Written by zain-ys |
Monday, 01 February 2010 19:05 |
Oleh zain-ys
Berikut ini saya snapshot makna duli dari kamus Dewan (klik untuk besarkan imej): ------------------ Fatwa Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan Tajuk : Mengenai kekebalan Raja-Raja, ucapan Duli Yang Maha Mulia kepada Raja-Raja Isu : Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat khas ini diadakan adalah bagi membincangkan beberapa perkara yang menjadi isu berhubung dengan perkara yang berkaitan dengan raja melayu berikutan dengan isu pindaan perlembagaan yang hangat diperkatakan sekarang ini. Perkara yang akan dibincangkan ialah:- (1) Kekebalan raja-raja (2) Ucapan "Duli Yang Maha Mulia terhadap raja-raja". (3) Cara angkat tangan ketika mengadap raja-raja. Keputusan : Jamaah Ulama' membuat keputusan seperti berikut : 1. Bahawa semua manusia tidak mempunyai sebarang kekebalan dari segi hukum kerana mereka semua adalah tertakluk kepada hukum Allah. 2. Hak-hak keistimewaan untuk orang-orang tertentu dalam perkara-perkara tertentu ada di dalam Islam. 3. Pemilihan warna kuning oleh Raja untuk pakaian dan lain-lain, hukumnya harus. 4. Penggunaan ucapan Duli Yang Maha Mulia terhadap Raja-Raja ketika mengadap dan lain-lain hukumnya adalah harus dengan syarat ucapan Yang Maha Mulia Raja-Raja itu tidak diniatkan sama dengan sifat Allah. Dalil firman Allah Taala: انا خلقنا الانسان من نطفة امشاج نبتليه فجعلنه سميعا بصير Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitik mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat..
(5) Jemaah Ulamak bersetuju bahawa kedudukan hukum mengenai angkat tangan dalam upacara menyembah raja-raja dibincang semula dalam Mesyuarat Jemaah Ulama akan datang kerana hal ini perlu dikaji dan diteliti secara mendalam dalam berbagai aspek. Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=2034 ----------------------- Maklumat mengenai duli bermakna habuk boleh dirujuk di sini: http://ustazzack.blogspot.com/2009/12/apa-maksud-duli-yang-maha-mulia.html |
Saturday, August 21, 2010
Fatwa: Dibolehkan penggunaan ucapan Duli Yang Maha Mulia
Tuesday, August 3, 2010
Surat Layang
Ibarat lontar batu sembunyi tangan, begitulah sikap orang yang menulis surat layang. Angkara surat layang ini boleh menimbulkan bermacam2 keburukan daripada kebaikan. Mengotorkan hati orang lain dengan syak wasangka bahawa siapakah yang menulis surat layang itu.
Setiap orang boleh menyangka.."mungkin dia ini yang menghantar surat layang itu" fitnah dan benci membenci berleluasa kepada pihak yang disangka seklipun ianya tidak benar dan yang lebih parah lagi boleh menyebabkan perpecahan dalam sesebuah organisasi, perpecahan yang merugikan ummah. Begitulah bahayanya surat layang yang menyebabkan setiap hati dalam organisasi itu melayang-layang.
gambar sekadar hiasan
Sungguhpun saya tidak pernah menerima surat layang atau disiasat kerana surat layang, tetapi sedikit sebanyak saya dapat merasakan kegawatan yang dihadapi oleh orang yang ditujukan surat layang itu. Jika dalam sebuah organisasi, apatah lagi yang melibatkan pihak pentadbiran sudah tentulah ia bukan rahsia lagi dan akan menjadi satu isu besar apabila siasatan mula dijalankan. Sekaligus akan mengaibkan sesebuah organisasi dan merendahkan kredebiliti pihak pentadbiran bukan saja di mata ahlinya malah pada pandangan luar, Jabatan dan Kementerian. Pada penulis surat layang itu, ini satu kejayaan besar!
Kerana itu walau apapun niat disebalik surat layang, ia adalah satu perbuatan yang menjijikkan dan tidak boleh dihalalkan. Sudah habiskah cara untuk berbincang, berunding, bermesyuarat sehingga surat layang menjadi pilihan? Bukankah ini menggambarkan sikap pengecut dan tidak bertanggungjawab pengirimnya. Gambaran minda yang tidak sihat. Dendam yang membara. Tidak senang melihat orang lain senang, lalu timbul lah dihatinya perasaan iri hati,cemburu dan hasad dengki. Astaghfirullah, ketahuilah bahawa anda telah menyemarakkan di hati2 ahli organisasi dengan dosa2 angkara perbuatan anda! .
Oleh itu jauhi perbuatan suka menulis surat layang. Kerana ia tiada faedahnya malah menimbulkan huru-hara saja. Masa yang sepatutnya di manfaatkan untuk perkara yang lebih berfaedah terpaksa digunakan untuk membincangkan perihal surat layang yang berjela2 panjangnya.
Ingat! apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat balik, "what u give u get back" jika kasih sayang yang ikhlas kita berikan pada orang sekeliling kita, maka kasih sayang jugalah yang akan kita terima balik sebagai balasan, tetapi jika aniaya kita berikan maka balasan ALLAH pasti menyusul kemudian.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia marilah sama-sama kita sucikan hati. Sama-sama mohon keampunan dari ALLAH SWT dan sesama insan. Semoga amal-ibadah kita diterima Allah, InsyaAllah.
Sekian.
Labels:
Catatan harian,
Tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)