Saturday, October 10, 2009

Malang tak berbau.

Malang tak berbau, beringat sebelum kena. Begitulah pepatah melayu ada mengatakan..Kanak-kanak memang tak pernah menghiraukan kata-kata pepatah tu. Alam mereka ialah alam keseronokan, gembira, gelak ketawa, apa sahaja yang boleh membuatkan mereka happy hingga kadangkala nyawa mereka diancam bahaya. Jangan salahkan anak-anak, mereka memang masih kecil, tak mampu memikirkan kemungkinan2 yang bakal berlaku.

Hari isnin baru ni (5 Oktober 2009), balik dari sekolah agama petang, anakku yang nombor 2 (Muhammad Akmal) 8 tahun, menangis2 katanya tangan sakit tak boleh gerak, bengkak, ada macam lebam sikit. Bila kuamat2i rasanya macam patah tangan anakku ni. Bila ayahnya tengok confirm patah! terus bawak ke Hospital Daerah Banting. X-ray, simen dan doctor minta persetujuan ibu ayah untuk refer ke klang sebab tulang pergelangan tangan retak kemungkinan kena masuk besi. Aduhai...kalau family agree malam tu jugak nak bawak ke klang, tapi kami mintak nak bawa ke Selangor Medical centre Shah Alam (KPJ). Malam tu jugak pukul 10mlm ke SMC dan tinggal lah anakku di wad untuk 2 malam. Esok tunggu operation.



Selesai operation

Puncanya ialah jatuh dari tembok pagar sekolah. Rupanya memang dah selalu duduk kat atas tembok tu, tengah bertenggek tu adalah kawannya tarik dari bawah. jadi tangannya jatuh dulu nak menahan agaknya. Selang beberapa hari tu, suami ku pergii sekolah agama tu dan dapati masih ada lagi budak2 yang bertenggek di atas tembok tu, bukan budak2 besar tapi kecik2 darjah 1,2. Pihak sekolah tolognlah ambik perhatian sikit, bagi amaran kat budak2 tu...!! Jangan peristiwa yang sama berulang lagi pada pelajar lain pulak.

Terimakasih kepada Ustaz Hasrudi guru besar SRA yang sudi berkunjung kerumah kami untuk menziarahi anakku yang sakit ni. Kami amat berbesar hati dengan kunjungan beliau sekeluarga.

Anakku Muhammad Akmal ni memang antara yang agresif di kalangan adik beradik yang lain. Dan aku memang sering memarahi nya sampai kadang2 bila kemarahan ku dah sampai tahap gaban , naiklah rotan kat badan dia, berbirat sana sini.. main api, main air, main pisau, bergaduh, sepah itu ini, korek dinding rumah sampai habis berlubang, macam2 benda dibuatnya. Mungkin aku kena berikan lebih perhatian pada kenakalannya...

Semoga Akmal cepat sembuh.

5 comments:

Anonymous said...

moga cepat sembuh anak kak yer.
p.c.

safi said...

mudah2an,terimakasih p.c.

asilahmuhajer said...

akak, akmal ni masa keciknya camne? aktif tak?
anak saya tu baru 2 tahun sstgh. sangat ligat budaknya. ada orang cakap, bila kecik2 ligat, nanti dah besar kurang sket.
tu yang saya tanya akak tu. kalau sama macam akmal, kena bagi perhatian dari sekarang. kalau tak, bila dah sekolah nanti, kesian cikgu dia pasal anak saya sorg.

safi said...

dari dulu sampai sekarang tak de ubah, sekarang lagi akalnya panjang.

Cek Aniz said...

kesiannyer akmal..d'd0akan agar akmal cepat sembuh..(karyazahra.blogspot.com)