduan Borang Maklumat Kelas Online (untuk guru kelas)

Assalamualaikum wbth, kembali bersua.

Tahun 2016 ini selain tugas utama saya mengajar di sekolah, saya juga diberikan beberapa tugas sampingan antaranya guru kelas tingkatan 3 fatonah. Guru kelas adalah satu tugas yang bolehlah dikatakan agak rumit juga. Dari mengisi kehadiran pelajar setiap pagi, mengutip yuran, melengkapkan aplikasi pangkalan data online, menyusun atur kelas, mencetak slip2 peperiksaan seterusnya berkkomunikasi dengan ibu bapa tentang pencapaian anak-anak mereka di sekolah.

Pertama kali menatap buku rekod kedatangan pelajar tahun 2016 saya termenung panjang sambil berfikir bagaimana bisa saya melengkapkan buku ini dengan cara yang mudah. ada lebih kurang 22 maklumat bagi setiap pelajar yang perlu di isi oleh guru kelas. Maklumat ini mestilah betul dan tepat serta tulisan yang jelas dan difahami kerana ia akan menjadi rujukan utama sekiranya ada sebarang kecemasan melibatkan pelajar di sekolah.  Jika tidak kena angin menulisnya pasti bermacam2 lentuk liuk tulisan yang keluar. 
 

Allah memberikan saya idea, BORANG MAKLUMAT PELAJAR ONLINE perlu dibuat segera. Borang ini di buat menggunakan aplikasi google form. Contoh yang telah siap boleh di lihat di link berikut http://bit.ly/1ZEPtYR .


Apabila kita membina borang online menggunakan google form, satu data dari responden akan terbentuk secara automatik di dalam google sheets (seperti excel). Bererti kita dapat dua sekali iaitu borang online dan data2 yang siap tersusun apabila responden memasukkan maklumat di dalam borang itu tadi. Tak sampai satu hari saya telah dapat mengumpul data2 sebahagian pelajar kelas saya. Saya memanfaatkan group whatsapp 3 fatonah untuk menyebarkan link borang online tadi kepada pelajar kelas saya. Dibawah ini saya kongsikan bagaimana hendak  membuat borang tersebut.

Jika login dengan yes mail.. atau frog vle.
  


Selepas login, pergi ke quick launch dan pilih drive seperti yang saya bulatkan dalam gambar.

Sekiranya login menggunakan gmail, langkahnya seperti di bawah..


setelah berjaya memasuki drive dan memilih google form, bermulalah langkah merangka borang yang di inginkan.
klik pada gambar untuk lebih jelas

----
sambung lagi sikit..


Dibawh ini adalah contoh data yang telah tersusun dalam google sheet apabila responden mengisi borang tersebut.

klik untuk paparan besar


Wednesday, November 18, 2015

Minggu2 akhir persekolahan.. 2015

Assalamualaikum pembaca budiman..( jika masih ada yg sudi baca atau terbaca)
Lama sungguh tak menulis2 di blog ni, satu ketika dulu boleh lah dikatakan saya ni agak mahir juga berblogspot (masuk bakul angkat sendiri)  namun sekarang blog ni tak kurang seperti arkib catatan perjalanan suka duka kehidupan saya.
Malah ketika beberapa org rakan bertanya dan meminta saya mengajarkan mereka berblog,  saya tak berapa yakin kerana sudah lama skil ber bloging ini ditinggalkan.
Entah kenapa tiba2 hari ini saya terasa nak berblog pula. Jadi saya install app. blog dari android.  Harap ini bukanlah catatan terakhir dlm hidup saya..
Minggu ini adalah minggu2 akhir persekolahan 2015. Banyak agenda yg hendak dikejar. Antaranya, menghadiri penyampaian hadiah hari kecemerlangan sekolah anak2.
Tahun ini alhamdulillah Allah memberikan kami rezeki yg menggembirakan. Dari situ saya terfikir, kadang kala untuk mendapat banyak perlu memberi banyak. The more we give the more we get back. Kesenangan, kejayaan, kegembiraan itu bukan dtg bergolek, ia perlu diusahakan dengan sedaya mungkin. Apapun syukur alhamdulillah diatas segala nikmat tuhan yg tidak terhitung banyaknya buat kita semua hambaNya. Dari celik mata hingga tutup mata semula. Terrrrlalu banyak. Subhanallah. 
Rasanya cukiplah smapai di siNi dulu. Sehingga berjumpa lagi insyaallah.Wassalam.
Tahniah kepada anak2 yg berjaya dalam peperiksaan 2015.

Friday, March 27, 2015

Seronok cuti sekolah 2015

Tahun 2015 ini saya menjalani cuti sekolah dengan mengisi masa lapang dgn pelbagai aktiviti sekitar rumah saja. Terasa seperti cuti akhir tahun ini tidak mencukupi kerana banyak perkara yg hendak dilakukan. Jom tengok gambar apa saya buat cuti ni...
kitar semula

Monday, May 26, 2014

Pergi tak kembali

Assalamualaikum,
Hari ini tanggal 26/5/2014, isnin, bersamaan rejab 1435hijrah perginya bapa mertua hamba Haji Khailani Bin Mangon  67 tahun kerahmatullah, pergi yg tak kembali lagi.
Untuk kali keduanya hamba merasakan kehilangan insan yg dipanggil ayah/bapa. Kali pertama sewaktu usia hamba 10 tahun, iaitu 30 tahun lalu.
Sudah pasti yg pergi ditangisi. Semoga ayahanda berdua dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa.
Alfatihah.