Sunday, September 11, 2011

Majlis Pertunangan Sepupu dan Rumah Terbuka.

Assalamualaikum wbth.

Alhamdulillah hari ini dapat lagi saya merapatkan tali silaturrahaim keluarga. Memenuhi undangan Pakusu Israri saya sempena pertunangan anak perempuannya yang ke-5 Nurul namanya. Bertempat di Taman Sri Andalas Serdang Jaya. Mudah2an sampai ke hari yang dijanjikan itu. Jangkaannya mungkin setahun.  InsyaAllah.

Bezanya orang dulu dan sekarang bertunang, kalau dulu yang lelaki nya dilarang ikut sekali. Tapi semakin hari adat dulu tu sudah tidak diguna pakai lagi. senang kata, dah lapuk ditelan zaman.


ketibaan rombongan merisik dan hantar tanda sekali, dari Ampang. Maknya orang N9, ayahnya orang Melaka.

Selesai sesi bual bicara dan bacaan doa selamat bertunang.

ini Pak usu Israri (adik bongsu arwah ayah saya) kami panggil pak usu Es atau cik Es,sebelah tu adik saya Ahmad Jabar. Wajah Cik es ni mirip rupa arwah ayah saya. Kalau nak tengok ayah saya macam tulah rupanya sikit2. cuma Allahyarham ayah saya tinggi macam adik saya tu.
اللهم اغفرلي ولوالديّ وارحمهما كما ربياني صغيرا

semoga Allah memberkati cik Es sekeluarga.

sempat juga bergambar.
dari kanan gambar : Mak usu Hatimah (Isteri cik Es), ehem-ehem, Siti Zarina anak makusu timah (sepupu), emak saya, suami siti Zarina (duduk)
For those puak kerabat saya yang nak add Rina kat fb boleh klik DI SINI



Balik dari Serdang, tiba-tiba suami saya ajak beraya ke rumah adiknya di Bangi pula. Asmawi. Main terjah aje, tak call tak apa. buat orang tu kelam kabut nanti. dalam kalut2 menyambut kami sempat juga Farah (isteri asmawi juga biras saya) buat sphaggeti. rajin sungguh. sekejap je siap. sedap pulak tu. walaupun dah kenyang.. orang dah masak, makan jugaklah, rezeki jangan ditolak. ecewah.


perut kenyang suka hati. Alhamdulillah.

sekian.

Monday, September 5, 2011

Hari bermakna pada saya..melengkapkan rukun Islam yang 5 Insyaallah.

semoga doa kami dimakbulkan dan urusan kami dipermudahkan. InsyaAllah. Untuk simpanan blog, rekod dan mungkin juga sebagai galakkan kepada sahabat2 ataupun saudara mara yang lain. Terima Kasih ya Allah atas saat yang sentiasa kami nantikan ini.











Thursday, September 1, 2011

Curi kepala paip.

Assalamualaikum, 

3 Syawal 1432H. Malam tadi tiada air di rumah lebih kurang pukul 11 lebih, sampai lah ke pagi. Pagi tadi nak check paip kot2 ada tangan2 nakal yang menutup paip utama di luar. Sungguh mengejutkan satu kepala paip tembaga telah dicuri, patutlah tak de air, rupanya ditutup oleh si pencuri supaya air tidak melimpah. Terima kasih kerana menutup paip jadi tak delah berlaku pembaziran. sebagai hadiahnya, kami halal kan kepala paip yang telah anda curi itu. 0-0. Selamat hari Raya AidilFitri.



Tapi Awas! semua kegiatan anda telah dirakam oleh kamera yang terletak betul2 di atas tiang tempat paip itu dipasang. 

Kalau lah semua orang menyedari bahawa semua tindak tanduk mereka diperhatikan oleh 'Kamera Allah' 24 jam tanpa henti, pasti mereka takut untuk melakukan perkara yang bukan-bukan.

HASBUNALLAH NI'MAL WAKIL




Wednesday, August 31, 2011

Salam Eid mubarak 2011.

Assalamualaikum.


