
Setiap tahun hendak menyambut kedatangan syawal, pasti persiapannya terutama untuk anak2 akan membuatkan aku pening kepala, walaupun ongkosnya tidaklah banyak mana keluar dari poket ku namun senarai yang hendak dibeli tu sudah cukup membuatkan suami ku tak lena tidur malam..hehe.Tahun ni masuk ramadan ke 2, kami sudah mula membeli persiapan untuk anak2 terutama pakaian. Pengalaman tahun lalu mengajar ku, bila masuk pertengahan ramadan banyak baju dah tak ada size dan warna2 pilihan pun dah tak ada stok, maka belilah apa yang ada. Tahun lepas rasanya anak2 ku tak ada kasut raya, pakai sandal je masing2 sebab aku dah tak kuasa menapak berjam2 dari kedai ke kedai memilih kasut.. Jadi tahun ini semua hendak kasut baru, maka bertambah lagilah belanja raya tahun ini.

Satu lagi yang merisaukan aku ialah anak aku yang darjah 3 (Muadz) membeli kasut dan baju yang sama harganya dengan kazut dan baju suamiku!!!. Tau kenapa? kerana saiznya yang lebih kurang sama, badannya yang tak setimpal dengan usianya menimbulkan satu lagi kesukaran dalam mencari baju yang bersaiz kanak2. sudahnya terpaksalah membeli saiz 's' untuk orang dewasa. kasutnya pula size 6 manakala suamiku saize 9..!Dah tentu harganya pun harga dewasa.







.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

Pada hari Sabtu 4 July 2009 jam 8.45-1.00 tengahari aku telah menghadiri satu seminar anjuran ABIM Selangor, iaitu satu penenrangan berkenaan OSCC (One Stop Crisis Center) atau dalam bahasa melayunya disebut "Pusat Perlindungan bagi mereka yang Teraniaya" bertempat di Dewan Orangramai Teluk Panglima Garang..jpg)
.jpg)
.jpg)