Saturday, June 11, 2011

The legend International Water Homes PD

Penutup cuti pertengahan tahun 2011. 9-11Jun (3 hari 2 malam). Alhamdulillah, dah lama teringin nak pergi tempat ni, sebab ada private swimming pool kat dalam bilik. privacy boleh mandi puas2. tak yah nak pakai2 tudung. 


Tempat ni kat Port Dickson. Sebelah Glory beach resort. Kalau dari sepang, antara hotel terawal jumpa Glory Beach Resort, masuk dalam lagi sikit, jumpa lah tempat ni. Ada 3 pilihan sama ada Sky Living, Garden Living atau Above the sea.




Check in 3.00 petang, masuk bilik je terus anak2 tukar baju, macam biasa tak bolehh tahan tengok kolam. Lantak koranglah. Umi tahan dulu nafsu nak terjun ni. Kemas2 dulu bag. Ambik2 gambar, belek itu belek ini, pheww.. excitednya. exclusif bilik ni. Executive Pool Villa-Above the sea. Boleh check kat sini




ada 2 king size beds, satu katil boleh muat 3 orang kalau badan kurus-kurus. So, muatlah untuk kami satu family 6 orang ni. Untuk kali ni kami tak perlukan apartment 3 bilik. lagipun dapat jimat kos. Rm800/nite (cuti sekolah). Sekali ni jelah nak merasa pun..


Kat lantai tu ada glass panel untuk tengok laut kat bawah rumah.

nampak banyak anak ikan, ketam sekor dua dan ikan pari..


ada magnetic cycle.

dan kemudahan lain dalam bilik...



coffee n tea



separate bath n toilet

tv n dvd player
room service


tepat pukul 9 diaorang dah ketuk pintu...

Malamnya kami makan di Medan ikan Bakar Port Dickson. tempat ni baru, jalan masuknya ke simpang Pantai Tanjung Gemuk PD. 5 minit je dari TLIWH. Bangunan milik Majlis Perbandaran PD. Sedap, best, puas hati. ok tengok gambar kat bawah.



Petang2 boleh jalan-jalan sekitar resort. Boleh cycling, kena sewa. Ada memanah, aku dan suami diajar oleh jurulatih kecil kami iaitu Mohd Muadz anak aku yang sulung. Di sekolah dia masuk kelab memanah, katanya umi jangan guna yang hitam, berat. Guna yang macam kayu tu ringan.


jenis ni berat sikit, menggigil jugak lah tangan aku mengangkat jenis ni..

Baba boleh masuk pasukan pemanah perang.. hehe. kemahiran ini sangat digalakkan oleh rasulullah s.a.w kerana ia melatih otak memfokus sesuatu dengan tepat.

Sekian saja catatan sepanjang kakiku melangkah.
wassalam.

Sunday, May 29, 2011

Resensi Novel -The King of Torts




Ok, The King of Torts ni novel suspen written by American author John Grisham. Novel Inggeris (terjemahan) berkisar tentang kehidupan seorang peguam kerajaan dan percaturan kerjayanya. Clay Carter banyak mendapat kes jenayah terutama kes bunuh. Salah satu kesnya itu telah menukar hidupnya dari miskin sehingga menjadi seorang jutawan yang kaya raya. sampai boleh beli jet peribadi tu.. (kat Malaysia, lawyer2 mcm ni ada ke?? )

Seperti biasa, budaya kehidupan barat yang dipaparkan dalam buku ini, of coz lah kan totally different dengan budaya dan ajaran kita. Buku ni menggambarkan kepada kita kerja para peguam yang sibuk dan bagaimana peguam2 ni boleh jadi sangat hebat dan sangat diperlukan. Terutama dalam kerja saman menyaman ni.. Saya tertanya2 adakah semua yang diceritakan dalam buku ni benar2 pernah terjadi dalam dunia seorang lawyer di luar sana?? atau ia sekadar rekaan penulis semata2. uh, tak retilah nak ulas. Bagus juga untuk tukar2 angin, menambah bahan bacaan pelbagai versi.

boleh try baca ye kalau nak tahu end of the story. kalau aku cerita semua nanti habislah mood korang pulak nak baca kan..

Kepada semua guru dan pelajar selamat bercuti pertengahan tahun. jumpa lagi.

