Wednesday, June 30, 2010

Monday, June 28, 2010

Isu-isu perubatan menurut perspektif hukum : (PENGGUGURAN KANDUNGAN)

Pengguguran Kandungan
Hukum pengguguran kandungan tidak disebut secara langsung di dalam Al-Quran dan hadis nabi S.A.W. Apa yang dibicarakan secara langsung ialah pengharaman membunuh jiwa dengan cara yang tidak sebenar, membunuh anak kerana bimbang kesempitan hidup pada masa akan datang dan pampasan yang wajib dibayar akibat perbuatan jenayah membunuh kandungan atau menggugur kandungan secara tidak sebenar.

Bertitik tolak dari sinilah para fuqaha’ telah berbeza pendapat mengenai hukum pengguguran kandungan seperti yang dibincangkan pada masa kini.

Status Janin Atau Kandungan Menurut Kacamata Fiqh

Janin mempunyai dua status yang berbeza menurut fiqh. Perbezaan status itu adalah berdasarkan usia janin. Status tersebut adalah seperti berikut:

1- Janin ketika berusia 120 hari dan ke bawah adalah sama dengan anggota manusia.
2- Janin ketika berusia 120 hari dan ke atas adalah hampir sama dengan manusia biasa.

Perbezaan di antara janin ini dengan manusia ialah manusia hidup di alam nyata manakala janin hidup dalam rahim.
(11)

Definisi Pengguguran Kandungan

Pengguguran kandungan ialah mengeluarkan kandungan dari rahim sebelum tiba tempoh bersalin dengan tujuan untuk mematikan kandungan tersebut.

Hukum Pengguguran Kandungan

Hukum pengguguran adalah bergantung kepada status janin sebagaimana yang telah sebut sebelum ini. Oleh itu, hukum pengguguran terbahagi kepada dua keadaan iaitu :

(a) Pengguguran Kandungan Berusia 120 Hari Dan Ke atas
Para fuqaha’ telah bersepakat mengenai pengharaman mengugurkan kandungan yang telah berusia lebih dari 120 hari melainkan ketika dharurat sahaja. Keadaan dharurat tersebut dapat dipastikan melalui kewujudan syarat-syarat yang berikut:
  1. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa kandungan itu memberi mudharat besar kepadaibu jika terus dibiarkan berada di dalam rahim ibu.
  2. Bilangan pakar perubatan yang membuat pengesahan tersebut hendaklah bilangan yang boleh menimbulkan keyakinan terhadap apa yang disahkan.
  3. Pakar perubatan yang membuat pengesahan tersebut terdiri dari mereka yang adil danboleh dipercayai.
  4. Mendapat keizinan menggugurkan kandungan dari kedua ibubapa terlebih dahulu.
  5. Tiada cara lain selain menggugurkan kandungan untuk menghindari kemudharatan kepada si ibu.

(b) Hukum Menggugurkan Kandungan Yang Berusia Kurang Dari 120 hari
Tidak harus atau haram menggugurkan kandungan tersebut melainkan apabila wujud keperluan yang diiktiraf oleh syara’. Berkenaan dengan perkara ini, ia hendaklah ditentukan oleh segolongan fuqaha’ yang memang pakar di dalam hal-hal seperti ini.

Berkenaan hukum di atas, muktamar Ribat ( 1971 ) telah membuat resolusi berikut:

Bagi mengeluarkan hukum berkenaan pengguguran kandungan, muktamar ini telah meneliti pendapat-pendapat yang telah dikemukakan oleh para fuqaha’ yang beragama Islam. Setelah dibuat penelitian yang rapi, maka jelaslah bahawa haram menggugurkan kandungan yang berusia lebih dari empat bulan melainkan ketika wujud dharurat yang mendesak bagi tujuan menjaga keselamatan nyawa si ibu. Adapun menggugurkan kandungan yang belum berusia empat bulan ( bermula kewujudan air mani lelaki dalam rahim dan mula membentuk janin ), sekalipun wujud berbagai-bagai pendapat dari kalangan para fuqaha’, pendapat yang paling tepat ialah diharamkan pengguguran kandungan tersebut melainkan ketika wujud dharurat yang mendesak bertujuan menjaga keselamatan nyawa si ibu.

