Penutup cuti pertengahan tahun 2011. 9-11Jun (3 hari 2 malam). Alhamdulillah, dah lama teringin nak pergi tempat ni, sebab ada private swimming pool kat dalam bilik. privacy boleh mandi puas2. tak yah nak pakai2 tudung.
Tempat ni kat Port Dickson. Sebelah Glory beach resort. Kalau dari sepang, antara hotel terawal jumpa Glory Beach Resort, masuk dalam lagi sikit, jumpa lah tempat ni. Ada 3 pilihan sama ada Sky Living, Garden Living atau Above the sea.
Check in 3.00 petang, masuk bilik je terus anak2 tukar baju, macam biasa tak bolehh tahan tengok kolam. Lantak koranglah. Umi tahan dulu nafsu nak terjun ni. Kemas2 dulu bag. Ambik2 gambar, belek itu belek ini, pheww.. excitednya. exclusif bilik ni. Executive Pool Villa-Above the sea. Boleh check kat sini
ada 2 king size beds, satu katil boleh muat 3 orang kalau badan kurus-kurus. So, muatlah untuk kami satu family 6 orang ni. Untuk kali ni kami tak perlukan apartment 3 bilik. lagipun dapat jimat kos. Rm800/nite (cuti sekolah). Sekali ni jelah nak merasa pun..
Kat lantai tu ada glass panel untuk tengok laut kat bawah rumah.
nampak banyak anak ikan, ketam sekor dua dan ikan pari..
ada magnetic cycle.
dan kemudahan lain dalam bilik...
coffee n tea
separate bath n toilet
tv n dvd player
room service
tepat pukul 9 diaorang dah ketuk pintu...
Malamnya kami makan di Medan ikan Bakar Port Dickson. tempat ni baru, jalan masuknya ke simpang Pantai Tanjung Gemuk PD. 5 minit je dari TLIWH. Bangunan milik Majlis Perbandaran PD. Sedap, best, puas hati. ok tengok gambar kat bawah.
Petang2 boleh jalan-jalan sekitar resort. Boleh cycling, kena sewa. Ada memanah, aku dan suami diajar oleh jurulatih kecil kami iaitu Mohd Muadz anak aku yang sulung. Di sekolah dia masuk kelab memanah, katanya umi jangan guna yang hitam, berat. Guna yang macam kayu tu ringan.
jenis ni berat sikit, menggigil jugak lah tangan aku mengangkat jenis ni..
Baba boleh masuk pasukan pemanah perang.. hehe. kemahiran ini sangat digalakkan oleh rasulullah s.a.w kerana ia melatih otak memfokus sesuatu dengan tepat.
Sekian saja catatan sepanjang kakiku melangkah.
wassalam.
2 comments:
kolam dalam bilik?... beshnya, sebelum tidur berendam, bangun tidur berendam ..nasib baik anak-anak tak kecut.. beruntungnya pn saf ;)
beruntung apa nye? credit card,hutang! huhu. sekali seumur hidup je tuan. Angan2 nanti buat rumah ada pool comey macam tu. Tak habis2 lah aku berangan..
Post a Comment