Monday, December 2, 2013

Le tour du Langkawi


26/11/2013 (Selasa)
Assalamualaikum.

Kali ni nak bercerita tentang rehlah ke Langkawi bersama keluarga. Pemilihan tempat kali ini adalah kerana empat tahun lepas kami telah sampai ke Pulau ini, entrinya di sini tetapi tidak dapat berjalan sangat kerana bergegas pulang. Satu lagi, tahun lepas tidak sempat bercuti2 kerana urusan pindah rumah. Perjalanan kali ini bermula dengan penerbangan ke Langkwi seramai 6 org menaiki pesawat tambang murah Air Asia pada 26/11/2013, jam750 malam. Kapal terbang yg sepatutnya berlepas 725, ditangguhkan kerana lewat tiba. Beberapa minggu dalam bulan Nov dan Disember, tiket Air Asia agak murah juga. RM50 seorang untuk one way ticket.

Flight penuh dengan mat saleh, arab dan rakyat malaysia. Jam 9 malam selamat mendarat di Pulau Langkawi.
Di airport kami diambil oleh pemilik Homestay D'padi ke tempat penginapan lebih kurang 7-8 minit perjalanan dari airport. Alhamdulillah rumahnya elok, selesa. waktu kami sampai dah malam, jadi tak nampak pemandangan sekitarnya. nampak rumah sebelah kanan kiri depan saja.
Bila bangun pagi buka pintu dapuq, subhanallah masyaallah, cantiknya,sawah padi menghijau, sayup-sayup kebiruan bukit dan gunung ganang, sekawan lembu sdg meragut rumput, bangau berterbangan beriringan, sang suria pula mula memancarkan sinarnya dibalik kepulan awan, udara yang sungguh nyaman sekali.
patutlah nama d'padi, memang duk tengah bendang rupanya.



 27/11/2013 (Rabu)
(KOTA MAHSURI, CABLE CAR, 6D, PANTAI CHENANG)
8,45-10,30 Destinasi pertama pagi ini ialah ke Makam  Mahsuri the lagend  dan kawasan sekitarnya.

Replika rumah Panglima Hitam
Dikisahkan serba sedikit tentang Panglima Hitam yang digeruni akan namanya dan siapakah MEREKA... 
Seringkali diceritakan kepada semua tentang Panglima Hitam yang mana pergerakan silatnya amat pantas dan licik serta mampu menghapuskan musuh dengan sekelip mata sahaja. Ada yang terkeliru mengatakan bahawa Panglima Hitam itu adalah namanya dan hanya ada satu sahaja di Tanah Melayu. Akan tetapi jika tuan hamba beranggapan begitu, ternyata tanggapan tuan hamba tidak tepat kerana Panglima Hitam ini hanyalah GELARAN bagi Pahlawan Di-Raja yang diberikan oleh Sultan kepada hulubalangnya yang terpilih kerana sifat kependekarannya yang hebat dan sifat amanahnya.  
Tiada siapa yang mengetahui siapakah gerangan Panglima Hitam yang bertindak sebagai pengawal keselamatan istana atau dengan erti kata lain, "Pembunuh Suruhan Raja." seraya bolehlah digelarkan "Ninja Melayu." Hanya Raja dan Panglima Hitam sahaja yang mengetahui rahsia ini. Setiap Istana ada Panglima Hitam yang tersendiri dan empunya bandannya adalah berbeza-beza. Raja-raja akan menyediakan sepersalinan lengkap buat Panglima Hitam tersebut ketika dalam pelantikannya untuk dipakai ketika pertempuran sulit. Sepersalinan lengkap buat Panglima Hitam adalah serba hitam dari kepala hingga ke kaki, baik bajunya, tanjaknya, seluarnya, selempangya, bengkungnya, dan sampinnya. 
Penulis : Saudagar Tekua
~ al-Kisah yang hilang ratusan tahun dahulu ~
Untuk keterangan dan pelbagai jenis Busana Melayu Purba sila lawati blog :-
http://saudagar-tekua.blogspot.com

 

11,30- 2,00 ptg. menaiki cable car dan pengembaraan 6D. tengok gambar je lah, malaih nak cerita.. :-)



Sebaik turun dari cable car, sakit kepala berdenyut-denyut, terasa mual pun ada. selepas mengembara di alam 6D terus cari kedai makan. Kemudian balik, solat dan rehat. tidur sampai 5,30 Kepala pun ada kurang sikit alhamdulillah.

