Sunday, November 24, 2013

Sungai Besar, Sekinchan, Kuala Selangor

23/11/2013 Jumaat







Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2013

Assalamualaikum blog yang dah lama ditinggalkan.

Kelihatannya seperti blog ini menjadi catatan awal dan akhir tahun ye. Dari sehari ke sehari nak update tak sempat2 dicampur tugasan tak kurang juga kemalasan mengarang ayat2. 2013 hampir saja melabuhkan tirainya sedangkan 1434 Hijrah telah 21 hari lebih dulu meninggalkan kita. Allah Maha pengasih Maha Penyayang meminjamkan nyawa sehingga ke satu saat yang pasti akan diambilnya semula. Subhanallah Maha Suci Allah, tiada daya upaya kami melainkan dengan izinMu jua. Hidup dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam. Ameen.

Apa ada pada tahun 2013 ini??
Macam2 peristiwa suka duka sudah tentunya. Namun tidak sehebat tahun 2012. Pengalaman paling getir sepanjang karier ku sebagai seorang ........ . Tak perlu lah dicatatkan kerana sesungguhnya aku pun tak nak mengenang benda2 yang nanti buat aku jadi stress pula. Biar semua itu jadi pengajaran. Baik jadi tauladan, buruk jadi sempadan. 

Apa lagi nak tulis ni???? lama betul tak buat karangan. Banyak peristiwa yang dah lupa sebab tak terakam di blog ini. Namun Allah tak pernah lupa, mustahil lupa, tapi manusia memang lupa sokmo..

seminggu sebelum cuti & minggu pertama cuti.
menguruskan permohonan kemasukan ke tingkatan 1 bagi anak kedua ku. Disebabkan tidak mengisi sebarang permohonan online ke tingkatan 1(terlupa atau sengaja) Allahu a'lam, atau sebenanrya Allah memang telah mentaqdirkan begini perjalanan nya sebab aku selalu berdoa ingin ada anak ke Maahad tahfiz, maka sepanjang seminggu sebelum cuti sekolah urusan permohonan anak kedua ku ke Maahad Tahfiz telah bermula. 3 hari bermalam di MTQ Hira' Jeram untuk temuduga dan ujian saringan dari 240 orang yang hadir hanya 80 orang saja yang akan dipilih, pastinya semua ibu bapa yang hadir mendengar taklimat sangat berdebar dan berharap anak mereka melepasi ujian. 15 ayat dari surah Al-baqarah diberi untuk dihafaz dalam masa 3 hari berserta beberapa ujian kecerdasan, tajwid, kelancaran dan sebagainya. Tidak kurang pendedahan awal dan peraturan2 yang perlu mereka lalui sekiranya berjaya nanti..

Minggu pertama cuti, masih lagi dengan urusan yang sama tetapi ke Maahad tahfiz yang berlainan pula. Sehingga aku mencatat di blog ini sudah enam MT telah dipohon. Hira', ATM, MIA, MTDH, KIBLAH dan KITTIS. Sesungguhnya teramatlah ramai ibu bapa ingin memasukkan anak2 ke maahad tahfiz 3-4 tahun kebelakangan ini, sehingga ada sesetengah  maahad tahfiz mengadakan temuduga dan ujian saringan sampai 2-3 sessi hari yang berlainan. Alhamdulillah, ia satu perkembangan yang baik. walau apapun tunggu keputusan pada bulan Disdember nanti. Ya Allah semoga anakku berjaya ditempatkan di mana-mana maahad tahfiz yang terbaik untuknya. Ameen.

Aktiviti anak2 pula Selasa baru ni pagi hingga malam pihak masjid menganjurkan program anak soleh. Slot ibu bapa dari selepas maghrib hingga jam 10 malam. Selasa minggu depan InsyaAllah akan ke Langkawi selama 4 hari 3 malam. Semoga semuanya selamat hendaknya..

Tak tau dah apa nak tulis, nanti balik langkawi harap ada kerajinan untuk menulis, dan harap2 aku dapat merakam gambar2 yang cantik2 sewaktu di sana. Berjalan melihat keindahan alam ciptaan Allah bertasbih memuji kebesaranAllah, sambil tu jangan lupa ambil iktibar.

Sehingga jumpa lagi. 

Wassalam.

Tuesday, January 1, 2013

Esok mula sekolah sesi 2013.

Pejamcelik, pejam celik dah 2013. Alhamdulillah masih diberi peluang menghirup udara hingga ke saat ini. Perjuangan, penghambaan perlu diteruskan lagi.