Saturday, May 28, 2011

KURSUS

untuk rekod..
Ustaz Ridzuan bin Sharrif
Pen. Pengarah Bidang Operasi B. Arab Jab. Pelajaran Selangor.
(menggantikan ustaz Zamri 2010)

Ustaz Azrul Sham B. Baharan.
Ceramah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
ha, yang ini pula jangan tak tahu ye... inilah penulis, pengarang buku teks B. Arab Tingkatan 1.
Ustaz Hasmadi Hamdan dari BPI.
Ceramah : Penggunaan Buku Teks B.Arab berkesan. Memang berkesan, rugi sape tak ikut.. yang tak nak, tak nak tu.. rugi!!.

Yang ini sape tak kenal memang tak boleh jadi warga Jabatan Pelajaran, lebih2 lagi bahagian pend. Islam.
Inilah Tuan Hj. Ariffin Bin Mohd Amin
(Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam JPS)

yang ni antara peserta yang hadir. Semua ni satu apartment 3 bilik.
Dari kiri ; Kak Mislizah Tasuki, Noor Haneef Mohd, ehem-ehem, Azlina Abd. Latif, Asmah Mat Sa'ud, Zamzarina fadzil.

Sunday, April 3, 2011

Makan-makan bbq.


Sabtu semalam balik rumah mak di Rawang. Lepas asar ada buat barbecue sikit sama adik beradik. Sekali sekala. Setahun sekali agaknya. Ingatkan ada pengumuman penting ke.. ada nak kawin ke, nak bertunang ke, tapi rupanya tak de apa2. Suruh bawak perut je, memang bawak perut sampai sakit perut melantak.. Alhamdulillah. Nak tau apa yang dibakar.. tengok gambar2 kat bawah tu.





Jabar baru nak hidupkan api..

Lamb.. lembut..

ha.. itu tengah kipas ayam tu tangan emak, ni yang pakai t-shirt putih ni adik yang plan makan-makan ni.. senang cakap yang belanjalah.. Lupa nak cakap Terimakasih semalam. Terimakasih belanja ye emak, cik Buyung dan semua yang berkenaan..

Masa membedal..Bismillah..

eh, gambar ni pun nak masuk gak.. :)

semua cucu pun mau tolong juga.. cucu aisyah, hannah, haziq tak datang.. ala sedey kitaorang tau. Lain kali mau datang jugalah. Makan sama-sama ok.


Sekian. wassalam.

Wednesday, March 30, 2011

Peruntukan RM43.3j kepada sekolah agama

Peruntukan RM43.3j kepada sekolah agama

KUALA LANGAT 29 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM43.4 juta kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada tahun ini, Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan mengurus SABK di seluruh negara berjumlah RM120.7 juta dengan RM29.2 juta daripadanya diagihkan kepada Selangor.

"Peruntukan tersebut meliputi bantuan persekolahan, perkhidmatan kawalan keselamatan, kebersihan dan utiliti.

"Sebanyak 23 buah sekolah di negeri ini dengan seramai 15,586 pelajar akan mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut," katanya.

Beliau mengumumkan peruntukan tersebut ketika berucap pada perjumpaan dengan guru-guru dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh negeri ini di Sekolah Menengah Agama (Tinggi) Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, daripada RM95 juta yang diperuntukkan kepada SAR di seluruh negara dalam Bajet 2011, sebanyak RM9.6 juta akan diagihkan kepada SAR di negeri ini.

''Bantuan tersebut akan ditumpukan kepada bantuan pembinaan dan pembaikan kecil," katanya.

Selain itu, beliau berkata, daripada RM4.9 juta peruntukan bantuan pengurusan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) SAR, sejumlah RM1.4 juta disalurkan kepada 188 sekolah di negeri ini bagi manfaat 90,620 pelajar.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut menyampaikan cek berjumlah RM3.22 juta kepada 23 SABK di negeri ini dengan masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM140,000.

Terdahulu, dalam lawatannya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jenjarum di sini, Muhyiddin menyampaikan cek berjumlah RM1.2 juta bagi membantu pembinaan bangunan tambahan sekolah tersebut.

