Saturday, December 5, 2009

Perkara yang perlu anda tahu tentang telefon bimbit.



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -



1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) .

2) KERETA TERKUNCI -
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan pu nat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI -
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI -
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnyap/s selain dari tu kalau kene kejor anjin sila hawein hp anda dengan sekuat hati kearahnya, risikonya samada anjin tu sakit kene hawein atau anda akan kehilangan hp, rosak atau ketiga-tiganya sekali.

artikel ini diambil dari :
http://myrazeen.blogspot.com/2009/05/perkara-yang-anda-tak-tahu-tentang.html

Friday, December 4, 2009

Kenapa kita perlu balik kerja awal...?

Baca slowly dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"Katanya

"Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,


Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?Dia tersenyum,
"Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,

dan ibu suka bunga itu,
terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.

Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU"
HARGAILAH KELUARGA ANDA "
email dari seorang rakan.

Thursday, December 3, 2009

Transsexual worries for safety after negative reactions to ‘marriage’

DIMANAKAH SILAPNYA??!! Yang Pasti Bukan Salah ibu mengandung..

Apabila kehendak nafsu menjadi panduan hidup lebih dari kehendak akal dan batasan agama, maka rosaklah fitrah manusia dan cacamerba jalan hidupnya..Nauzubillahi minzalik, semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua..Ameen.


--------------------oooOOOooo--------------------
The Star
By CHOI TUCK WO

LONDON: Malaysian transsexual Mohammed Fazdil Min Bahari is afraid to return home due to the negative reactions over her marriage to a Briton.

She has received a lot of negative e-mails and comments from people, some even accusing her of insulting the Malaysian government.

Mohammed Fazdil or Fatine, said she felt frustrated that people did not understand she had come to the United Kingdom because she wanted to be with the man she loved.
She added that she could not do that in Malaysia and people in the country seemed to be taking a religious point of view over the matter.

Controversial ‘marriage’: Mohammed Fazdil or Fatine and Young
posing for a photo after they were married
in a civil partnership in the UK last May.



“I am so frightened to go back. I am worried for my safety,” she said in response to what she claimed was the inaccurate portrayal of their love story by a Malay tabloid which caused the negative reactions.

Speaking up for the first time after The Sun newspaper in London broke the story, Fatine said she did not know what to do as her family had already disowned her.

“I’ve spent hours on the phone asking for forgiveness. I love them but I can’t change what has happened,” said the 36-year-old makeup artist.

Fatine said it was a shame that the article had twisted their story as it was never their intention to insult the Malay community.

“They also put my father’s name in it, which was unnecessary and my mother is now afraid to leave the house,” she added.

Fatine also said that she understood that the Malays were very traditional and that “people like me aren’t acceptable”, but she hoped things would cool down eventually.

Fatine, who married Ian Young in a civil partnership in May, faces deportation back to Malaysia after her Leave to Remain visa was rejected by the Home Office over an “incorrect” photograph.

A second application with a passport photograph with a white background as required, instead of blue, was submitted for reconsideration but it was also thrown out in October.

The pair has just submitted their third application for a Right to Family Life under the Human Rights Act in Britain.

On Monday, Immigration director-general Datuk Abdul Rahman Othman said the department might take action against Fatine when she returned home as it viewed problems like overstaying seriously.

Young, 30, however, maintained that Fatine’s application was still being processed by the UK Border Agency and she should not be classified as an overstayer.

“All we want is to be married, happy and living together.
“The only way we can do this is over here in the UK,” said Young, who runs a property maintenance company.

He said the article also made it sound like they were trying to make a mockery of Muslim laws, which was never their intention.

“As a result of the way we have been portrayed, I now feel that we would be in more danger than ever if we were to try and live in Malay-sia,” he added.

Monday, November 30, 2009

Schedule Markah PAT 2Karomah

sediul terkini 3/12/2009 -khamis ( markah telah lengkap)



Untuk Pelajar 2K sila semak markah anda di sini, klik pada gambar untuk paparan lebih besar kemudian tukar zoom level kepada 150%. Kalau ada pembetulan sila tulis pada comment di bawah pilih -(Name/URL)-letak nama sebenar, URL kosongkan. Pembetulan diterima sehingga 7/12/2009 (isnin).

Saturday, November 21, 2009

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2009


Ohh, akhirnya saat yang dinanti-nantikan datang jua, alhamdulillah usia ku masing dipanjangkan untuk menikmati saat yang istimewa ini (masa untukku mengqada' tidur, hahaha.. :)) .

