Sunday, August 22, 2021

Ibu saudara pulang ke Rahmatullah


Mohon Hadiahkan Al Fatihah kepada Ibu saudara saya dan anaknya





Post berkaitan baca di sini

Thursday, August 5, 2021

POSITIF COVID DAN PENGALAMAN KUARANTIN SATU KELUARGA

Assalamualaikum wbth.

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT. Solawat dan salam buat junjungan yang mulia nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluaraga dan para sohabat sekeliannya.

Daku ingin berkongsi kisah ini sebagai satu catatan sejarah dan pengalaman bagi kami sekeluarga bahawa jika Allah kehendaki sesiapa pun tidak terlepas dari didatangi virus covid-19 ini walau  segala SOP telah kita patuhi. Semoga dengan kesakitan, kesulitan dan kesukaran yang dilalui mudah-mudahan Allah mengangkat dosa-dosa mereka yang sakit dan dikurniakan hikmah yang besar. 

Ia bermula pada 26 July 2021 (Isnin),
Anak lelaki ku Akmal yang bertugas sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) lebih kurang jam 9 malam menelefon ayahnya memberitahu ada close contact dengan individu postitf covid di PPV tersebut. Daku tidak mahu bercerita panjang tentang individu positif itu, tetapi lebih kepada pengalaman kami melalui situasi ini.

Akmal & Syatrah bertugas sebagai sukarelawan PPV


Sebaik saja menerima berita itu kami segera mengasingkan anak-anak yang lain yang sebilik dengan Akmal & Syatrah, keluarkan apa yang perlu, pakaian, buku2 dan tilam pun keluarkan bawa ke bilik lain kerana kami hampir pasti melalui cerita Akmal jangkitan mungkin telah berlaku.

Sebaik saja Akmal & Syatrah sampai ke rumah lebih kurang jam 10 malam, ayahnya terus mengarahkan mereka berdua masuk ke bilik dan bermula saat itu tidak dibenarkan keluar kecuali ke bilik air berdekatan. Semua makanan dan minuman serta apa keperluan mereka daku dan suami ku yang akan hantar malah dua orang lagi anak ku yang lain tidak dibenarkan langsung menghampiri pintu bilik Akmal dan Syatrah kerana mimikirkan dua lagi anak ku itu belum mendapat vaksin. 

27 July 2021 Selasa
Suamiku memanggil doktor yang menyediakan perkhidmatan swab test ke rumah, jam 8 pagi sudah datang dan kami semua 6 beranak buat swab test. 4 RTK, manakala Akmal dan Syatrah PCR. 
RTK terus keluar result, alhamdulillah 4 negatif. Dua lagi yang buat PCR esok baru dapat result. 



28 July 2021 Rabu
Result PCR Akmal Positif, result Syatrah negatif.
Akmal mula demam dan sakit tekak, demamnya on off.
Oleh kerana Akmal dan Syatrah berkongsi bilik air yang sama, jadi selepas tahu result Syatrah negatif suamiku suruh Syatrah guna bilik air yang lain. Tapi daku agak keberatan sebab  ada rasa bimbang, namun Syatrah tetap jaga SOP pakai mask setiap kali keluar bilik, tiada sentuhan atau cakap berdepan2, makan waktu orang lain semua dah selesai (kesian kan). Hari ini juga Baba, Muadz, Syatrah dan Husna pakai gelang putih untuk kuarantin. Daku tak pakai, pagi tu daku ada kelas jadi tak dpt pergi. tapi daku tak keluar2 rumah pun. 

  

29 July 2021 Khamis
Syatrah mula batuk2, malamnya dia mula demam.

30 July 2021 Jumaat
Petang Jumaat ni sekali lagi Syatrah buat swab test RTK. Confirm Positif.  
Jadi dua orang anak kami positif. 
Perasaan daku macam-macam bercampur aduk. Sedih, cemas, takut, tak tau nak katalah, cuba bayangkan virus tu ada dalam rumah korang, kadang2 kita macam rasa sakit dada, pening2 gatal2 tekak. Apakah cuma perasaan je, atau sebab takut sangat ke, atau sebab memang nak kena jangkit tapi sebab dah vaksin jadi mungkin badan sedang melawan..entahlah tak pasti. 
Jaga orang sakit sudah tentulah satu cabaran yang lain pula. Daku selalu pakai mask kat rumah terutama bila menghampiri bilik Akmal dan Syatrah. 

keadaan bilik tempat kuarantin Akmal & Syatrah


Kami juga beli Spray gun untuk sanitize rumah, barang-barang dan perabot. Senang kata semua bendalah kami sembur dengan sanitizer tu.