Pukul 6,00 ptg keluar lagi ke pantai chenang & jalan2, beli tshirt. 
Pantai Cenang terletak 18.4 kilometer dari pekan Kuah dan ia merupakan lokasi paling ramai dikunjungi kerana segala kemudahan seperti restoran, hotel serta chalet bajet, pusat hiburan dan kedai cenderamata mudah ditemui di sepanjang lokasi ini.
Pantainya pula berpasir halus umpama kristal berkerlipan ketika disinari cahaya matahari dan dikelilingi oleh pokok kelapa. Pantai Cenang juga terkenal dengan keindahan matahari terbenam.


Singgah masjid solat maghrib jamak qasar isyak. Alhamdulillah, nyaman masjid, sejuk beraircond rasa nak duduk lama lagi,  ada pengajian hadith, tapi apakan daya. perjalanan harus diteruskan lagi. Kul 9 malam baru sampai rumah.

28/11/2013 (Khamis)
(ISLAND HOPPING, TANJUNG RHU, MANGROVE TOUR, KOLAM AIR HANGAT, HIG)
jam 8pagi, dah keluar ke pantai cenang utk menaiki bot ke beberapa pulau. singgah makan di Warung Kita. roti canai,nasi lemak ler. Sedap dan cepat.
menunggu boat utk Island hopping Langkawi

9,30 mula menaiki bot di jeti untuk ke Pulau Dayang Bunting. Kami diberikan masa untuk berjalan dan aktiviti air selama sejam. Pulau ini kira-kira 20 km dari pekan Kuah, memiliki populasi sederhana di sebahagian pulau dan tidak berpenghuni di bahagian sebelah lagi di mana tasik ini berada. Sesetengah orang percaya bahawa wanita yang mandul, mandi di tasik ini akan dikurniakan anak. AWAS! Baca dan dengar boleh, percaya jangan!
dayang bunting
gambar diambil dari Majlis Perbandaran Langkawi


cuba perhatikan bentuk bukit di sanan tu.. katanya seperti bentuk perempuan hamil.


 tasik dayang bunting

 Bagi yang ada sakit jantung, lelah, darah tinggi, sakit kaki, lutut, lemah semangat, dinasihatkan duduk kat jeti je, sebab nak sampai ke tasik tu kena mendaki tangga yang tinggi dan curam, mengah gak lah aku.. tapi alang2 dah sampai jauh2 tak kan nak duduk je kan.. 

Eagle feeding, ralit tengok helang terbang dan menyambar ikan di air. Diberitakan kepada kami terdapat dua jenis helang : Helang laut dan Helang Bukit. Helang yang ada putih di bahagian lehernya ialah lang kawi.

Dari pulau lagenda dayang bunting kami dibawa pula ketempat bagi makan helang, banyak lah helang. Oklah, tengok helang menyambar2, then ke Pulau Beras Basah untuk mandi dan berehat selama sejam.

jam 12,30 mula bertolak balik ke jeti. Masing2 dah kelaparan, singgah makan kemudian meneruskan perjalanan pula ke Tanjung Rhu. di Tanjung Rhu terpesona dengan tawaran dari travel agency yang menawarkan pakej Mangrove Tour. satu boat utk satu family, ke beberapa lokasi seperti :

kolam ternakan ikan, Gua kelawar, Gua Cerita dan Gua Buaya, menyusuri hutan paya bakau dan menikmati alam semulajadi yang indah Subhanallah, selain itu kami juga ada beri helang makan sama macam Island hopping sebelumnya. Banyak helang sini. Serius, dekat gua kelawar aku tak nampak satu haram, gelap aje, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam gua kerana boleh mengganggu kelawar yang sedang tidur. Satu kumpulan pengunjung dibekalkan dengan satu lampu suluh, teraba-raba berjalan. gambar dibawah ni diambil dari website MPL. Ini gua batu kapur beratus tahun usianya. Mesti ada Jin duk sini kan.. so pesan ngan budak-budak mulut jangan cabul sangat, tempat ni kita tak biasa, jangan jerit2, baca ayat kursi banyak2.. :-)



 agent dari Mangrove tour sedang bersungguh2 meyakinkan kami supaya mengambil pakej yang disediakan.

