Assalamualaikum.
Bertemu lagi. Sessi persekolahan yang baru telah pun bermula, sudah seminggu berlalu.. Sebagai seorang ibu, tentunya umi juga ingin anak2 ke sekolah dengan persediaan yang lengkap. Tidak semestinya semua mesti baru. Tahun ini hanya Nur Syatrah sahaja yang bertukar baju sekolah dari putih kepada biru. Alhamdulillah jadi pengawas lagi sorang anak aku ni. Peluang diberi untuk mengasah bakat kepimpinan, semoga dapat membentuk disiplin diri yang lebih baik lagi. InsyaAllah.
Muhammad Muadz : Darjah 6 (upsr tahun ni InsyaAllah)
Muhammad Akmal : Darjah 5
Nur Syatrah : Darjah 3
Nur Sabrina Husna : 6 Tahun (Tadika Islam Bistari.)
Beg sekolah pun tak ada yang berganti baru kerana yang tahun lepas masih elok, umi rendam sabun dan basuh, cantik berseri seperti baru lagi. Alhamduillah. Cuma kasut saja semua bertukar, dari putih kepada hitam dan saiz kecil kepada yang lebih besar. Kalau perlu tukar pun, insyaAllah pertengahan tahun nanti. Setakat ni pakai dulu mana yang masih elok..
Persiapan awal itu sangat penting supaya tidak kelam kabut keesokkan harinya. Tahun ini umi berazam mengajar anak2 umi menggosok pakaian sendiri. Supaya mereka ada rasa tanggungjawab menyiapkan keperluan sendiri. Lagipun rasanya umi penat lah menggosok kain banyak2.. kalau seorang 3,4 pasang pagi petang, 4 orang nak berapa pasang? InsyaAllah belajar gosok baju sendiri, nanti lama2 pandai.
Terimakasih tak terhingga kepada baba yang banyak tolong umi. Waktu pagi yang sememangnya masa yang kelamkabut dan boleh menaikkan tahap tekanan darahku.. Apa lagi hari pertama sekolah. Umi pun mesti pergi cepat sebab ada assembly di dewan. Alhamdulillah sekarang di Banting sudah kurang sikit jem, rupanya jambatan baru dari sungai buaya ke bulatan simpang Pulau Carey Teluk Panglima Garang sudah mula beroperasi, so mereka yang menghala ke Klang sudah kurang melalui jalan Pekan Banting & Teluk Dato'. Alhamdulillah cepat sikit dapat sampai ke sekolah.
Selamat kembali ke sekolah juga semua warga SAMTTAR. Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. Juga buat semua rakan2 yang bergelar guru. Semoga 2012/1433H ini, tahun yang lebih bermakna kepada kita semua.
Sekian.
2 comments:
eh-eh semua pengawas hebat tabarakallah!, rasa saya tiap kali naik sekolah mesti ada entry. tahniah pada uminya
p/s: siap kene gosok baju sendiri yang tak tahan tu.. jimat takyah pakai bibik.
masa saya hendak ke Mekah, saya mula terasa ruginya saya tak melatih anak2 saya gosok baju sendiri . Tiap hujung minggu pakaian mereka sudah siap bergantung lengkap seluar baju satu hanger. saya gosok sendiri, tak yakin anak2 boeh buat sendiri sekemas buatan uminya. sblm saya pergi haji maid yang dijanji2kan tak sampai2. Susah hati saya dibuatnya memikirkan pakaian sekolah anak2 saya.
waktu tu baru saya terfikir alangkah bagusnya kalau sekurang2nya ada anak sulung saya yang boleh menggosokkan pakaian adik2nya dan memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh bila bakul dah penuh. Dulu2 seingat saya emak saya tak pernah gosok baju sekolah anak2 dia, semua kakak yang gosok, lepas tu turun ke saya pula. saya gosok cincai je,, :)
cuti sekolah baru ni saya ajar anak2 saya yang lelaki muadz dan akmal memasak nasi goreng,mee goreng, goreng sayur, jerang nasi guna rice cooker, bancuh air, masak lauk sikit2 yang ringkas2. senanglah sikit tiap2 hari ada yang boleh diseraya masak nasi dan goreng sayur. Alhamdulillah boleh buat pun. memberikan peluang dan meletakkan kepercayaan pada kebolehan anak2 tu sangat penting rupanya ye..ajar dulu kemudian biarkan mereka buat sendiri, pantau saja dari jauh.. ini tidak, serba serbi nak buat sendiri, akhirnya diri sendiri yang merana, lepas tu naik fade up, ngamok2 penat hehe.. :)
Syukran kerana sudi komen. :)
Post a Comment