Selain itu, SJKC Yoke Kuan, Sekinchan juga menerima cek RM1.5 juta bagi tujuan yang sama.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar sekitar lawatan TPM ke SAMTTAR

Tuesday, March 29, 2011

Panduan Memilih Kamera Digital



Ramai juga yang ingin memiliki kamera digital tetapi tidak tahu memilihnya. Zaman sekarang, orang dah tak pakai kamera analog yang beroperasi menggunakan teknik dedahan cahaya kepada filem, tetapi semuanya menggunakan digital. Bila sebut saja kamera digital yang ada 10 megapixel, maka ramailah yang terngaga, "Wow... 10 megapixel!". Saya kerap kali terdengar orang tanya, "Awak punya kamera berapa megapixel? Berapa harga beli?" Bila saya jawab, "5.0 megapixel, harga RM1200" Lalu dikatakan, "Mahalnya, saya beli 6.0 megapixel cuma RM700 sahaja." Dalam hati saya cuma menjawab, "Sebenarnya di Carefoure pun, ada cuma RM300 lebih, kamera yang berkemampuan hingga 12 megapixel!" Inilah sindrom tidak memahami teknologi, sehingga merugikan kita.

Justeru saya ingin berkongsi sedikit tentang panduan mendapatkan kamera digital yang baik. Saya sendiri bukanlah pakar dalam bidang kamera, bukan juga cameraman yang bagus, cuma sekadar berkongsi teori yang wajib difahami dan diketahui. Bak kata orang, ilmu itu suatu kekayaan. Dengan ilmu boleh mengelakkan kerugian. Memahami Keperluan Megapixel Kamera Hakikatnya, untuk cetakan gambar digital sehingga bersaiz A4, kita cuma perlukan cuma sehingga 3 megapixel sahaja. Lebih dari itu, ia tidak akan lagi mencantikkan kualiti cetakan. Kualiti cetakan anda tidak terjejas. Tidak akan bertambah cantik. Apatah lagi jika anda cuma 'mencuci' gambar sekadar bersaiz 4R ata 6R, tiada maknanya menggunakan megapixel yang besar. Apa itu megapixel? Megapixel secara mudahnya ialah saiz digital sesuatu gambar. Gambar yang diambil oleh kamera digital yg terdiri daripada berjuta2 pixel titik warna.

Mudahnya, jika titik itu semakin banyak dalam satu ruangan yang sempit, titik itu akan menjadi lebih kecil. Jika titik itu menjadi lebih kecil, maka sudah tentu kualiti gambar akan lebih halus. Saya tidak mahu menggunakan kaedah yang terlalu teknikal, cukuplah anda faham dengan cara yang mudah: Adakah pen yang bermata besar boleh lukis satu lukisan yang halus? Sudah tentu tidak. Suatu gambar yang halus dan cantik bila titik-titiknya itu sangat halus. Justeru, jika sampai tahap yang halusnya itu sudah memenuhi ruang, maka ia tidak lagi boleh halus. Kalaupun gambar itu halus, pencetaknya pula tidak mampu untuk mencetak sehalus itu. Masih blur? Mudahnya, cukuplah kamera digital anda bermegapixel 4 megapixel untuk menghasilkan kualiti gambar yang baik. Lebih daripada itu, anda tidak perlu lagi, melainkan anda seorang juru kamera profesional yang memang kerja anda menghasilkan gambar dan diupah beribu2 ringgit. Jangan bazirkan duit kepada perkara yang kita sendiri tidak gunakan. Jangan bazirkan duit dengan beli yang bermegapixel tinggi.

Hari ini, majoriti megapixel paling kurang yang dijual dikedai ialah 4 megapixel.

Lensa
Unsur yang kedua yang sangat penting, tetapi sering diabaikan ialah jenis lensa. Tidak pernah orang tanya apak jenis lensa yang digunakan. Lensa yang baik ialah jenis vario tessar, atau leica, ataupun nikkor, ataupun lens canon. Setakat ini, Leica yang digunakan oleh Lumix Panasonic antara yang terbaik dan sering mendapat pengiktirafan dunia. Namun begitu, lense Nikkor oleh kamera Nikon juga bagus dan tidak pernah dipertikaikan kredibilitinya. Sony Cybershot sekarang ini pun menggunakan lens jenis Vario Tessar Carl Zeiss, yang juga lens yang baik. Namun jika perbandingan dibuat, daripada gambar2 yang diambil dengan cahaya yang sama, setakat ini saya nampak Lens Leica lah yang memberi imej yang baik.