Komentar Tentang Penghadan Usia Empat Bulan

Daripada perbincangan di atas , kita dapati bahawa para fuqaha’ telah membahagikan janin kepada dua keadaan iaitu yang berusia empat bulan ke atas dan yang belum berusia empat bulan .

Pembahagian tersebut tidak dipersetujui oleh sebahagian pakar perubatan . Di antara yang tidak bersetuju dengan pembahagian di atas ialah Dr Hassan Hathut. Beliau berkata:

”Tidak sepatutnya kita hanya menerima apa yang dinyatakan oleh ulama’ silam secara bulat-bulat. Ini kerana mereka membahaskan sesuatu ( yang berkaitan bidang perubatan ) berdasarkan kemampuan dan kemudahan yang wujud ketika itu. Pada masa sekarang terdapat peralatan canggih yang tidak terdapat di zaman mereka. Oleh kerana saya adalah salah seorang pakar perubatan , maka menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan berkenaan permulaan hidup janin. Sebenarnya janin telahpun hidup sebaik sahaja ia mula membentuk sebagai kandungan bukannya selepas empat bulan. Jantung janin mula berdenyut ketika ia berusia lima minggu…….”

Ringkasnya Dr Hassan tidak menyetujui pembahagian janin kepada dua keadaan. Oleh itu bagi beliau haram menggugurkan janin sekalipun sebelum janin berusia empat bulan melainkan jika wujudnya dharurat.

Komentar tersebut ditolak oleh sebahagian fuqaha’. Mereka berhujjah penentuan empat bulan itu adalah dibuat oleh nabi S.A.W bukan berdasarkan kajian perubatan di zaman dahulu. Para fuqaha’ juga menegaskan bahawa penentuan empat bulan itu adalah termasuk dalam perkara ta’abbudiah iaitu perkara yang tidak difahami oleh akal. Tambahan pula, para fuqaha’ tidak menyebut bahawa janin mula hidup ketika berusia empat bulan, apa yang mereka sebut ialah ruh ditiup ketika janin berusia empat bulan.

Resolusi Fiqh Berkenaan Bilakah Permulaan Hidup Manusia
Muktamar Perubatan Islam yang berlangsung pada 15-17 Januari 1985 di Hotel Hilton Kuwait telah membuat resolusi berikut berkenaan permulaan hidup manusia:
  1. Permulaan hidup manusia ialah sebaik sahaja berlaku persenyawaan benih lelaki dan benih perempuan .
  2. Sebaik sahaja terbentuk kandungan dalam rahim perempuan, maka kandungan itu wajib dihormati dan mempunyai hak-hak yang ditetapkan oleh syara’.
  3. Apabila kandungan sampai ke peringkat peniupan ruh – ketika berusia empat bulan atau empat puluh hari – kehormatan kandungan bertambah tinggi .

Beberapa Contoh Keharusan Menggugurkan Janin

( a ) Menggugurkan Janin Kerana Kecacatan
Menurut ilmu perubatan, kecacatan dapat dikesan ketika janin masih berada di dalam kandungan ibunya. Namun begitu jenis kecacatan tersebut adalah berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu para fuqaha’ telah berselisih pendapat adakah kecacatan dianggap dharurat yang mengharuskan pengguguran janin.

Pembahagian Kecacatan
Kecacatan menurut ilmu perubatan terbahagi kepada tiga keadaan iaitu :-
  1. kecacatan yang tidak mengancam kehidupan janin,
  2. kecacatan yang menyulitkan kehidupan janin selepas kelahirannya tetapi boleh dirawati
  3. kecacatan yang mengancam kehidupan janin selepas kelahirannya dan tidak boleh dirawati.

Kecacatan yang pertama dan kedua tidak dikira sebagai pengharus kepada pengguguran, manakala kecacatan ketiga pula tempat perbezaan antara pendapat fuqaha’.