Jam 9 pagi ke sekolah rendah membeli buku2 tulis utk 2 orang. Jam 10 mula bertolak memghantar dan daftar anak di Jeram sek men. Islam Hira'. Anak sulung, lelaki pulak tu. Jam 12 mula mendaftar,  mengangkut barang ke asrama, ummi pun masuk sekali dlm asrama, membersihkan katil2,  almari yang berabuk, menyangkut & menyusun atur pakaian dan buku2 dalam almari. Pasang cadar dan sarungbantal juga selimut tak kurang sambil membebel2, mengarah itu ini pada baba dan anak2 umi yg lain. Semuanya utk memastikan keperluan muadz lengkap dan teratur hari pertama di asrama sebelum kami bertolak pulang. Maklumlah anak pertama. Dalam kereta pun tadi berkoyan2 nasihat itu ini diberikan entah ingat ke tidak dah muadz. Ya Allah, permudahkan anak-anakku menghadapi persekolahan esok, menuntut ilmu dengan tekun dan sabar. Bantu lah mereka dan rakan2 mereka, tak lupa guru2 sekelian.

Selesai semua, hampir jam empat kami bertolak pulang setelah bersalaman dan memeluk anakku.  malam begini mula terbayang2 muadz di rumah :-(

Pulang kerumah tadi, singgah pula beli kasut sekolah dan beg syatrah. Masih belum dibeli. Semalam baru teringat menempah sampin akmal berwarna coklat. Tahun 2013 ni jadi ketua pengawas pula dipaksa rela. Kata gurunya sudah tiada calon yang lain. Iyelah, ikutkan saja.

Subhanallah, tahun ini semua persiapan persekolahan dibuat last minit. Kesibukan pindah rumah sampai lupa persiapan sekolah anak2.

Selamat kembali ke sekolah semua warga sekolah.

Tuesday, December 11, 2012

Dua hari balik kampung Sg.Choh Rawang, kata emak nak buat makan2 anak cucu. Memang plan nak balik pun minggu ni, dtart minggu depan dah mula meeting memanjang.
Subhanallah mak masak macam2

Thursday, November 29, 2012

Mesej, sms

Ada org hantar sms tujuan nak bagi tahu
benda yg org tak tahu. Ada org hantar mesej tujuan nak menyebarkan fitnah. Ada lagi org hantar mesej tujuan nak menyakitkan hati penerimanya. Ada juga org yg bila dia reply mesej seseorg, dia akan forward juga mesej tu pada org yg disebut dalam mesej dia tu.

Contoh: A sms ajak B makan sekali. B reply "aku malas makan kalau C dan D ada kat meja tu" dia send mesej tu kpd A sekali kepada C dan D yg tak tau apa2..

Lepas tu D pun balas. " kau makan ke, kau tak makan ke, aku kenyang jugak. Aku pedulik apa"

Lepas tu B reply lagi : " bla, bla,bla..(sms berapi2, berkobar2, macam Israel berkobar2 serang Hamas) semestinya sms yg menyakitkan hati penerimanya. D pun balas balik dengan kata2 kesat, setan bejoget2  sambil meniupkan api kemarahan. Elok2 hari dia aman palestin, dah jadi huru hara.  B pun suka sbb dpt berlawan sms, hari tu dia boring sgt agaknya tak tau buat apa. So dia decide nak kacau dan kenakan org lah.

Ada juga org yg mengaku 'gila' suka sms sana sini. Lepas tu dia guna title gila dia tu sbg alasan supaya org faham dia gila, sbb itu dia sms selalu sakitkan hati org, dia serang org sana sini,sesuka jari dia je menaip. Boleh ke macam tu? ?

Pengajarannya : Berkatalah yg baik ataupun diam.
Kalau kita tak nak org sms kita yg jahat2, kita pun jgn sms org yg jahat2. What u give u get back.

** tapj org gila dia tak paham benda tu.

Sekian.

Wednesday, November 28, 2012

Pengen mangan Durian Crepe

cari2 resepi, jumpa. senang je. macam buat lempeng. kumpul dulu, nanti senang tengok balik.






Friday, November 16, 2012

Serangan zionis di Gaza

Ikuti liputan langsung keadaan serangan di Semenanjung Gaza, setiap minit dari Mini Pavillion from Gaza.

Seorang pemimpin tertinggi HAMAS telah syahid dibunuh tentera Zionis laknatullah.

Tuesday, November 13, 2012

Binjai manis.

Binjai

Ini namanya buah binjai. Seumur hidup saya yg saya tau, buah binjai ni massssam. Rasa masam dia masyaallah, hissssss, kalau mkn sampai terkenyit2 lah mata gitu.
Tapi hari ni saya makan buah binjai yg manis. Serius, manis! Mcm tak percaya. Selama ni saya memang beranggapan buah ni masam. Tak sangka first time in my life makan binjai manis. Subhanallah.
Oleh kerana fikiran, lidah dan deria rasa saya dah biasa mengatakan binjai tu masam dan saya pun selama ni biasa makan yg masam saja, jadi saya rasa yg manis tu kureng delicious. :-) baru berangan2 nak buat sambal belacan campur binaji, eh manis pulak.
Kesimpulannya, betulkan yg biasa, biasakan yg betul.. Buah binjai tak semuanya masam. Ada juga yg manis. ;-)
Utk maklumat tambahan, boleh baca lagi di link berikut, memang ramai kata binjai ni  Masam.
Khasiat binjai