Thursday, July 29, 2010

Media antarabangsa teruja Imam Muda

Posted on the July 18th, 2010
under Berita, Tempatan
by johnjimat

Program realiti Astro Oasis dapat liputan CNN, Al Jazeera

TAIP saja Imam Muda (IM) atau dalam bahasa Inggeris, Young Imam pasti carian di laman maya akan memberi pilihan dan hit yang berderet. Itu satu fakta yang pasti dan bukan omong kosong. Ternyata program yang sedang rancak disiarkan di Astro Oasis itu sedang meraih perhatian ramai di serata dunia melangkaui pelbagai sempadan negara. Malahan perlahan demi perlahan, program realiti dakwah popular itu semakin pantas menawan beberapa benua hingga mencetuskan fenomena seperti di Asia, Asia Tenggara dan Eropah.


Menariknya juga ia mula mencuri pandangan umat Islam dan bukan Islam di luar negara.
Lebih membanggakan, kewujudan program yang mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu juga sudah sampai ke pengetahuan media antarabangsa tidak kira media cetak, TV dan laman web. Artikel sulung keluaran The Straits Times, Singapura 7 Jun lalu membuka mata ramai pihak.

Hebatnya penangan program terbabit hingga ramai pengamal dan badan media antarabangsa seperti The Wall Street Journal, Associated Press (AP), Perbadanan Penyiaran British (BBC), Agence France-Presse (AFP), Reuters, ARD Germany TC dan banyak lagi berminat memberi hebahan dan membuat liputan.

Rakaman konsert minggu kelapan program itu Isnin lalu yang diadakan di Masjid Wilayah, Jalan Duta juga tidak kurang hebatnya apabila dikunjungi dua badan media terkenal, Cable News Network (CNN) dan Al Jazeera. Pada minggu itu, dua pesertanya, Nuri dan Azhar turut diumumkan sebagai yang tersingkir.

Koresponden CNN di Bangkok, Dan Rivers yang ditemui menyifatkan program berkenaan sangat menarik dan diibaratkan sebagai refleksi terhadap masyarakat Malaysia yang dihuni pelbagai bangsa serta agama. Rivers memberitahu naluri ingin tahu mengenai program ini dicapainya melalui tontonan sedutan IM di laman Youtube.

Jika di Amerika Syarikat dan Britain masing-masing terkenal dengan American Idol dan X-Factor, Malaysia juga tak kurang hebatnya menerusi penerbitan program berbentuk keagamaan seperti IM. Konsepnya yang menarik dan tidak seperti program hiburan realiti nyanyian lain membuatkan ia menjadi istimewa.


Saya mendapat sedikit gambaran mengenai program ini selepas menonton Youtube. Terdahulu saya mengetahuinya daripada Wall Streets Journal. Jelas juga ia menunjukkan aspirasi dan keterbukaan agama Islam untuk mencari pemimpin yang boleh bergelar imam, katanya yang hanya ditemani jurugambar dan sampai ke Kuala Lumpur dari Bangkok beberapa jam sebelum rakaman bermula.

Menurut Rivers, pihaknya dijangka memaparkan klip dan sedutan menarik program itu dalam durasi masa dua hingga tiga minit. Ia juga termasuk temubual dengan peserta IM. Katanya lagi, IM memaparkan paksi Islam lebih daripada itu dan ia dapat dilihat daripada cabaran yang dilalui peserta IM.


Ternyata IM memberi dimensi baru dan impak tersendiri kepada kepada manusia. Lihat saja, populariti yang diraih IM di laman maya termasuk di laman sosial, Facebook sangat mengujakan. Saya difahamkan status yang dikemaskini pantas meraih perhatian peminatnya, katanya.

Sementara itu, Penerbit Kanan Al Jazeera yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Stephanie Scawen berkata, IM memecah tembok dominasi program TV yang ada di serata negara. Katanya sambil memberi contoh, dulu pertandingan The Biggest Loser Asia turut melalui tempias yang sama.

Setiap program ada identiti tersendiri dan IM ternyata menunjukkan sisi berbeza mengenai keindahan agama Islam itu sendiri. Saya sendiri sejujurnya tidak menjangka akan lahir program sebegini. Menariknya, hebahan yang diterima turut diketahui di negara bukan Islam.

Ia secara tak langsung memberi perlambangan dan imej positif dari Malaysia terutamanya kepada negara Barat. Menghairankan dengan kadar segera ia mampu mencipta fenomena terutamanya di Facebook. Jangan ingat Lady Gaga saja mendapat perhatian, IM juga tak kurang hebatnya di Facebook, katanya seraya memuji program terbabit.
Seperti CNN, Scawen juga memberitahu, pihaknya turut akan menyediakan anggaran masa sekitar tiga minit mengenai liputan program ini.

Melihat kepada maklum balas yang diterima, saya yakin program sebegini amat dialu-alukan untuk ditonton pelbagai lapisan masyarakat di serata negara. IM mempunyai keunikan tersendiri yang berkiblatkan kepada agama Islam yang satu.