 

Bagi meningkatkan kualiti udara dalam rumah agar lebih bersih, kami guna penapis udara coway lombok 3. Sebelum ni beberapa kali juga HQ coway call promote tambah penapis udara, tapi daku enggan, akhirnya bila dah ada kes begini kami bersetuju ambil. Rezeki kaulah coway. Ansuran bulanan rm90 ringgit.



Kami mula maklumkan juga kepada kaum keluarga terdekat dan sahabat2, mohon doakan kesembuhan. Mudah-mudahan ada doa2 yang Allah angkat dan perkenankan. Mulanya risau juga bila nak bagitau orang. Bila kita dapat bercerita pada ahli keluarga dan rakan-rakan dan mereka pula beri semangat kepada kita terasa lega sedikit. Ada yang berkongsi petua2 dan pengalaman juga, antaranya banyak kan berkumur dengan air garam, cuba minum air rebusan cengkih, ambil vitamin c dan multivitamin untuk kuatkan badan. Ada juga yang mencadangkan cuba Ivermectin.  'Jika kita kuat dia lemah, jika kita lemah dia kuat.'

Apabila berita anak kami positif  sudah ketahuan dan kami pula kuarantin satu keluarga di rumah, subhanallah ramai orang menghulurkan bantuan terutama bantuan makanan, terharu sungguh. Semoga Allah kurniakan ganjaran yang sebaiknya kepada mereka semua.  Tak dinafikan sedikit sebanyak kesedihan hati terubat dengan sumbangan yang dihulurkan. Terimakasih semua, Allah saja yang dapat membalasnya. Kami dimaklumkan Jawatankuasa surau dan masjid memang menyediakan bantuan makanan kering untuk dihulurkan kepada ahli keluarga pesakit covid yang sedang kuarantin di rumah. Alhamdulillah.





Di saat daku menulis ini, kami masih lagi kuarantin, sudah masuk hari ke 8. Anak-anak ku tidak diarah ke MAEPS. kuarantin di rumah. Demam sudah tiada, tapi batuk masih ada, Syatrah pula hilang deria bau. Selera makan juga  agak berkurang. Masa mereka demam suamiku beri makan paracetamol , vit.c dan multivitamin disamping ubat kumur dan garam. Kami juga beri minum air kelapa sebagai ikhtiar penawar. Air rebusan cengkih pula daku yang minum. 
Asbab dapat jadi sukarelawan kedua-dua anak ku itu sudah divaksin dua dose. Hari dapat dose kedua itulah mereka dijangkiti. 

Setiap hari ada saja berita menyedihkan kita dengar tentang covid, tidak dinafikan ada antara sanak-saudara kita juga yang telah syahid kerana wabak ini, ada juga yang ditidurkan semoga mereka akan bangun semula dan kembali sihat. Sama-sama kita doakan semoga Allah mengurniakan kesembuhan kepada sesiapa juga yang sakit dan yang sihat terpelihara dan terhindar dari jangkitan penyakit khususnya Covid 19 ini.

Sekian, Wassalam.



Wednesday, August 4, 2021

Muhammad Najib Bin Mohd Maamor kembali ke Rahmatullah

Mohon sesiapa yang terbaca post ini, dapat membacakan surah AlFatihah dan menghadiahkan kepada Allahyarham Muhammad Najib Bin Mohd Maamor


Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan para syuhada, dan solihin

Amin 



Allahyarham adalah sepupu saya dari sebelah ayah. Ibunya dan ayah saya adik beradik. Seorang yang lemah lembut dan sopan tutur kata. Telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 4/8/2021 jam 8:30 malam di HTAR Klang setelah 5 hari ditidurkan kerana masalah oksigen pernafasan selepas dijangkiti covid19.  Meninggalkan balu dan 3 orang anak. 




Monday, July 19, 2021

Subscribe | COVID-19 | Malaysia Outbreak Monitor | Live Updates

Subscribe | COVID-19 | Malaysia Outbreak Monitor | Live Updates: Find out the current outbreak in Malaysia and the world, Subscribe | COVID-19 | News & Stats for coronavirus in Malaysia and the world

PANDEMIK COVID 19 TAHUN KEDUA-2021

Assalamualaikum wbth.

Pandemic Covid 19 sudah masuk tahun kedua. Sekolah untuk tahun 2021 ini dari 18 Januari hingga 5 Mei sahaja. Tak pernah terbayang akan mengalami sesi persekolahan begini. Maka sesi persekolahan kembali kepada PdPR (Pengajaran & Pembelajaran di rumah). Ia bukan seuatu yang mudah sebenanrnya. Pelajar selalu hilang, tak respond bila ditanya, tidak mahu buka camera, tidak hantar tugasan yang diberi, masuk kelas lewat. Ada yang ibu bapa dua-dua bekerja, anak tiada pemantauan di rumah, bangun lewat ponteng kelas, ada juga yang masalah talian, line tak dapat, data habis, tumpang line jiran, ibu ayah tak mampu kerana sudah tidak bekerja sejak pandemik.. 

