Alhamdulillah hari ini dapat lagi saya merapatkan tali silaturrahaim keluarga. Memenuhi undangan Pakusu Israri saya sempena pertunangan anak perempuannya yang ke-5 Nurul namanya. Bertempat di Taman Sri Andalas Serdang Jaya. Mudah2an sampai ke hari yang dijanjikan itu. Jangkaannya mungkin setahun. InsyaAllah.
Bezanya orang dulu dan sekarang bertunang, kalau dulu yang lelaki nya dilarang ikut sekali. Tapi semakin hari adat dulu tu sudah tidak diguna pakai lagi. senang kata, dah lapuk ditelan zaman.
ketibaan rombongan merisik dan hantar tanda sekali, dari Ampang. Maknya orang N9, ayahnya orang Melaka.
Selesai sesi bual bicara dan bacaan doa selamat bertunang.
ini Pak usu Israri (adik bongsu arwah ayah saya) kami panggil pak usu Es atau cik Es,sebelah tu adik saya Ahmad Jabar. Wajah Cik es ni mirip rupa arwah ayah saya. Kalau nak tengok ayah saya macam tulah rupanya sikit2. cuma Allahyarham ayah saya tinggi macam adik saya tu.
اللهم اغفرلي ولوالديّ وارحمهما كما ربياني صغيرا
semoga Allah memberkati cik Es sekeluarga.
sempat juga bergambar.
dari kanan gambar : Mak usu Hatimah (Isteri cik Es), ehem-ehem, Siti Zarina anak makusu timah (sepupu), emak saya, suami siti Zarina (duduk)For those puak kerabat saya yang nak add Rina kat fb boleh klik DI SINI

Balik dari Serdang, tiba-tiba suami saya ajak beraya ke rumah adiknya di Bangi pula. Asmawi. Main terjah aje, tak call tak apa. buat orang tu kelam kabut nanti. dalam kalut2 menyambut kami sempat juga Farah (isteri asmawi juga biras saya) buat sphaggeti. rajin sungguh. sekejap je siap. sedap pulak tu. walaupun dah kenyang.. orang dah masak, makan jugaklah, rezeki jangan ditolak. ecewah.
perut kenyang suka hati. Alhamdulillah.
sekian.
No comments:
Post a Comment