Tiada lagi kelam kabut,
tiada lagi jeritan "bangun! bangun! cepat mandi!, gosok gigi!, solat subuh!, sarapan!,
tiada lagi pening-pening kepala memikir pakaian apa harus ku pakai hari ini,
tiada lagi kelamkabut mencari stokin, kunci kereta, menempuh kesesakan lalulintas di pekan Banting dan jambatan teluk dato',
tiada lagi punch card merah!
tiada lagi call in call out"tolong punch kan card saya, takut tak sempat"
tiada lagi panggilan mesyuarat, kemaskini fail, menanda buku latihan, kertas2 peperiksaan,
tiada lagi menganggkut laptop, beg sekolah yang berat saban hari,


tiada lagi ...aarrggghhh banyaknya tiada lagi... ! semua yang harus ku tempuh setiap pagi hingga ke petang kerana istilah 'cuti sekolah' seakan satu istilah keramat bagi semua warga sekolah supaya melupakan semua tugasan sekolah dan masa untuk benar2 berehat!!!

Tapi nanti dulu, betul ke aku betul2 berehat sepanjang cuti ni???
semalam, sampul terakhir iaitu sampul ke 8 kertas Syariah telah berjaya ku siapkan berserta markah2 sekali telah diserahkan kepada guru kelasnya, satu kepuasan yang tidak dapat ku gambarkan. Menyelesaikan kerja2 pemarkahan dalam tempoh 5 hari!! TAHNIAH untuk diri ku!

Dan kerja2 ku sepanjang cuti ini pula ....
1) Pembikinan Takwim Sekolah 2010 -(92%)
2) key in markah PAT form 2
3) Siapkan report card 2 Karomah
4) Laporan Akhir tahun Panitia
5) Kemas meja.
6) SPBT ( taip borang untuk 2010)
7) Bertugas mingguan
8) Study PSI form 4 & 5
9) Study BA form 3 (silibus baru)
10) Fikirkan Program ilmiah untuk anak2 (masih tercari2 nak diapakan budak2 ni?? Hafal sifir, hafal surah2 lazim)
11) Baca Novel
12) Jalan-jalan Cameron Highland 14 Disember.
13) Beli buku-buku sekolah anak SK & SRA
14) Beli Pakaian sekolah anak untuk tahun depan
15) Balik kampung


wah nampaknya 9 ke atas masih juga kerja2 sekolah, kalau macam ni..tak cuti jugaklah ye.. :( InsyaAllah akan ku siapkan semua yang telah ku senaraikan. Katakan pada diri sendiri "SAYA BOLEH!!! Kepada semua yang bercuti Selamat bercuti dan manfaatkan cuti ini sebaik2nya.

Kepada pelajar2 jaga diri, tolong emak ayah di rumah, jangan tinggal solat 5 waktu, rajin mengaji, jangan merayau2 atau tengok tv saja, tengok juga buku2 untuk tahun depan buku teks semua dah dapat sebelum cuti hari tu. Yang lelaki jangan merempit tak tentu arah, yang perempuan jangan bergayut kat telefon menghabiskan duit, belajar masak belajar menjahit, belajar macam2 boleh belajar, pergi tuisyen untuk yang menduduki peperiksaan besar tahun depan. Letakkan satu target apa yang hendak anda capai sepanjang cuti 47 hari ni.

diingatkan 2 Januari 2010 semua warga SAMTTAR kena hadir untuk gotong royong sekolah dan kelas. Tahun depan jumpa lagi InsyaAllah, mudah2an panjang umur bertemu lagi kita dalam keadaan yang sihat walalafiat cukup sifat dan anggota..InsyaAllah.

Wassalam.

Wednesday, November 11, 2009

Penyakit SLE (Sistemik Lupus Erythematosus)

Baru2 ini, seorang rakan seperguruanku sewaktu sama2 di sekolah menengah -Sarina Abu-telah kembali keRahmatuLLah pada 4/11/2009(Rabu)=16 ZulQaedah 1430H, Kerana mengidap chronic autoimmune disease -SLE - di Hospital Selayang. Jenazahnya di kebumikan di kampungnya di Bukit Belimbing Kuala Selangor.Semoga rohnya di cucuri Rahmat. AlFatehah!



Ramai yang mungkin pernah dengar dan ramai juga yang langsung tidak pernah dengar nama penyakit ini. Dibawah ini aku nak kongsikan sedikit pengetahuan tentang penyakit yang dikatakan kebanyakkan pengidapnya adalah wanita. Artikel ini dipetik dari laman web Hospital Bentong. Semoga mendapat info yang berguna.

Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

SLE - Elak Stres, Fikir Positif
Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan - SLE bukan sejenis penyakit berjangkit.

Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.

Lupus mengambil sempena nama `serigala' dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.
Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.


Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!

Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.

Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.

Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.
Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.

Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.

Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.
Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.

Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.

Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.
Rawatan

- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.
Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.

- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.

Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.
Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.

Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.
Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.

Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.
Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

- Senaman;
kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.
Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.

- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.

- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

Peluang kehamilan
Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnya

Sebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.
Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.
Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.

Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.

Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.

Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.

------------------------oooooOOOOooooo--------------------------------

Saturday, November 7, 2009

Nasi Beryani


Hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga makan tengahahri di luar, dah lama benar rasanya tak makan nasi beryani, kebetulan ada satu kedai baru buka Dengkil, betul2 bersebelahan Pusat Serenti. Bolehla kalau dah kepingin sangat tu..

Sepinggan harganya RM7.00 basic, nasi, lauk, acar, papedom, air sirap bandong cincau. Sedap jugalah. Sebelum ni aku pernah makan nasi beryani di Seri Lang Banting ,Putrajaya dan Klang, entahlah tak tahu nak menilai yang mana sedap, lebih sedap dan sangat sedap..Semuanya lebih kurang aje.. :)

Dengar cerita restoran Beryani disini dimiliki oleh anak kepada Dato' Sharif Jajang. Yang menarik di sini, perabotnya semua daripada kayu jati. Kebetulan pula tokeh Beryani ni juga memiliki gudang perabut kayu jati yang terletak betul2 bersebelahan dengan restoran ni. Hari tu tak ramai orang, tapi pelanggan sentiasa ada datang dan pergi.

Syukran Baba kerana bawa umi dan anak2 makan Nasi beryani. Terimakasih daun keladi.. :)

Sunday, October 25, 2009

Ayat Quran pada kulit bayi (Kosmo)

GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
ALI

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

Saturday, October 10, 2009

Malang tak berbau.

Malang tak berbau, beringat sebelum kena. Begitulah pepatah melayu ada mengatakan..Kanak-kanak memang tak pernah menghiraukan kata-kata pepatah tu. Alam mereka ialah alam keseronokan, gembira, gelak ketawa, apa sahaja yang boleh membuatkan mereka happy hingga kadangkala nyawa mereka diancam bahaya. Jangan salahkan anak-anak, mereka memang masih kecil, tak mampu memikirkan kemungkinan2 yang bakal berlaku.

Hari isnin baru ni (5 Oktober 2009), balik dari sekolah agama petang, anakku yang nombor 2 (Muhammad Akmal) 8 tahun, menangis2 katanya tangan sakit tak boleh gerak, bengkak, ada macam lebam sikit. Bila kuamat2i rasanya macam patah tangan anakku ni. Bila ayahnya tengok confirm patah! terus bawak ke Hospital Daerah Banting. X-ray, simen dan doctor minta persetujuan ibu ayah untuk refer ke klang sebab tulang pergelangan tangan retak kemungkinan kena masuk besi. Aduhai...kalau family agree malam tu jugak nak bawak ke klang, tapi kami mintak nak bawa ke Selangor Medical centre Shah Alam (KPJ). Malam tu jugak pukul 10mlm ke SMC dan tinggal lah anakku di wad untuk 2 malam. Esok tunggu operation.



Selesai operation

Puncanya ialah jatuh dari tembok pagar sekolah. Rupanya memang dah selalu duduk kat atas tembok tu, tengah bertenggek tu adalah kawannya tarik dari bawah. jadi tangannya jatuh dulu nak menahan agaknya. Selang beberapa hari tu, suami ku pergii sekolah agama tu dan dapati masih ada lagi budak2 yang bertenggek di atas tembok tu, bukan budak2 besar tapi kecik2 darjah 1,2. Pihak sekolah tolognlah ambik perhatian sikit, bagi amaran kat budak2 tu...!! Jangan peristiwa yang sama berulang lagi pada pelajar lain pulak.

Terimakasih kepada Ustaz Hasrudi guru besar SRA yang sudi berkunjung kerumah kami untuk menziarahi anakku yang sakit ni. Kami amat berbesar hati dengan kunjungan beliau sekeluarga.

Anakku Muhammad Akmal ni memang antara yang agresif di kalangan adik beradik yang lain. Dan aku memang sering memarahi nya sampai kadang2 bila kemarahan ku dah sampai tahap gaban , naiklah rotan kat badan dia, berbirat sana sini.. main api, main air, main pisau, bergaduh, sepah itu ini, korek dinding rumah sampai habis berlubang, macam2 benda dibuatnya. Mungkin aku kena berikan lebih perhatian pada kenakalannya...

Semoga Akmal cepat sembuh.

Saturday, October 3, 2009

Jamuan Hari Raya SAMTTAR 2009

InsyaAllah gambar satu2 akan saya upload di flickers atau kalau ada yang nak satu2 boleh tulis kat shoutbox saya kat sebelah tu dan bagi email sekali. Selamat hari raya maaf zahir batin, maaf atas serba kekurangan.

Gambar2 boleh juga save as dari http://www.flickr.com/photos/samttar/