Kelihatannya seperti blog ini menjadi catatan awal dan akhir tahun ye. Dari sehari ke sehari nak update tak sempat2 dicampur tugasan tak kurang juga kemalasan mengarang ayat2. 2013 hampir saja melabuhkan tirainya sedangkan 1434 Hijrah telah 21 hari lebih dulu meninggalkan kita. Allah Maha pengasih Maha Penyayang meminjamkan nyawa sehingga ke satu saat yang pasti akan diambilnya semula. Subhanallah Maha Suci Allah, tiada daya upaya kami melainkan dengan izinMu jua. Hidup dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam. Ameen.
Apa ada pada tahun 2013 ini??
Macam2 peristiwa suka duka sudah tentunya. Namun tidak sehebat tahun 2012. Pengalaman paling getir sepanjang karier ku sebagai seorang ........ . Tak perlu lah dicatatkan kerana sesungguhnya aku pun tak nak mengenang benda2 yang nanti buat aku jadi stress pula. Biar semua itu jadi pengajaran. Baik jadi tauladan, buruk jadi sempadan.
Apa lagi nak tulis ni???? lama betul tak buat karangan. Banyak peristiwa yang dah lupa sebab tak terakam di blog ini. Namun Allah tak pernah lupa, mustahil lupa, tapi manusia memang lupa sokmo..
seminggu sebelum cuti & minggu pertama cuti.
menguruskan permohonan kemasukan ke tingkatan 1 bagi anak kedua ku. Disebabkan tidak mengisi sebarang permohonan online ke tingkatan 1(terlupa atau sengaja) Allahu a'lam, atau sebenanrya Allah memang telah mentaqdirkan begini perjalanan nya sebab aku selalu berdoa ingin ada anak ke Maahad tahfiz, maka sepanjang seminggu sebelum cuti sekolah urusan permohonan anak kedua ku ke Maahad Tahfiz telah bermula. 3 hari bermalam di MTQ Hira' Jeram untuk temuduga dan ujian saringan dari 240 orang yang hadir hanya 80 orang saja yang akan dipilih, pastinya semua ibu bapa yang hadir mendengar taklimat sangat berdebar dan berharap anak mereka melepasi ujian. 15 ayat dari surah Al-baqarah diberi untuk dihafaz dalam masa 3 hari berserta beberapa ujian kecerdasan, tajwid, kelancaran dan sebagainya. Tidak kurang pendedahan awal dan peraturan2 yang perlu mereka lalui sekiranya berjaya nanti..
Minggu pertama cuti, masih lagi dengan urusan yang sama tetapi ke Maahad tahfiz yang berlainan pula. Sehingga aku mencatat di blog ini sudah enam MT telah dipohon. Hira', ATM, MIA, MTDH, KIBLAH dan KITTIS. Sesungguhnya teramatlah ramai ibu bapa ingin memasukkan anak2 ke maahad tahfiz 3-4 tahun kebelakangan ini, sehingga ada sesetengah maahad tahfiz mengadakan temuduga dan ujian saringan sampai 2-3 sessi hari yang berlainan. Alhamdulillah, ia satu perkembangan yang baik. walau apapun tunggu keputusan pada bulan Disdember nanti. Ya Allah semoga anakku berjaya ditempatkan di mana-mana maahad tahfiz yang terbaik untuknya. Ameen.
Aktiviti anak2 pula Selasa baru ni pagi hingga malam pihak masjid menganjurkan program anak soleh. Slot ibu bapa dari selepas maghrib hingga jam 10 malam. Selasa minggu depan InsyaAllah akan ke Langkawi selama 4 hari 3 malam. Semoga semuanya selamat hendaknya..
Tak tau dah apa nak tulis, nanti balik langkawi harap ada kerajinan untuk menulis, dan harap2 aku dapat merakam gambar2 yang cantik2 sewaktu di sana. Berjalan melihat keindahan alam ciptaan Allah bertasbih memuji kebesaranAllah, sambil tu jangan lupa ambil iktibar.
Sehingga jumpa lagi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment