| Terdapat ahli waris dari pihak lelaki dan ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka. Waris dari pihak lelaki seperti berikut: 1. Anak lelaki 2. Cucu lelaki dari anak lelaki 3. Bapa 4. Datuk 5. Saudara lelaki seibu sebapa 6. Saudara lelaki sebapa 7. Saudara lelaki seibu 8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa 9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa 10. Bapa saudara seibu sebapa 11. Bapa saudara sebapa 12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa 13. Sepupu dari bapa saudara sebapa 14. Suami 15. Hamba sahaya Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu: 1. Bapa 2. Anak lelaki 3. Suami Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu: 1. Anak perempuan 2. Cucu perempuan dari anak lelaki 3. Ibu 4. Nenek sebelah ibu 5. Nenek sebelah bapa 6. Saudara perempuan seibu sebapa 7. Saudara perempuan seibu 8. Saudara perempuan sebapa 9. Isteri 10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak: 1. Anak perempuan 2. Cucu perempuan dari anak lelaki 3. Ibu 4. Saudara perempuan seibu sebapa 5. Isteri Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut: 1. Bapa 2. Ibu 3. Anak Lelaki 4. Anak Perempuan 5. Suami/Isteri
sumber : http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html |
No comments:
Post a Comment