Sensor
Kamera yang baik juga tidak bergantung kepada lensa sahaja, tetapi bergantung kepada sensor cahaya. yang digunakan. Sekarang ini, kebanyakan kamera menggunakan CMOS sensor. Ada juga yang menggunakan CCD lens, namun kedua-duanya tidak banyak perbezaannya. Sensor cahaya membolehkan penetapan kadar pendedahan lens kepada cahaya seperti ISO400, ISO100 dan seumpamanya. Secara mudahnya, jika anda ambil gambar dalam gelap, anda kena guna ISO400 tetapi dalam cerah hanya perlu guna ISO100. Perlu diingatkan juga, jika anda guna ISO400, sebenarnya gambar anda tidak akan menjadi cantik. Akan wujud banyak Noise pada gambar tersebut, akibat kekurangan cahaya. Gambar yang cantik terhasil kerana cahaya yang cukup. Namun begitu bagi SLR, ISO100 sehingga ISO1250 masih boleh 'diguna' walaupun kebanyakannya boleh sampai sehingga ISO3200. Selain daripada itu, image yang terhasil akan lebih banyak Noise.

Image Processor
Selain daripada jenis lens dan sensor yang merubah harga sesebuah kamera digital, jenis pemproses imej juga menjadi faktor yang memberikan perubahan pada harga. Semakin canggih pemproses imej, semakin cantiklah imej yang terhasil dan semakin mahal lah harganya. Kalau dulu, kamera menggunakan teknik dedahan cahaya yang masuk melalui lens dan akan terbentuklah imej pada filem. Namun sekarang, sudah tidak ada filem, tetapi menggunakan image processor yang bertindak sebagai 'retina' untuk pengimejan.

Fungsi-fungsi Tambahan
Kamera menjadi mahal kerana fungsi-fungsi tambahan seperti image stabilizer yang menyerap getaran tangan anda, fungsi penetapan kadar ISO dan fungsi2 automatik lain seperti mengubah kadar cahaya untuk jenis2 gambar tertentu, juga mengubah masa bukaan lens. Semakin banyak fungsi yang digunakan, semakin mahal harganya, dan semakinlah perlu anda pandai guna.

Saiz dan Rekabentuk
Rekabentuk dan saiz menentukan harga. Semakin nipis kemera yang digunakan, semakin mahal lah harga tersebut. Saranan saya, hanya kalau anda ada duit lebih saja beli yang bersaiz nipis. Jika rasa tak nak membazir belilah yang bersaiz biasa sahaja.

TIPS-TIPS MEMBELI KAMERA
  • Jika anda bukan profesional, belilah kamera autofokus dan bukan SLR kamera.

  • Jika anda nak belajar teknik-teknik fotografi, belilah SLR kamera. SLR tu jenis yang ada lens boleh tambah-tambah dan boleh dipulas-pulas tu.

  • Jika ada duit lebih, jenama Lumix Panasonic berharga dalam 1000 boleh dibeli, jika bajet kurang, carilah Nikon atau Canon atau Sony Cybershot berharga dalam RM700. Jika bajet sikit sangat, saranan saya camera paling murah tetapi boleh hasilkan gambar yang baik ialah Canon. dengan harga RM499 anda boleh dapatkan.

  • Pilih jenis bateri yang digunakan. Sebaiknya, cari yang bateri bersaiz AA atau AAA supaya jika kehabisan bateri, anda boleh beli bateri di kedai. Jika anda beli yang jenis bateri yang khas digunakan utk kamera tersebut, masalah utama jika bateri habis di saat2 penting.

  • Pilih jenis Memori Kad yang digunakan. Memori Kad jenis SD ialah yang paling murah, dan senang didapati. Sekarang ini boleh beli yang 2 - 4 GB dah di pasaran. Canon, dan Lumix biasanya guna SD. Ada juga yang guna M2, memori kad ini agak mahal biasanya digunakan oleh Sony Cybershot. Sony juga guna MemoryStick Pro Duo yang harga nya mahal. Satu lagi jenis memori kad xD. Yang ini lagi lah mahal dan agak susah didapati. Kamera Olympus biasnya guna jenis ini. Kalau rasa nak tambah memori kad lain kali, elakkan beli yang jenis ini. Kena ingat, kamera digital tak semestinya guna jenis yang sama memori kadnnya. Pilihlah memory kad yang murah.

  • Jika gunakan batery AA. Sila beli charger dan batery rechargeble sekali. Beli yang MH nya lebih daripada 2000 supaya tempoh caj lebih cepat. Jika beli yang 1200 anda akan berjanggut menunggu bila bateri siap dicaj penuh.