gua kelawar
Gua Kelawar
Gua Buaya.. tapi sekarang dah tak ada buaya dalam air tu, sebab buaya sekarang banyak duduk luar air kat darat.
boat2 dari luarnegara berlabuh di sini atas pelbagai urusan.
Bentuk Kura-kura 
 Jeti Gua Cherita
menyusuri hutan paya bakau


 Eagle feeding lagi.. ok tak pe..

restoran atas laut
kolam ternakan pelbagai jenis ikan

ikan buntal mula mengembungkan dirinya bila rasa terancam, awas! jangan pegang bahagian mulut, beracun.

belangkas yang pandai mengurut kepala katanya.. :-)

ikan pari dan udang ketak/ lipan. 
Banyak lagi sebenanrya, ada ikan yu, baracuda, jerung bintang, kura2 dll.




Baliknya pula kami singgah di telaga ayer hangat yang terletak di Kampung Ayer hangat.

 29/11/2013 (Jumaat)
bersiap2 untuk pulang,, jam 10  keluar ke dataran Lang, jalan2 sampi pukul 12.30, makan tengahari


Rumahku syurgaku..

dan terus menuju ke airport,sementara suami dan anak2 solat jumaat,aku pergi timbang dan check in barang.
Jam 330 kapal terbang berlepas. pukul 5,30 alhamdulillah selamat sampai.

Alhamdulillah untuk perjalanan kali ini tidak banyak halangan dan kesukaran yang dihadapi, alhamdulillah syukur. Selalu beringat2 kemana jua kita berada terutama ditempat2 baru yang belum pernah sampai, perbetulkan niat, sekalipun kita hanya datang untuk melawat2, niatkan untuk melihat kebesaran Allah SWT dan mengambil iktibar dari nya. Amalkan bacaan ma'thurat bersama keluarga pagi dan petang/ maghrib di tempat mana kita menginap, amalkan juga ayatul kursi, Alfatihah dan 3 Qul sebagai pendinding, solat dhuha minta dimurah rezeki, dimudahkan urusan.  Singgah lah dibeberapa masjid untuk bersolat dan berdoa di dalamnya. InsyaAllah perjalanan kita akan jadi lebih bermakna. 

Sekian dulu catatan untuk kali ini.
Wassalam.

Sunday, November 24, 2013

Sungai Besar, Sekinchan, Kuala Selangor

23/11/2013 Jumaat







Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2013

Assalamualaikum blog yang dah lama ditinggalkan.

Kelihatannya seperti blog ini menjadi catatan awal dan akhir tahun ye. Dari sehari ke sehari nak update tak sempat2 dicampur tugasan tak kurang juga kemalasan mengarang ayat2. 2013 hampir saja melabuhkan tirainya sedangkan 1434 Hijrah telah 21 hari lebih dulu meninggalkan kita. Allah Maha pengasih Maha Penyayang meminjamkan nyawa sehingga ke satu saat yang pasti akan diambilnya semula. Subhanallah Maha Suci Allah, tiada daya upaya kami melainkan dengan izinMu jua. Hidup dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam. Ameen.

Apa ada pada tahun 2013 ini??
Macam2 peristiwa suka duka sudah tentunya. Namun tidak sehebat tahun 2012. Pengalaman paling getir sepanjang karier ku sebagai seorang ........ . Tak perlu lah dicatatkan kerana sesungguhnya aku pun tak nak mengenang benda2 yang nanti buat aku jadi stress pula. Biar semua itu jadi pengajaran. Baik jadi tauladan, buruk jadi sempadan. 

Apa lagi nak tulis ni???? lama betul tak buat karangan. Banyak peristiwa yang dah lupa sebab tak terakam di blog ini. Namun Allah tak pernah lupa, mustahil lupa, tapi manusia memang lupa sokmo..

seminggu sebelum cuti & minggu pertama cuti.
menguruskan permohonan kemasukan ke tingkatan 1 bagi anak kedua ku. Disebabkan tidak mengisi sebarang permohonan online ke tingkatan 1(terlupa atau sengaja) Allahu a'lam, atau sebenanrya Allah memang telah mentaqdirkan begini perjalanan nya sebab aku selalu berdoa ingin ada anak ke Maahad tahfiz, maka sepanjang seminggu sebelum cuti sekolah urusan permohonan anak kedua ku ke Maahad Tahfiz telah bermula. 3 hari bermalam di MTQ Hira' Jeram untuk temuduga dan ujian saringan dari 240 orang yang hadir hanya 80 orang saja yang akan dipilih, pastinya semua ibu bapa yang hadir mendengar taklimat sangat berdebar dan berharap anak mereka melepasi ujian. 15 ayat dari surah Al-baqarah diberi untuk dihafaz dalam masa 3 hari berserta beberapa ujian kecerdasan, tajwid, kelancaran dan sebagainya. Tidak kurang pendedahan awal dan peraturan2 yang perlu mereka lalui sekiranya berjaya nanti..

