Sunday, October 24, 2010

(FARAID) Senarai Ahli Waris yang layak menerima harta pusaka


Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.

Waris dari pihak lelaki seperti berikut:
1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Hamba sahaya

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami

Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu
5. Nenek sebelah bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan seibu
8. Saudara perempuan sebapa
9. Isteri
10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya

Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Saudara perempuan seibu sebapa
5. Isteri

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami/Isteri


sumber : http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html

(FARAID) kadar dan syarat bagi setiap ahli waris

(Faraid)
KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS


Bahagian Diperolehi

Suami kepada simati

1/2

Tidak mempunyai anak ATAU
Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki

1/4

Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki


Bahagian diperolehi

Isteri kepada simati

1/4

Tiada anak ATAU
Tiada cucu dari anak lelaki

1/8

Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki


Bahagian Diperolehi

Anak Perempuan Simati

1/2

Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki

2/3

2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki


Bahagian Diperolehi

Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati

1/2

Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak

2/3

Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak

1/6

Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan
seorang anak perempuan

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki.
Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan
atau lebih


Bahagian Diperolehi

Bapa Simati

1/6

Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

1/6 dan Asabah

Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan
dari anak lelaki

ASABAH

Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki


Bahagian Diperolehi

Ibu Kepada Simati

1/6

Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3

Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU
tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3 dari baki

Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri


Bahagian Diperolehi

Datuk kepada simati

Sama seperti bapa

Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa


Bahagian Diperolehi

Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati

1/2

Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang
menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah

ASABAH

Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk.

Terhalang oleh

disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki


Bahagian Diperolehi

Saudara Perempuan Sebapa

1/2

Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa
DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki,
saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya
Asabah

1/6

Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu
sebapa

Asabah

disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk

Terhalang Oleh

1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai
anak perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung


Bahagian Diperolehi

Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan)

1/6

Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

1/3

Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Terhalang oleh

Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

** nota asal diaambil dari beberapa laman web

http://jksp.pahang.gov.my/images/pdf/faraid/kadar.pdf
http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html
http://www.jksn.kelantan.gov.my/v3/borang/kadar.pdf


Thursday, October 21, 2010

Cuti seminggu, anak pulak demam.

Esok (Jumaat) 22/10/2010 akan mula bertugas semula setelah seminggu bercuti. Perkataan bercuti memang menyeronokkan tetapi hakikatnya ibarat 'indah khabar dari rupa'. Terus terang ye, bercuti dan duduk di rumah itu lebih memenatkan daripada pergi bekerja. Tetapi kalau di rumah fikiran tidak dibebani dengan tugas-tugasan kerja. senang kata kalau bercuti fikiran ringan sedikit tapi badan penat. Kalau dulu zaman aku jadi 'mem' besar bolehlah, rehat memanjang. Tapi semua tu dah berlalu jgn nak berangan2 lagi. Belajarlah berkata wahai diri.. "ada hikmah pada semua yang terjadi"..dapat cuti seminggu, anak pulak demam kan ada hikmahnya, kalau tidak siapa yang hendak menjaga anak yang sakit tu, elok2 habis cuti anak pun sihat alhamdulillah..

Apa yang berlaku sepanjang seminggu bercuti ini..
start cuti hari Jumaat lepas 15/10/2010 selepas D&C kali kedua. Hari sabtunya anak perempaun aku no.3 Nur Syatrah lepas maghrib kata sakit kaki mintak dipicit. Rupanya badan dia dah panas satu badan, mata dah merah menangis campur pening kepala. sampai isnin panas badannya tak turun2, kejap sejuk nanti panas balik. Ayahnya pulak asyik sibuk mengambil suhu badan. Apasal lah baba ni kejap2 check temperature yaya (Nur syatrah panggilan manjanya Yaya).

Isnin pagi buat blood test hantar Lab. Petang result kata tak ada apa-apa. Tapi baba still tak puas hati sebab panas badan tak turun2. Petang tu dalam pukul 4.30 suruh siap2kan Yaya terus ke KPJ baba dan Yaya saja yang pergi. Aku dan 3 lagi stay kat rumah. So satu malam baba tidur kat ward, yaya terus admit sebab panas badan dia sampai 40.

