Thursday, March 17, 2011

Cuti Pertengahan Penggal 1 2011

Assalamualaikum wbth.

Saat mencatatkan entry ni.. hati terasa kecil dan jauh (sedih), kerana suami tersayang pergi bercuti selama 4 hari ke Jawa Tengah Indonesia. Balik kampung katanya. Bersama ibu dan bapanya serta beberapa orang lain. Berangkat menaiki pesawat jam 7.30 pagi Khamis tadi, hingga saat ini masih belum dapat dihubungi. "Sending message failed" . Mungkin tiada coverage. Tidak tergambar bagaimana keadaannya di sana. Ya Allah selamatkan suami ku, ayah kepada anak-anak ku ini, selamatkan dia pergi dan balik ke pangkuan kami. Baba tidak pernah pergi jauh banyak hari keluar negara pula dan meninggalkan kami. Selalunya kami dibawa bersama. Mungkin kerana keadaan di sana tidak mengizinkan kerana mertuaku bermalam dirumah saudara mara. Lagi pula katanya kawasan pedalaman yang agak susah ekonominya.

Esok pula (Jumaat) dua orang anak lelaki ku akan mengikuti rombongan ke Shah Alam. Kilang Nestle, karagkraf, gardenia, Masjid negeri dan beberapa tempat lagi katanya. Sungguh terujanya umi perhatikan sejak sehari dua ini kerana pertama kali umi dan baba benarkan ikut rombongan sekolah. Tak sudah2 mengira duit yang dikumpul dari nenek, duit jumpa kat rumah, belum lagi korek tabung. Tapi aku masih ada rasa bimbang dalam hati untuk melepaskan pergi. Sudah2lah merisaukan diri.. serahkan saja pada Allah.. Tawakal. Ya Allah selamatkan anak2 ku pergi dan balik.

Cuti ini terperap saja dirumah. tidak kemana2. Merait kertas ujian prestasi 1, settlekan semua order tudung dan kerja2 wajib menguruskan rumahtangga. Rutin harian. Esok nampaknya umi, husna dan syatrah makan di kedai saja.. tak payah masak.

Kalau mengkudu nama pohonnya,
Daun direndam di dalam guri,
Kalau rindu sebut namanya,
Jangan dipendam seorang diri.

1 comment:

Anonymous said...

Jauh berjalan tak dapat ikut

Pengalaman ditimba demi nusa

Jangan dirisau jangan ditakut

bersama Allahlah senantiasa