Firstly nak ucap Happy eid, تقبل الله منا ومنكم وكل عام وانتم بخير dari kami sekeluarga :

MOHD ADIB MOHD KHAILANI
NOR SAFIYATI MOHD ISMAN
MUHAMMAD MUADZ MOHD ADIB
MUHAMMAD AKMAL MOHD ADIB
NUR SYATRAH MOHD ADIB
NUR SABRINA HUSNA MOHD ADIB




Balik ke kampung emak di Sungai Choh Rawang pada petang 29 Ramadhan kerana suami masih bekerja separuh hari pada hari itu. Tahun ini nampaknya 3 beradik saja beraya dengan emak saya. saya sekeluarga dan 2 lagi yang masih bujang teruna dara. 5 lagi pulang ke kampung mertua masing-masing. 2 di terengganu, seorang di Perlis, KL dan Kelantan.

Malam raya macam biasa, takbir raya dari rumah ke rumah (orang lelaki saja). Tahun ni turn rumah emak saya yang terakhir, tahun lepas yang terawal. So sebab rumah last sekali orang nak makan pun dah tak larat sangat, emak sediakan buah2an yang ringkas2 je lah. Pukul 1 pagi baru rombongan baraan takbir sampai ke rumah, sempatlah tidur dulu sementara menunggu. Selesai takbir lebih kurang 1.45 pagi. Alhamdulillah.






Pagi raya solat di surau belakang rumah, penuh sesak. Kebetulan dapat sejadah sebelah kawan rapat satu sekolah rendah dulu. Hasnah Tamin namanya. Apa lagi berpelukan kami. Sekarang dia di Johor.

Selesai solat eidulfitri, lebih kurang pukul 10.30 mula gerak kerumah makcik2 di Kampung dulu yang dekat2. kemudian terus ke keramat KL rumah pak sedara Mohd Noor. Abang kepada arwah ayah saya. Lepas tu ke Meru rumah pakcik makcik adik beradik arwah ayah saya. Cik Mis (adik ayah), Wak Eton (kakak ayah) dan Abang Hussin (anak sedara ayah-emaknya abg Hussin ialah kakak ayah saya, juga telah kembali kerahmatullah). Orang tua di kampung Meru tu dah tak berapa ada sangat. Ramai dah meninggal. Cik Makmur suami Cik Mis pun matanya semakin kabur sedang dalam rawatan untuk buat pembedahan, dah tak berapa nampak sangat. Abang Hussien pun kena gaot, kurus badannya. Tak berapa sihat sangat. Umur dah 63 tahun.

Kebetulan di rumah cik Mis jumpa satu family ni, saya memang tak kenal langsung, so buat selamba ajelah. Rupanya lepas dikenalkan dengan Cik Makmur, rupanya dia Abg Yusak tu ialah sepupu saya. Ibu abg Yusak ialah kakak ayah saya. Ibunya meninggal masa abg Yusak kecik2 umur 10 tahun. Patutlah saya tak kenal. Syawal ini telah mempertemukan kami. Alhamdulillah. 4 orang anaknya. sudah ada seorang menantu. Yang lain masih belajar. ada juga yang masih di Jordan.

Singgah solat asar di Masjid Meru. baliknya singgah petronas beli air bliss masing2 nak mencuci perut yang kesenakkan. Sampai di rumah emak pukul 6 petang lebih. Kebetulan Busu saya (adik mak) dah siap2 nak balik. Pun nampak tak berapa sihat. kesian. Alhamdulillah raya pertama sudah selesai ke rumah saudara mara sebelah emak dan ayah saya. Tinggal raya ke tiga ke kampung suami pula. Malam ni anak perempuan saya Nur syatrah sakit mata, macam ada semut dalam mata katanya.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, August 23, 2011

Peristiwa-peristiwa Besar Bulan Ramadhan


  1. BULAN DITURUNKAN AL-KITAB

    beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

  2. PERISTIWA BADAR

    Pada hari Jumaat 17 ramadhan tahun ke 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam islam yang dikenali Perang Badar. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

    Tentera islam seramai 313 berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata. Tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.




  3. ISLAM MEMBUKA KOTA MAKKAH.

    Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Makkah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang dimetrai dengan orang Islam,

  4. PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

    Pengaruh nabi Muhammad s.a.w memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada ketika itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat islam dengan utara Tanah Arab.

    Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat.... (bersambung)

  5. ISLAM SAMPAI DI YAMAN

  6. KHALID BIN AL-WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL'UZZA

  7. PENYERAHAN BANDAR TAIF

  8. PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
(dipetik dari risalah Nikmat Aidilfitri Mukmin sejati- YAYASAN ITMAM)

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan Kareem 1432H=2011M

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang Mulia. bulan diturunkan Al-Quran, bulan diwajibkan berpuasa, padanya beribu rahmah, pahala digandakan, kejahatan dibelenggu, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup.. SubhanAllah, Maha Ar- Rahman dan Ar-Rahim nya Allah swt. Dalam setiap perbuatan baik digandakan pahalanya namun dosa tidak pula digandakan.

hari ini 10 Ramadhan(10/8) = 10 hari sudah kita umat islam berpuasa. Menahan lapar dan dahaga, serta menjaga setiap anggota dari melakukan maksiat dosa. Banyak sungguh ujian dan cabaran yang menagih keSABARAN setiap muslim yang berpuasa. Jangan pula puasa kita itu sekadar menahan lapar dan dahaga, sedang pahalanya hilang begitu saja. Mata, mulut, tangan, kaki, telinga segala pancaindera hendaklah dipelihara sebaik-baiknya.

Ramai orang menjaga puasa tapi tidak menjaga solat. Ramai orang berpuasa tetapi tidak menjaga aurat. Berlumba-lumbalah kita mendapatkan tawaran lumayan dibulan Ramadhan ini. Ia datang hanya setahun sekali. Bersusah dahulu bersenang kemudian, bersusah didunia bersenang di akhirat, InsyaAllah. Tahun depan belum tentu kita dipertemukan dgnnya lagi. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 lalu. Moga bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Ramadhan kareem, Kullu sanah wa antum toiyibeen.

Saturday, August 6, 2011

cari muka surat al-Quran..Jom cuba


klik pada gambar di bawah untuk paparan besar.



terimakasi pengirim email kerana memforwardkan kpd saya.


Friday, July 15, 2011

Musim Pemantauan.

Assalamualaikum.

Minggu ni agak sibuk di sekolah dengan fail-fail yang banyak perlu dikemaskini oleh setiap unit Pentadbiran, Kurikulum, Ko-Kurikulum dan Hal Ehwal Pelajar. Ini aku share kan gambar2, almaklumlah semenjak pengetua mengarahkan kami mengambil gambar apa saja sekitar sekolah, jadi kalau boleh gambar tengah masuk toilet pun disuruhnya ambik.. patut2 lah kan.. :)



kalau korang nak tau ini lah meja aku..cantik tak?? :))) Musim2 kepala berserabut.
Sempadan kotak merah tu bukan aku punya dah. Tu Cek Na yang punya.

Ini Guru Kanan Bidang Matapelajaran Bahasa.. kesian lah kan, dah tak larat nak gantung kaki. duk kat lantai lagi selesa. Ini lah guru terbaik BM daerah K.Langat. chewah Promote sikit.

Ini pula Ketua Panitia Bahasa Arab. Pn. Suzila Darini isteri kepada Ustaz Jamhari.
Kecil molek je orangnya. Tapi kerja Smart.

Ini Puan Siti Liza, guru apa ek.., guru Koperasi.. banyak pegang duit.

Ini yang cun melecun ni, Pn. NorMaziah. Kalau nak tau, inilah Guru Maklumat Data sekolah kami. tengah ketip apa tu..

Untuk makluman, dalam tempoh terdekat ni kami akan dilawati oleh rombongan dari Sekolah Agama menengah Wilayah K.L. konon2nya sekolah kami ni jadi sekolah contoh buat rujukan lah, itulah yang dikhabarkan pengetua.

Satu kali lagi pemantauan dari Jabatan pelajaran Selangor (JPS) untuk kategori Pengetua Cemerlang. Wallahu a;lam, tang ni aku malas nak cerita panjang2..

Sekian dulu wassalam.


Wednesday, July 13, 2011

Program Sifar Rasib (Ting. 3)

Hari ini Panitia Bahasa Arab dibawah seliaan Ketua Panitia Pn. Suzila Darini telah mengadakan program Sifar Rasib untuk pelajar tingkatan 3 yang gagal B.Arab pada peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu. Seramai 20 orang pelajar terpilih melibatkan 6 buah kelas tingkatan 3 bertempat di Dewan Mufakkirin SAMTTAR. Manakala guru yang ditugaskan membimbing seramai 3 orang iaitu :
1) Pn. NorMaziah Yunos (sessi 1)
2) Pn. ChekYah Leman (sessi 2)
3) Pn. Nor Safiyati Mohd Isman. (sessi 3)




Sessi (1) Pn. norMaziah.