Malamnya aku dengan 3 anak yang lain, duduk diam2 kunci semua pintu2 rumah, tutup tingkap rapat2. Lepas maghrib kami bacakan Yassin untuk Yaya harap2 tak ada apa-apa yang serius. "Ya Allah kembalikan Baba dan Yaya kepangkuan kami dengan selamat". Bila malam suami tak ada kat rumah memang aku takut, asal ada bunyi benda sikit aku dah tak senang, walhal bunyi kipas aje pun, sebelum ni tak pernah dengar pulak bunyi kipas ni macam tu, malam baba tak ada pulak bunyi dia macam menakutkan, macam bunyi orang nak bukak pintu..ah ada2 ajelah, kalau dah penakut tu memang macam2.

esoknya selasa baba sms "Doc. kata kalau sampai petang yaya tak demam boleh balik" aku pun dah suka. Dalam doa terus2 berharap agar baba dan yaya pulang dengan selamat. Alhamdulillah petang pukul 4 sudah sampai ke rumah. Tapi sekejap aje gembiranya, malam tu yaya panas lagi mendadak panasnya. Kenapalah anak ku ni.. kuku2 dia semua pucat lesi sampai putih warnanya tak ada darah.

Hari khamis pagi tadi bawak pergi urut. cubalah entah2 demam urat kata orang.
Dalam masa urut tu makcik tu tanya " ada tengok pengantin tak baru2 ni, kadang2 kena sawan pengantin pun ye jugak" aku jawablah 'ada' . Makcik tu kata lagi " nanti kalau dah urut ni tak ada kurang cuba nanti dimintakkan pada pengantin tu baju isterinya dan kain suaminya sepasang yang dah dipakai, direndam dan buat mandi"..
ah sudah! jadi kerja pulak nak mintak kat pengantin tu.. malu weii.. :)

Alhamdulillah balik urut tu nampaknya banyak kurang, makan dah selera, kuku2 kaki dia dah mula merah, dah mula senyum, ketawa, boleh baca buku lagi buat homework, legalah hati umi baba melihatnya.

sebenarnya apa yang dirisaukan sangat oleh suamiku kerana baru2 ni ada kes kanak-kanak umur 3 tahun koma setelah 4 hari demam, rupanya denggi . sungguh bahaya.
apa pun syukur alhamdulillah. Oh tinggal esok petang hendak ke KPJ lagi..menanti dalam debaran.

wassalam.

Sunday, October 17, 2010

Kanser Serviks

Membaca sambil menambah pengetahuan. Artikel asal klik di sini

Apa itu kanser serviks?

Barah serviks adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.












Sebab ia terjadi?

Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.

Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.


Tanda dan gejala

Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami:

  • Pendarahan semasa bersama
  • Pendarahan ditengah bulan
  • Pendarahan selepas menopos
  • Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
  • Sakit semasa seks

Siapa Wanita yang berisiko untuk mendapat kanser cerviks?

Fakta berikut boleh meninggikan risiko anda untuk kanser serviks

  • Mempunyai pasangan berbilang
  • Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
  • Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
  • Kurang daya tahan imun
  • Merokok

Apa yang doktor akan lakukan sekiranya saya mempunyai gejala di atas?

  1. Ujian Pap
    Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
  2. Ujian HPV
    Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim.
  3. Colposcopy
    Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam.
  4. Rawatan
    Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

Bagaimana untuk mencegahnya?

Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.

Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:

  1. Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
  2. Elakkan hubungan seks pada usia muda
  3. Tidak merokok
  4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
  5. Suntikan Vaksin

Vaksin terhadap HPV

Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.

Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan vaksin ini?

Vaksin boleh didapati dimana mana klinik GP atau klinik pakar berdekatan


Ujian Pap Smear

Okay kali ni nak letak tentang kesihatan yang berkaitan dengan wanita atau yang berkait rapat dengan sakit puan. Info ini saya dapat dari beberapa blog dan laman web yang mudah untuk difahami juga untuk simpanan blog saya. Artikel asal boleh klik di sini . Sebenarnya info tentang kesihatan ni semua orang kena tau tak kira lelaki ataupun wanita. lebih2 lagi suami yang inginkan isteri yang sihat walafiat demi menjamin kerukunan rumahtangga. Oleh itu sekiranya ada tanda-tanda yang terdapat pada para isteri seperti pada artikel-artikel yang akan datang maka segeralah bertindak. Selamat membaca dan menambah pengetahuan.


Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia <>
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear. (ramai wanita Malaysia tidak pernah melakukan pap smear)

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.