Berkenaan kecacatan yang ketiga ini, Perhimpunan Fiqh telah memutuskan :
Sebelum berlalu tempoh seratus dua puluh hari, apabila telah terbukti melalui pengesahan jawatankuasa perubatan yang dianggotai oleh pakar-pakar yang dipercayai bahawa janin mngalami kecacatan serius yang tidak boleh dirawati, dan kecacatan tersebut akan menyulitkan janin dan keluarganya, maka ketika itu harus digugurkan janin tersebut selepas diminta oleh keduai bubapanya.

Manakala Unit Fatwa Universiti Al Azhar pula memutuskan harus digugurkan janin yang berusia sebulan disebabkan penyakit keturunan yang memudharatkan dengan syarat proses pengguguran itu tidak mendatangkan mudharat kepada si ibu.

( b ) Menggugurkan Kandungan Zina
Para fuqaha’ telah berbeza pendapat berkenaan masalah di atas kepada dua pendapat.
Pendapat yang pertama tidak mengharuskan pengguguran akibat zina bertujuan menutup pintu perzinaan dan juga berdasarkan hadis nabi S.A.W berkenaan Al Ghamidiyyah.

Pendapat kedua berpendapat harus digugurkan kandungan tersebut dengan alasan untuk mengelakkan berlaku kecelaruan dalam keturunan.

Penulis secara peribadi lebih cenderung kepada pendapat yang membezakan di antara janin kandungan zina dengan kandungan rogol. Kandungan zina tidak harus digugurkan kerana si ibu secara jelas tidak menghormati maruah dirinya. Manakala kandungan rogol pula harus digugur jika usia janin belum mencapai usia 120 hari dengan syarat mendapat keizinan dari si ibu terlebih dahulu . Ini kerana si ibu tidak bersalah kerana ia telah menjadi mangsa rogol.

Garis Panduan Pengguguran Kandungan
Para fuqaha’ telah meletakkan beberapa garis panduan bagi mengharuskan pengguguran kandungan akibat dirogol. Garis panduan tersebut ialah:
  1. 1- Pengguguran itu berlaku sebaik sahaja berlaku kehamilan.
  2. 2- Janin berusia kurang dari empat bulan.
  3. 3- Teknik pengguguran tidak memudharatkan si ibu.
  4. 4- Permohonan oleh si ibu dari jabatan rasmi yang bertanggungjawab berkenaan kes rogol bagi memastikan jenayah rogol tersebut benar-benar berlaku, memastikan keberkesanan teknik pengguguran dan menjejak si penjenayah.
  5. Hanya hospital-hospital tertentu sahaja yang dibenarkan menjalankan proses pengguguran kandungan.
  6. Alasan untuk menggugurkan kandungan itu hendaklah diteliti oleh jawantankuasa yang dianggotai oleh pakar-pakar perubatan dan pakar-pakar fiqh.

ARTIKEL ASAL

Thursday, June 24, 2010

Maher Zain-Thank You Allah

Pertama kali mendengar lagu Maher Zain, di facebook seorang rakan. Liriknya menyentuh hati dan memberi maksud yang mendalam jika dihayati. Suaranya pun bagus. Berkonsepkan islamik. Lagu-lagu ketuhanan seperti ini sesuai untuk semua peringkat usia. Serius, semua lagu-lagu dia best, tak tahu yang mana satu paling best. Ada gabungan arab+inggeris+perancis. Kata kawan tu, ada ala-ala rentak Mesir, okestra zaman Umi Kalthum dan Fairuz.

Selalu dengar di internet saja, mungkin juga kebelakangan ni ada diradio. Teruja untuk memiliki cd Maher Zain, setelah diprovoke oleh seorang rakan blogger. Akhirnya dapat juga. Bila diputarkan saja sewaktu memanduu pulang ke Banting, kereta yang riuh tadi beransur senyap, ah rupanya semua tangkap lentok :) ikut selawat tu ye..

Semoga lagu2 ni dapat memotivasikan kita. Disamping kelunakan suaranya hayati juga senikatanya yang hebat tu. Enjoy the song randomly choosen by me.





Ok kita berkenalan sikit dengan Maher Zain. .

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine up’ dan ‘Main the Show “.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.


Saturday, June 19, 2010

3 hari 2 malam di Tiara Beach Resort Port Dickson.