Pernah satu ketika ada seorg pelajar saya kadang sebulan sekali je dia masuk kelas online. Jadi saya pm dia tanya. Rupanya di rumah dia line tak stabil, dia guna hotspot kakak dia, kakak dia baru habis matrik nak tunggu sambung Univ. Dalam pada itu ada 3 lagi adik beradik dia yg ikut kelas online guna hotspot kakak dia. Bila saya tanya ayah tak langgan unifi ke? Dia kata "ayah saya dah tak kerja sejak pandemik, sekarang hanya guna simpanan ayah utk belanja harian. Ibu pun tak bekerja". Saya benar² tersentap masa tu.. Rasa bersalahnya..(kes telah dirujuk kpd kaunselor utk tindakan lanjut) Terimakasih kepada pihak sekolah atas keprihatinan.

Itu antara satu dari beberapa kisah yg menyedarkan saya bukan semua pelajar mampu ikut sepenuhnya PDPR ni. Namun pelajar yg benar² ponteng itu memang ada.
 
Sama²lah kita berdoa agar situasi pandemik ini cepat berakhir dan kita semua dpt menjalani kehidupan seperti dulu. Bosan juga duduk terperap di rumah saja. Apapun jaga kesihatan diri, amalkan SOP dan norma hidup baharu. Sekian utk kali ini. 

wassalam.


Simpan sini untuk rekod RPH



















Sunday, October 25, 2020

belajar buat blog

hari ni saya belajar buat blog dengan umi. alah kacang je rupanya.. 😅😅

Monday, December 2, 2019

Kembara Banda Aceh.

30 November- 3 Disember 2019
(4hari 3malam)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbth.

Cuti sekolah kali ini ditakdirkan kami ke negeri Acheh Darussalam. Sebenarnya sudah lama tertanam hasrat hendak ke Aceh bila tahu negeri ini mengamalkan undang2 Syariat Islam selepas dilanda bencana tsunami 9.5 skala ricter 15 tahun lalu. Besar musibah yang mereka alami, besar lagi syukur mereka atas hikmah dan nikmat yang Allah berikan selepas bencana tsunami melanda. Subhanallah hebat warga Acheh. Negeri julukan Serambi Mekah. Kerajaan Islam terawal di Nusantara suatu ketika dulu. 

Kembara Acheh kali ini bukanlah untuk berlibur semata², tetapi mengambil iktibar dan pengajaran daripada kesan² tsunami yang masih dapat dilihat hingga ke hari ini. Dikhabarkan antara hikmah selepas bencana tsunami 15 tahun lalu ialah serta merta berakhirnya konflik dalaman antara TNI dan GAM (Gerakan Aceh Merdeka) setelah bertahun-tahun seperti tidak ada kesudahan. Berakhirnya konflik ini menjadiakn Aceh sebuah negeri yang aman dan mula menerima kemasukan pelancong-pelancong luar khususnya dari Malaysia antara teramai datang ke Aceh. Itu sedikit pengenalan / Muqaddimah mengenai Acheh.

Perjalanan kami bermula seawal jam 3:30 pagi kerana perlu berada di airport jam 4:30 pagi. Kami bercadang untuk memandu sendiri  ke airport kalau boleh tak nak menyusahkan sesiapa kena hantar pagi2 buta. Jadi kami ambil perkhidmatan Go Park untuk park kereta kat hotel Movenpick KLIA dan dari situ ada van yang akan bawa kami ke airport, balik nanti pun kita call aje Go Park dan dia ambil bawa ke Movenpick semula. Caj parking kereta di Movenpick ialah RM20 untuk parking biasa dan RM25 untk parking berbumbung. total 4 hari RM100.




sebahagiah ahli rombongan dari SAMTTAR

Musafir kali ini bersama Andalusia Travel & Tours seramai 14 orang dari Selangor, Perak dan Johor Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun emosi saya agak tak berapa nak stabil biasa hujung2 bulan mcm ni.😆
Penerbangan dari KLIA2 ke Bandar Aceh selama sejam. Alhamdulillah cuaca baik. Sampai di Bandara (Bandar Udara) Aceh kami di sambut oleh Tourist guide warga Acheh iaitu ustaz Zoelkiram Hamdan Sakian. Baik dan sopan orangya bila berbicara, banyak informasi tentang Acheh yang disampaikan. Dari sejarah Acheh, musibah tsunami, bahasa Acheh dan macam2 lagilah. bertuah kami dapat tourist guide mcm ustaz ni.
Ustaz Zoelkiram Hamdan Sakian

inilah bas kami selama 4 hari (14 orang)
ada video, belum sempat upload youtube.
Lokasi pertama setibanya di Acheh ialah kami di bawa melawat Siron Massal Grave, perkuburan korban tsunami. Seramai 46,718 korban di kebumikan di sini dalam satu lubang 5 tingkat. Perkuburannya luas memanjang berumput hijau, tiada batu nisan.





