Wednesday, March 27, 2019

Rehlah ke Terengganu Darul Iman

Assalamualaikum wbth. Bertemu kembali. Lama sungguh tak menulis di blog ini. Sudah setahun. Kali ini saya nak merakamkan percutian ke negeri Terengganu. Ini adalah kali kedua kami sekeluarga menjejak kaki di sana. Kali terakhir rasanya 15 tahun dulu menghantar rombongan adik kahwin di Ajil. 

Sebelum cuti pertengahan penggal persekolahan baru ini berkobar-kobar sangat saya nak ke Terengganu, puncanya ialah semasa saya mengajar di dalam kelas untuk subjek Bahasa Arab ada satu tajuk "Tempat-tempat bersejarah dan menarik di Malaysia" salah satunya ialah Taman Tamadun Islam. Bila saya bertanya kepada pelajar siapa yang pernah sampai ke sana, ramai yang angkat tangan. Mereka bercerita macam-macam, waduh! maunya saya tak tercabar. Bermula dari situ saya berazam hendak ke Terengganu dan beberapa negeri yang diceritakan di dalam buku teks tersebut. Kita mulakan Terengganu dulu. 

Maka bermulalah perjalanan kami sekeluarga 5 dari 6 orang, seorang anak tidak dapat turut serta sebab masih ada kelas. Perjalanan selama 7 jam. Pagi 24/3/2019 (Ahad) jam 5:45 pagi kami bertolak dan berhenti solat subuh di surau highway SKVE, berhenti lagi sarapan di R&RTemerloh dan selamat tiba ke destinasi lebih kurang jam 12:50 tengahari. Menginap di Homestay Nany Kuala Terengganu, 100 meter dari Muzium negeri dan 3km ke Taman Tamadun Islam.


Bentong


Selepas Check in dan turunkan barang, tinjau-tinjau rumah, tak boleh memasak je di situ yang lain ok untuk tidur dan berehat-rehat bolehlah tapi untuk mandi berkolam renang memang tak lah, dalam kawasan perumahan, satu malam RM190, 3 bilik, ada aircond, plug banyak, bilik air 1, tandas 1, dapur ada peti ais, cerek elektrik, pinggan cawan, seterika. oklah kan.




Homestay Nany

lepas turunkan barang kami keluar semula ke Pantai Teluk Ketapang untuk makan di kedai makan ikan celup tepung (ICT) Pok Long. Mulanya kami ke ICT Pok Nong di Mengabang Telipot tapi masyaAllah ramainya umat sampai beratur sepanjangnya, tak sanggup. Jadi kami cuba ke ICT Pok Long pula. Alhamdulillah ada meja kosong walaupun ramai tak perlu sampai beratur. Alhamdulillah puashati makan. Ikan pari celup tepung, kepok lekor, udang celup tepung itu je yang kami order. Di sini tiada nasi ye makan lauk je. Selepas makan kami bergambar pula di bawah pokok2 ru yang banyak kat depan seberang kedai tu, sejuk, redup angin pantai nyaman..


Pantai Teluk Ketapang







Selepas solat Zohor dan asar Jamak Taqdim, kami terus ke Taman Tamadun Islam. Wah teruja sangat nak tengok tempat ni macam dalam buku teks tu. Lepas bayar semua dan dapat 'passport' kami pun masuklah ke dalam tu. Oleh kerana hari panas terik dan nak berjalan keliling pun luas kawasannya, macam tak larat, jadi kami sewa buggy untuk 5 orang harga lebih kurang RM64 bersama pemandu yang ramah memberi penerangan.Kesemuanya ada 23 monumen islam dari seluruh dunia.untuk maklumat lanjut layari www.tti.com.my 

gambar google



Suleyman Mosque, Turkey
Kudus Minar, Central Jaya Indonesia

Pattani Central Mosque, thailang
Sultan Mosque Singapore

Taj Mahal, Agra India

Badshahi Mosque Lahore Pakistan

Baitul Maqdis Palestine


Great Mosque, Sammara Iraq
Abu Nasr Parsa Afghanistan

Kota Aleppo, Syria

Menara Kalyan Uzbekistan
Pesalah akan di campak dari atas menara ni.
Afghanistan
Agadez, Nigeria
Xian Mosque China

Ada lagi yang lain yang saya memang tak rakam, sebab dah pernah pergi lihat yang real seperti Masjidil Haram, Masjidin Nabawi, masjid Omar Ali Sharif Brunei, Mohamed Ali Mosque Egypt dan Masjid Negara. Alhamdulillah.


Selesai round TTI dalam 6:30 petang kami ke masjid kristal pula tak jauh, sebelah aje, hajat nak solat maghrib sekali di situ rupanya masjid sedang di renovate jadi dapat tengok dari luar sajelah. Khabarnya masjid ini dibuat dari kaca, besi dan kristal saja. 




