Saturday, June 11, 2011
The legend International Water Homes PD
Sunday, May 29, 2011
Resensi Novel -The King of Torts

Saturday, May 28, 2011
KURSUS

Sunday, May 8, 2011
Sunday, April 3, 2011
Makan-makan bbq.










Wednesday, March 30, 2011
Peruntukan RM43.3j kepada sekolah agama
KUALA LANGAT 29 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM43.4 juta kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada tahun ini, Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan mengurus SABK di seluruh negara berjumlah RM120.7 juta dengan RM29.2 juta daripadanya diagihkan kepada Selangor.
"Peruntukan tersebut meliputi bantuan persekolahan, perkhidmatan kawalan keselamatan, kebersihan dan utiliti.
"Sebanyak 23 buah sekolah di negeri ini dengan seramai 15,586 pelajar akan mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut," katanya.
Beliau mengumumkan peruntukan tersebut ketika berucap pada perjumpaan dengan guru-guru dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh negeri ini di Sekolah Menengah Agama (Tinggi) Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, daripada RM95 juta yang diperuntukkan kepada SAR di seluruh negara dalam Bajet 2011, sebanyak RM9.6 juta akan diagihkan kepada SAR di negeri ini.
''Bantuan tersebut akan ditumpukan kepada bantuan pembinaan dan pembaikan kecil," katanya.
Selain itu, beliau berkata, daripada RM4.9 juta peruntukan bantuan pengurusan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) SAR, sejumlah RM1.4 juta disalurkan kepada 188 sekolah di negeri ini bagi manfaat 90,620 pelajar.
Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut menyampaikan cek berjumlah RM3.22 juta kepada 23 SABK di negeri ini dengan masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM140,000.
Terdahulu, dalam lawatannya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jenjarum di sini, Muhyiddin menyampaikan cek berjumlah RM1.2 juta bagi membantu pembinaan bangunan tambahan sekolah tersebut.
Selain itu, SJKC Yoke Kuan, Sekinchan juga menerima cek RM1.5 juta bagi tujuan yang sama.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Gambar sekitar lawatan TPM ke SAMTTAR





Tuesday, March 29, 2011
Panduan Memilih Kamera Digital

- Jika anda bukan profesional, belilah kamera autofokus dan bukan SLR kamera.
- Jika anda nak belajar teknik-teknik fotografi, belilah SLR kamera. SLR tu jenis yang ada lens boleh tambah-tambah dan boleh dipulas-pulas tu.
- Jika ada duit lebih, jenama Lumix Panasonic berharga dalam 1000 boleh dibeli, jika bajet kurang, carilah Nikon atau Canon atau Sony Cybershot berharga dalam RM700. Jika bajet sikit sangat, saranan saya camera paling murah tetapi boleh hasilkan gambar yang baik ialah Canon. dengan harga RM499 anda boleh dapatkan.
- Pilih jenis bateri yang digunakan. Sebaiknya, cari yang bateri bersaiz AA atau AAA supaya jika kehabisan bateri, anda boleh beli bateri di kedai. Jika anda beli yang jenis bateri yang khas digunakan utk kamera tersebut, masalah utama jika bateri habis di saat2 penting.
- Pilih jenis Memori Kad yang digunakan. Memori Kad jenis SD ialah yang paling murah, dan senang didapati. Sekarang ini boleh beli yang 2 - 4 GB dah di pasaran. Canon, dan Lumix biasanya guna SD. Ada juga yang guna M2, memori kad ini agak mahal biasanya digunakan oleh Sony Cybershot. Sony juga guna MemoryStick Pro Duo yang harga nya mahal. Satu lagi jenis memori kad xD. Yang ini lagi lah mahal dan agak susah didapati. Kamera Olympus biasnya guna jenis ini. Kalau rasa nak tambah memori kad lain kali, elakkan beli yang jenis ini. Kena ingat, kamera digital tak semestinya guna jenis yang sama memori kadnnya. Pilihlah memory kad yang murah.
- Jika gunakan batery AA. Sila beli charger dan batery rechargeble sekali. Beli yang MH nya lebih daripada 2000 supaya tempoh caj lebih cepat. Jika beli yang 1200 anda akan berjanggut menunggu bila bateri siap dicaj penuh.
Thursday, March 17, 2011
Cuti Pertengahan Penggal 1 2011
Kalau mengkudu nama pohonnya,
Daun direndam di dalam guri,
Kalau rindu sebut namanya,
Jangan dipendam seorang diri.