Cuti kali ni banyak sikit berjalan, lepas ke Kuala minggu lepas berjalan pula ke Tiara Beach Resort. First time datang sini . Tau-tau ajelah TBR ni memang terkenal dengan taman tema air. Budak-budak memang tak tahan lah kalau dah nampak kolam tu mesti lompat-lompat nak mandi. Datang dengan family Jabar (adik). Khamis sampai sabtu. Kami ambil apartment 2 bilik dan studio.

Hari pertama sampai, sudah petang. Lepas check in saja, masuk bilik, terus anak-anak tukar baju, dah tak sabarnya nak terjun kolam tu. Ikut kan ajelah, baba lah yang kena jaga, umi tak turun, tengok dari tingkap saja, kebetulan dapat blok E1-20 (tingkat 1 apartment no.20) mengadap ke kolam. Akhirnya umi turun juga sebab geram dengar bunyi air. Punyalah ramai orang.



Malamnya pula kami makan di Nasreen Seafood di Teluk Kemang, 3 meja sekali cantum. Makan semua RM150, mak ai! Makan 2 ekor ikan siakap 3 rasa, telur bungkus, kerabu mangga, udang goreng tepung, tomyam campur, air sirap, nasi semua untuk 2 family. Terimakasihlah siapa yang belanja ni :)

Khawarizmi dah letih giler tu, tunggu makanan tak sampai2.
Ayah belanja malam ni..huhu, tak pasai je.

Esoknya pulak, pepagi buta lepas subuh, orang yang ketagih memanciing awal2 dah siap2 nak turun ke jeti. Umi malaslah lebih baik layan mata dari duk tunggu ikan :) kita yang perempuan semua kat rumah je. sampai pukul 9 baba, muadz dan akmal balik, bawak roti canai. Ikan mana??
Mancing molek ye..

fuyoo, yang penting gaya..



Lepas breakfast , mandi2 siap2 jalan2 kat bawah santai2 gi room games, cycling, karaoke (tertutup)..layanlah.



Pukul 12 ke Teluk Kemang, lokasinya di tapak perkhemahan pantai Sri Ratu, camping, dan BBQ. Tapak perkhemahan ni memang lengkap dengan bilik mandi, setiap bilik mandi ada kolah kecil dan tandas. Ada juga meja2 kecil. Kebetulan time tu ada camping satu kumpulan dari Giat MARA. Kat sinilah dulu umi pernah datang ber BIG(Bina insan guru MPI) tahun 2004 . Berkhemah, berkayak dari Teluk Kemang ke pantai Port Dickson, kemudian patah balik. Jungle tracking ke hutan simpan dan mendaki rumah api Tanjung Tuan. Balik dari BIG umi demam. Tapi memang best.



Hari tu kami bakar Udang, kepah, kambing.. jadi karnivor semua hari ni.. dari pukul 12-5 petang duk tepi pantai tu, siap pasang khemah lagi. Letih gila, umi tak mandi tapi rasanya umi yang paling letih, sebabnya umi siapkan budak2, lepas budak2 mandi umi yang bilaskan pulak, tukarkan baju, kutip baju2 mandi, kemas2 terbongkok2 sana-sini. Macam acik Za jugak, letih apa, the guys pun letih jugak, tau tu..



Lamb & Puyuh

kerja memanggang jadi lebih mudah dan cepat.

Penat baby..




Malam pulak, lepas maghrib keluar makan durian kat tepi jalan dan tengok show kat pavillion stage. Main flying saucer kat dataran Tiara tu, ramainya orang beli, mau ribu agaknya orang tu dapat duit satu malam, umi pun main jugak, bestlah..Happening betul malam tu, kalau Khawarizmi dapat join mesti lagi riuh, tapi izmi dah pengsan kat bilik agaknya dengan wardah dan wafa. Last sekali sebelum balik bilik round tepi kolam sambil masing2 bawak button yang berlampu kelip2 tu..

durian..sodap!








flying saucer




Last day Muadz akmal dah turun kolam pukul 8 pagi. Cepat2 mandi umi nak kemas, pukul 12 nak check out. sape lambat naik, tinggal. Pagi ahad nak balik kampung Rawang pulak, nak ambik note book yang hantar repair kat Nanang hari tu. Isnin sekolah nak present kerja kumpulan Syariah, umi tak de laptop. Aduhaii..sekolah ke Isnin?? merait tak siap lagi ni satu sampul lagi tinggal..