Artikel dari Ahmad Sufyan Che Abdullah

Thursday, March 17, 2011

Cuti Pertengahan Penggal 1 2011

Assalamualaikum wbth.

Saat mencatatkan entry ni.. hati terasa kecil dan jauh (sedih), kerana suami tersayang pergi bercuti selama 4 hari ke Jawa Tengah Indonesia. Balik kampung katanya. Bersama ibu dan bapanya serta beberapa orang lain. Berangkat menaiki pesawat jam 7.30 pagi Khamis tadi, hingga saat ini masih belum dapat dihubungi. "Sending message failed" . Mungkin tiada coverage. Tidak tergambar bagaimana keadaannya di sana. Ya Allah selamatkan suami ku, ayah kepada anak-anak ku ini, selamatkan dia pergi dan balik ke pangkuan kami. Baba tidak pernah pergi jauh banyak hari keluar negara pula dan meninggalkan kami. Selalunya kami dibawa bersama. Mungkin kerana keadaan di sana tidak mengizinkan kerana mertuaku bermalam dirumah saudara mara. Lagi pula katanya kawasan pedalaman yang agak susah ekonominya.

Esok pula (Jumaat) dua orang anak lelaki ku akan mengikuti rombongan ke Shah Alam. Kilang Nestle, karagkraf, gardenia, Masjid negeri dan beberapa tempat lagi katanya. Sungguh terujanya umi perhatikan sejak sehari dua ini kerana pertama kali umi dan baba benarkan ikut rombongan sekolah. Tak sudah2 mengira duit yang dikumpul dari nenek, duit jumpa kat rumah, belum lagi korek tabung. Tapi aku masih ada rasa bimbang dalam hati untuk melepaskan pergi. Sudah2lah merisaukan diri.. serahkan saja pada Allah.. Tawakal. Ya Allah selamatkan anak2 ku pergi dan balik.

Cuti ini terperap saja dirumah. tidak kemana2. Merait kertas ujian prestasi 1, settlekan semua order tudung dan kerja2 wajib menguruskan rumahtangga. Rutin harian. Esok nampaknya umi, husna dan syatrah makan di kedai saja.. tak payah masak.

Kalau mengkudu nama pohonnya,
Daun direndam di dalam guri,
Kalau rindu sebut namanya,
Jangan dipendam seorang diri.

Saturday, February 12, 2011

Januari yang telah pergi..

Assalamualaikum,

Diari sudah penuh sawang kerana tidak diupdate. Banyak cerita sebenarnya hendak direkodkan. Kisah suka dan duka. Sepanjang januari saja banyak incident, accident berlaku. Datang bertimpa2 satu persatu.

Bermula dengan
28/12/2010 accident mertuaku berdua, alhamdulillah tiada cedera teruk, kereta hancur remuk.

15/1/2011 mendapat berita sepupu kemalangan membabitkan motor dan kereta, kereta yang melanggar tu dipandu oleh isteri kepada seorang hakim syarie. Tulang belakang patah dan hancur sebahagianya. Sepupu ku disahkan lumpuh seumur hidup..

21/1/2011 suami menjalani pembedahan di kaki kiri kerana ligament dikakinya putus akibat terperosok ke dalam lubang semasa bekerja di kebun. Ambil masa 2,3 bulan untuk pulih semula.


24/1/2010 adik lelaki ku accident di hiway bukit beruntung. Kereta rosak teruk. Orangnya alhamdulillah tak ada apa2. kereta ada air bag dan sentiasa pakai seat belt semasa memandu. Sebenarnya belum ajal lagi.

27/1/2011 sepupu yang accident hari tu meninggal dunia di PPUKM dipercayai saluran darah tersumbat selepas menjalani pembedahan tulang belakang. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Pergi dalam keadaan yang sangat tidak diduga. Ada rasa kesal dan terkilan kerana aku tidak menziarahinya semasa terlantar di hospital. Alasan kerana kesibukan kerja. Aku sangat menyesal!!! Hanya doa yang mampu ku kirimkan semoga aman bersemadi di sana.

29/1/2011 anak yang bongsu pulak kaki masuk dalam rim basikal.. hancur tumit, 2 minggu tak sekolah.

itulah serba sedikit isu terkini. tak ada mood nak menulis. jumpa lagi.

wasalam.