Tiada lagi kelam kabut,
tiada lagi jeritan "bangun! bangun! cepat mandi!, gosok gigi!, solat subuh!, sarapan!,
tiada lagi pening-pening kepala memikir pakaian apa harus ku pakai hari ini,
tiada lagi kelamkabut mencari stokin, kunci kereta, menempuh kesesakan lalulintas di pekan Banting dan jambatan teluk dato',
tiada lagi punch card merah!
tiada lagi call in call out"tolong punch kan card saya, takut tak sempat"
tiada lagi panggilan mesyuarat, kemaskini fail, menanda buku latihan, kertas2 peperiksaan,
tiada lagi menganggkut laptop, beg sekolah yang berat saban hari,
tiada lagi ...aarrggghhh banyaknya tiada lagi... ! semua yang harus ku tempuh setiap pagi hingga ke petang kerana istilah 'cuti sekolah' seakan satu istilah keramat bagi semua warga sekolah supaya melupakan semua tugasan sekolah dan masa untuk benar2 berehat!!!
Tapi nanti dulu, betul ke aku betul2 berehat sepanjang cuti ni???
semalam, sampul terakhir iaitu sampul ke 8 kertas Syariah telah berjaya ku siapkan berserta markah2 sekali telah diserahkan kepada guru kelasnya, satu kepuasan yang tidak dapat ku gambarkan. Menyelesaikan kerja2 pemarkahan dalam tempoh 5 hari!! TAHNIAH untuk diri ku!
Dan kerja2 ku sepanjang cuti ini pula ....
1) Pembikinan Takwim Sekolah 2010 -(92%)
2) key in markah PAT form 2
3) Siapkan report card 2 Karomah
4) Laporan Akhir tahun Panitia
5) Kemas meja.
6) SPBT ( taip borang untuk 2010)
7) Bertugas mingguan
8) Study PSI form 4 & 5
9) Study BA form 3 (silibus baru)
10) Fikirkan Program ilmiah untuk anak2 (masih tercari2 nak diapakan budak2 ni?? Hafal sifir, hafal surah2 lazim)
11) Baca Novel
12) Jalan-jalan Cameron Highland 14 Disember.
13) Beli buku-buku sekolah anak SK & SRA
14) Beli Pakaian sekolah anak untuk tahun depan
15) Balik kampung
wah nampaknya 9 ke atas masih juga kerja2 sekolah, kalau macam ni..tak cuti jugaklah ye.. :( InsyaAllah akan ku siapkan semua yang telah ku senaraikan. Katakan pada diri sendiri "SAYA BOLEH!!! Kepada semua yang bercuti Selamat bercuti dan manfaatkan cuti ini sebaik2nya.
Kepada pelajar2 jaga diri, tolong emak ayah di rumah, jangan tinggal solat 5 waktu, rajin mengaji, jangan merayau2 atau tengok tv saja, tengok juga buku2 untuk tahun depan buku teks semua dah dapat sebelum cuti hari tu. Yang lelaki jangan merempit tak tentu arah, yang perempuan jangan bergayut kat telefon menghabiskan duit, belajar masak belajar menjahit, belajar macam2 boleh belajar, pergi tuisyen untuk yang menduduki peperiksaan besar tahun depan. Letakkan satu target apa yang hendak anda capai sepanjang cuti 47 hari ni.
diingatkan 2 Januari 2010 semua warga SAMTTAR kena hadir untuk gotong royong sekolah dan kelas. Tahun depan jumpa lagi InsyaAllah, mudah2an panjang umur bertemu lagi kita dalam keadaan yang sihat walalafiat cukup sifat dan anggota..InsyaAllah.
Wassalam.
4 comments:
baik ustazah..bnyknyer pesanan ustazah..hehe..
warghhh!!jelesnyer tengok dak2 sekolah..dapat cuti..
kt cni time dak2 cuti,ktorg ad kelas n exam..berderet2 plak tu exam nyer..
ustzahh doakan sy ye..esok exam sorof..ngeeee..takuttnyer..
hehe..memang kena pesan wani, Kalau tak pesan nanti rugi "Kecuali orang2 yang berpesan2dengan kebenaran dan kesabaran" :)
bukrah imtihan? binnajah insyaAllah, senang je madah tuu..semudah ABC dan 123,hehehe..
chewh mentang2lah saya dah lepas, senanglah cakap ye..:) wish u all the best and good luck. Selamat maju jaya. kami semua mendoakan kejayaanmu.
padat juga jadual akak yer. selamat bercuti cikgu :) dan selamat ke cameron highland.bestnyer jalan2 malaysia ;)
p.c.
selamat buat p.c juga.. lama akak tak ke blog kamu nanti akak singgah.. isyaAllah..:)
Post a Comment