Lokasi kedua ialah ke Kapal PLTD Apung iaitu kapal generator elektrik di Desa Punge, Blancut, Banda Aceh. Panjang kapal ini 63 meter, luas mencapai 1900 meter persegi dan berat 2600 ton, tidak ada yang membayangkan kapal ini dapat bergerak hingga ke tengah Kota Banda Aceh.

Ketika tsunami terjadi pada 26 Disember 2004, kapal ini dihanyutkan gelombang  setinggi 9 meter sejauh 5 kilometer dengan kelajuan arus 300km/jam. Kapal ini terdampar hingga ke tengah penempatan penduduk dan dikhabarkan hanya seorang anak kapal yang terselamat.





 bersambung..

Hari ni Jumaat 30/10/2020.. nak dekat setahun baru aku update sambungannya..baru ada masa untuk hadap laptop masukkan gambar2. Pada tarikh ni Selangor sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ekoran penambahan bilangan kes positif Covid 19 gelombang ke 3 yang melanda negara dan dunia amnya. Semua sekolah di Selangor, KL, Putrajaya  dan Sabah diarah tutup dan kena bekerja dari rumah #BDR. Semoga Allah pelihara kita semua. Ameen.


makan-makan

orang Acheh ni rupanya suka minum kopi. Kedai kopi merata2..WARKOP tu 'warong kopi'








Kubah masjid ni juga adalah kesan peninggalan tsunami. Kubah ni asalnya dari kampung lain, tapi dihanyutkan tsunami setinggi pokok kelapa sejauh 2 kilometer, keadaan kubah ni diceritakan seperti kapal yang hanyut dari sebalik bukit, lalu sawah sampailah mendarat kat kampung tu. Sekarang jadi bahan tinggalan sejarah dan tempat wajib dilawati. secara tak langsung jadi sumber rezeki penduduk di situ.

Nak ke kampung kubah terapung tu kena naik motor sebab jalannya kecil aje lalu tepi sawah. Jadi penduduk kampung berebut2 menyewakan motor mereka. Kebanyakan mereka dari kalangan ibu2.


      


Monumen ni namanya 'Gunongan' ia adalah bukti ketulusan cinta Sultan Aceh -Sultan Iskandar Muda terhadap permaisurinya puteri raja dari Pahang. Putri Kamaliah. Sultan Iskandar Muda ni sangat terkenal dan masa pemerintahannya kekuasaannya meliputi sehingga ke Tanah Melayu. Jadi apabila dah berkahwin dengan puteri Kamaliah dari Pahang maka diapun di bawa lah tinggal di Aceh. Permaisuri ni selalu teringat2 dan rindu pada  negeri Pahang yang berbukit bukau, jadi Sultan Iskandar Muda pun binalah Gunongan ni utk permaisurinya bermain2 di situ bersama dayang2nya untuk menghilangkan kerinduannya pada tanah airnya.  Ada pintu kecil dalam tu untuk naik keatas. 



Muzium



syiling emas dinar.


Peta Aceh 



Rumoh Aceh - rumah tradisional Aceh





Dulu2, pengantin baru malu nak makan kat luar dengan family, jadi makanannya dihidang di dalam bilik


kukur kelapa, saya sempat jumpa dan guna masa kecil2 dulu







 Masjid Baiturrahman menjadi ikon Provinsi Aceh. Masjid yang dibangun pada tahun 1612 M oleh Sultan Iskandar Muda dan merupakan masjid termegah pada abad ke-18 itu menjadi salah satu bangunan yang selamat saat terjadi musibah tsunami di Aceh pada akhir 2004 lalu. Sumber petikan, baca di sini




Kapal atas rumah Lampulo yang dihanyutkan oleh ombak tsunami. Masih dalam kedudukan asal. Makcik yang pegang buku tu antara yang terselamat, dia ceritakan semula pengalaman ngeri dia dalam buku tu.


klik gambar untuk baca lebih jelas



klik gambar untuk baca lebih jelas



masa kami baru sampai, ustaz Zoelkiram bawa minum2. Minum Kopi dan makan kueh.  Sedap juga, tak jauh beza dengan makanan kita, boleh makanlah, Alhamdulillah.