Overall, percutian ke Tiara Beach resort memang seronok. Oh lupa nak cakap kat sini, terimakasih kepada tuan punya studio apartment Tn. Fauzi Abu Yamin yang sudi memberi ruang kepada kami sekeluarga. Tambah hari lagi tu.. Terimakasih daun keladi, lain kali nak tumpang lagi. Alhamdulillah.

Sekian dulu catatan saya kali ni.

Wednesday, June 16, 2010

Bagaimana menukar jadual, carta, slide powerpoint kepada gambar.

(untuk simpanan blog. Thanks to Nazri for the note)

Create a picture from cells, a chart, or an object

  1. Clear cell gridlines if you do not want them displayed in your picture.

How?

    • Click Options on the Tools menu, click the View tab, and then clear the Gridlines check box.
  1. On the worksheet or chart sheet, select the cells or click the chart or object you want to copy as a picture.
  2. Hold down SHIFT and click Copy Picture on the Edit menu.
  3. For the best picture quality, make sure As shown on screen and Picture are selected, and then click OK.

Note To preserve picture quality, an item copied using the As shown on screen and Picture options is pasted at 100% of its original size. For example, if you scale a worksheet at 75%, an item copied from it may appear larger when pasted because it is pasted at actual size. The display of some items in charts— such as vertical as opposed to angled axis text— may also be affected.

  1. Click the worksheet or other document where you want to paste the picture.
  2. Click Paste .

You can use the Picture toolbar (toolbar: A bar with buttons and options that you use to carry out commands. To display a toolbar, click Customize on the Tools menu, and then click the Toolbars tab.) to change the image.

How to tie a tie


Saturday, June 12, 2010

Ke Kuala Kangsar lagi..

Hari Khamis yang lalu 10/6/2010 kami ke Kuala Kangsar. Sebenarnya bukanlah hendak berjalan2 sangat, tetapi ada urusan rasmi yang lain. sambil2 tu berjalan jugalah, anak2 pun tak pernah kemari, selalu umi dan baba saja ke Kuala Kangsar, kalau baba boleh kata setiap bulan atau paling kurang 2 bulan sekali akan ke KK.

Tinggal satu malam di Rest house Kuala Kangsar. Satu malam RM170 tapi dapat diskaun untuk kakitangan kerajaan, alhamdulillah umi bawa kad NUTP yang memang sentiasa ada dalam purse umi.

 
 

Istana ni kami panggil Istana Adabi (ikut sedap mulut je panggil) sebab dalam iklan Adabi selalu nampak Istana lama ni. Tapi namanya ISTANA KENANGAN ia juga di kenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas. Istana ni tempat persemayaman sementara DYMM sultan Iskandar Shah sementara menantikan siapnya Istana Iskandariah. Kini Bangunan ini dijadikan Muzium Di Raja Perak.

Istana Iskandariah sekarang.

Jalan-jalan waktu petang di Jeti Sungai Kuala Kangsar.

Makan Laksa dan cendol pulut di Medan Laksa dan Cendol tepi sungai KK. Yang specialnya laksa Kuala ni dibuat dari tepung gamdum, warnanya perang sikit dan rasanya agak berat dari laksa tepung beras.




Tepi Sungai berdekatan dengan Medan Laksa dan cendol banyak kedai kraftangan dan rotan. Umi beli set congkak siap gulu RM22 saja. suka lah pulak budak2 ni main, maklumlah baru kenal permainan tradisional selalu main game komputer dan entah apa2 game yang moden tu. Biar dia kenal permainan traditional pula. Nak mainnya pun kena bersopan santun, duduk bersila, bersimpuh tak boleh jerit2 gaduh2 kena sopan santun macam orang Melayu dulu kala.. Layanlah congkak tu, entah berapa puluh kali round dah main..