Selesai lawatan untuk hari pertama 24/3/2019. Sambung esok pula. Balik homestay rehat.

25/3/2019 Isnin. Lokasi dituju Masjid Terapung, Pasar Payang, Muzium Negeri  dan pantai Batu Burok.

Pagi-pagi kami terus ke masjid terapung, ini kali kedua saya sampai di sini. 

Masjid Terapung

Muzium Negeri Terengganu. Besarnya Muzium dia.. Allahu Akbar. Unik rekabentuk tradisional. Boleh lihat lanjut http://museum.terengganu.gov.my/


Pantai Batu Burok.
Kalau datang ke sini tak sah kalau tak pergi pantai. Memang cantik pantai-pantai di sini. Subhanallah.




Terengganu Drawbridge - masa ni belum di buka lagi, kami makan kat kedai2 bawah tu, jadi pemandangannya malap ajelah.


Sampai sini dulu cerita saya kali ini. InsyaAllah lain kali cerita lagi.
Dah baca jangan lupa bagi reaction sikit kat bawah tu ya. Terimakasih sudi baca.
Wassalam.













Friday, April 29, 2016

Menjalani Pembedahan.

Untuk rekod. rentetan peristiwa :




Isnin- 28/3/2016 jam 3 petang terasa sakit, makin lama merebak sampai ke pinggang. sampai tak boleh nak bangun. sakit teramat sangat.

Selasa 29/3/2016- ambil cuti sakit. makan ubat tahan sakit dan buat urine test, sebab ingat kemungkinan kencing kotor.

Jumaat 1/4/2016- pergi urut, ingatkan apa2 yang tak kena. cuti sakit lagi.

Isnin 4/4/2016- sakit masih ada sikit2 tapi boleh berjalan. petang balik sekolah pergi klinik Siti buat scan, Doktor kata ada macam cyst 6-7cm. Mula susah hati tak keruan.

Khamis 7/4/2016 - jumpa pakar O&G (sakit puan) Dr. Siti Esah Bahari di KPJ Hospital Shah Alam. pergi dengan suami. Ini kali kedua jumpa Dr. siti esah sejak 5 tahun yang lalu. Buat scan sekali lagi, Dr. kata kemungkinan cyst atau fibroid 8cm, tumbuh di atas bahagian rahim. Artikel tentang fibroid boleh dibaca internet atau di blog Dr. Hamid Arshat . untuk pastikan cyst/fibroid kena buat operation. Hari ni ambil cuti sakit lagi. Tarikh diberi 11/4 utk admission ke ward.

Isnin 11/4/2016 tangguh sebab sakit tekak dan nak demam. berisiko untuk operate. tarikh baru 19/4.

Selasa 19/4/2016 tangguh lagi sebab belum berapa baik dari batuk. tarikh baru 26/4.

Selasa 26/4/2016 berangkatlah ke KPJ Shah Alam dengan macam2 perasaan. bertawakal pada Allah mudah2an selamat segalanya. Jam 3 petang ditolak ke dewan bedah. Diberi bius separuh badan, pakar Anaesthesiologist Dr. Marlizan Muhammad Yusuff sambil mengingat2kan aku supaya baca ayat kursi, baca 3 qul, zikir2. Lepas tu tak sedar dah apa berlaku. Dr. Siti Esah sendiri yang melakukan pembedahan.

sejam lepas tu selesai pembedahan. dan ditolak ke ward 209. suami, anak ku syatrah, emak dan abang ku farith menunggu. Alhamdulillah syukur. masih  bernafas lagi aku ya Allah. semoga kesakitan ini kaffarah keatas dosa2ku. Pertama kali dalam hidupku menjalani pembedahan. Ketulan fibroid yang dikeluarkan berukuran 10x5cm dengan beberapa bonjolan.
Kesan bius membuatkan aku tidur seharian, terjaga sekejap, masih terasa kebas dari pinggang sampai ke kaki. Amat pedih sekali bila cuba bangun. Begitu payah Y aAllah.

Hari kedua aku sudah dibenarkan makan. sudah boleh bangun dengan dipapah untuk ketandas. bersolat dalam keadaan berbaring. syukur alhamdulillah. 

Khamis 28/4- dibenarkan pulang kerana keadaan semakin baik. Alhamdulillah. diberi cuti selama sebulan bermula 26/4 hingga 25/5. 

Semoga Allah memberikan ganjaran sebaik2nya kepada mereeka semua yang membantu dalam urusan ku ini. Terimakasih tidak terhingga atas rawatan, bantuan dan sokongan serta doa dari kalian semua.

Sekian.