Minggu pertama cuti, masih lagi dengan urusan yang sama tetapi ke Maahad tahfiz yang berlainan pula. Sehingga aku mencatat di blog ini sudah enam MT telah dipohon. Hira', ATM, MIA, MTDH, KIBLAH dan KITTIS. Sesungguhnya teramatlah ramai ibu bapa ingin memasukkan anak2 ke maahad tahfiz 3-4 tahun kebelakangan ini, sehingga ada sesetengah  maahad tahfiz mengadakan temuduga dan ujian saringan sampai 2-3 sessi hari yang berlainan. Alhamdulillah, ia satu perkembangan yang baik. walau apapun tunggu keputusan pada bulan Disdember nanti. Ya Allah semoga anakku berjaya ditempatkan di mana-mana maahad tahfiz yang terbaik untuknya. Ameen.

Aktiviti anak2 pula Selasa baru ni pagi hingga malam pihak masjid menganjurkan program anak soleh. Slot ibu bapa dari selepas maghrib hingga jam 10 malam. Selasa minggu depan InsyaAllah akan ke Langkawi selama 4 hari 3 malam. Semoga semuanya selamat hendaknya..

Tak tau dah apa nak tulis, nanti balik langkawi harap ada kerajinan untuk menulis, dan harap2 aku dapat merakam gambar2 yang cantik2 sewaktu di sana. Berjalan melihat keindahan alam ciptaan Allah bertasbih memuji kebesaranAllah, sambil tu jangan lupa ambil iktibar.

Sehingga jumpa lagi. 

Wassalam.

Tuesday, January 1, 2013

Esok mula sekolah sesi 2013.

Pejamcelik, pejam celik dah 2013. Alhamdulillah masih diberi peluang menghirup udara hingga ke saat ini. Perjuangan, penghambaan perlu diteruskan lagi.

Jam 9 pagi ke sekolah rendah membeli buku2 tulis utk 2 orang. Jam 10 mula bertolak memghantar dan daftar anak di Jeram sek men. Islam Hira'. Anak sulung, lelaki pulak tu. Jam 12 mula mendaftar,  mengangkut barang ke asrama, ummi pun masuk sekali dlm asrama, membersihkan katil2,  almari yang berabuk, menyangkut & menyusun atur pakaian dan buku2 dalam almari. Pasang cadar dan sarungbantal juga selimut tak kurang sambil membebel2, mengarah itu ini pada baba dan anak2 umi yg lain. Semuanya utk memastikan keperluan muadz lengkap dan teratur hari pertama di asrama sebelum kami bertolak pulang. Maklumlah anak pertama. Dalam kereta pun tadi berkoyan2 nasihat itu ini diberikan entah ingat ke tidak dah muadz. Ya Allah, permudahkan anak-anakku menghadapi persekolahan esok, menuntut ilmu dengan tekun dan sabar. Bantu lah mereka dan rakan2 mereka, tak lupa guru2 sekelian.

Selesai semua, hampir jam empat kami bertolak pulang setelah bersalaman dan memeluk anakku.  malam begini mula terbayang2 muadz di rumah :-(

Pulang kerumah tadi, singgah pula beli kasut sekolah dan beg syatrah. Masih belum dibeli. Semalam baru teringat menempah sampin akmal berwarna coklat. Tahun 2013 ni jadi ketua pengawas pula dipaksa rela. Kata gurunya sudah tiada calon yang lain. Iyelah, ikutkan saja.

Subhanallah, tahun ini semua persiapan persekolahan dibuat last minit. Kesibukan pindah rumah sampai lupa persiapan sekolah anak2.

Selamat kembali ke sekolah semua warga sekolah.

Tuesday, December 11, 2012

Dua hari balik kampung Sg.Choh Rawang, kata emak nak buat makan2 anak cucu. Memang plan nak balik pun minggu ni, dtart minggu depan dah mula meeting memanjang.
Subhanallah mak masak macam2