Saya sendiri juga teruja dan mula membayangkan bagaimana jika program ini disiarkan di negara kelahiran saya, United Kingdom. Ia barangkali boleh menjadi satu anjakan paradigma kepada penonton yang selama ini kerap disajikan dengan program berteraskan pencarian bakat dalam nyanyian contohnya, katanya.


Biarpun IM belum habis bersiaran apatah lagi munculnya kesinambungan IM musim kedua, difahamkan sudah ada laporan di laman maya yang melaporkan cadangan mahu menerbitkan program seumpamanya tapi dalam konteks agama yang berbeza contohnya mencari bakat baru sebagai paderi.

Bagi Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, dia melihat jika benar perkara itu direalisasikan, ia jelas menunjukkan perkembangan positif apabila dapat mengeksport kandungan program tempatan ke peringkat antarabangsa. Katanya lagi, ia satu permulaan yang baik.

Selalunya kita mengimport program luar untuk dipakai di dalam negara. Jadi menarik juga jika ada yang berminat untuk menjadikan program tempatan sebagai acuan. Tapi setakat ini, hal itu hanya cadangan saja dan belum lagi menjadi sesuatu yang sah, kata Izelan.
Sumber : Bharian.com.my

Monday, July 26, 2010

Masak Lomak cili padi Negori 9

Pernah tak makan masak lemak? mestilah pernah kan, ikan, ayam, daging. Dulu kalau masak lemak selalunya masak lemak saya tu cair dan kuahnya banyak (tak pandai masaklah katakan). Tapi sekarang saya dah pandai dah. Belajar masak lemak dengan rakan blogger Pn. Shasha Klina Abd. Razak. first time dalam hayat saya ni masak lemak saya sentiasa dirindui olehh anak-anak dan suami saya :)

gambar sumbangan dari resepidiana.blogspot.com

Memang masak lemak yang paling sedap ialah masak lemak cili padi Negeri Sembilan. Siapa makan memang boleh berpeluh2. Lagi pulak masak lemak cili padi daging salai pheww..enak lorr. Alamak aii, terliur lah pulak, hish.

Ok lah, nak tahu rahsia masak lemak cilipadi negori sembilan ni ialah jangan letak bawang. Bawang tu pantang larangnya, sama ada bawang putih atau bawang merah. Kalau letak bawang memang tak sedap.

Ramuan dia cuma halia, lengkuas, cili padi, serai, kunyi hidup atau kunyit serbuk pun boleh, daun kunyit dan santan. Santan tu bagi pekat2 takat tenggelam je, cili ikut pedas lah, setengah orang tak tahan. Campur semua bahan dan kacau tanpa henti.. kalau ikan tu masuk tunggu santan didihlah takut hancur pulak.

Setiap kali masak lemak cili padi anak2 pasti memuji2 dan ucap terimakasih ummi. Kira dah cukup sedaplah tu, tapi kalau orang negori yang makan belum cukup kaw lagi kot. Apapun alhamdulillah dan terimakasih Pn. Sha.

Wednesday, July 21, 2010

Gambar-gambar sekitar Pesta Flora Putrajaya 10-18 July

Hari Jumaat lepas 16 July, kami sekeluarga ke Putrajaya Persint 2 nak tengok pesta flora. Sudah sampai separuh jalan baru teringat camera tertinggal, alah frustnya, baru berangan nak pukul gambar comey2.. Nampaknya terpaksalah guna handfon je, gambar taklah berapa cantik sangat, tapi bolehlah kan, daripada tak ada. So, kalau dah ambik gambar banyak2 tu tak kan nak simpan dalan fon je, upload ler apa lagi. Tang nak upload tu yang malas benor tu, kemalasan yang amat. Blogspot ni pulak cuma boleh upload sekali 5, leceh lah tu kan.

Tapi bila terbaca blog SRAR pasal pesta flora ni dan ada pulak gambar2 dia yang sama dengan gambar saya, datanglah sikit semangat nak mengupload sebab nak tunjuk jugak yang kita pun ada pukul gambar kat situ.. :)

Maka inilah gambar-gambarnya, penat upload ni tau, so tengoklah betul2, kira berapa kuntum bunga ada kat situ, bukan bunga saja, sayur-sayur pun ada, bijirin pun ada, kacang hijau, barli, kacang merah. Puteri bunga pun ada. Sana sini bunga, hati yang sedih sebab camera tertinggal pun dah kembang mekar macam bunga-bunga di taman. Hah, tengoklah ye..




kakak ni cacat tak ada tangan untuk melukis, tapi Allah anugerahkan kemahiran pada jari2 kaki dia.. subhanallah, hebat kan, cantik2 gambar dia lukis.


kerusi rehat dari buluh.


Husna nak lari tu.. :)











sayur-sayuran pun ada.
daun-daun pun boleh buat baju.




Ini namanya- Periuk kera. Ia dibuat daripada bunga2 dan bahagian dalamnya tu daripada kacang merah..



Ini pula Biawak. Ia dibuat daripada daun2 kering.. geli lorr..
Ni nak tunjuk corak2 pada kaki penyu tu di tabur dengan kacang hijau dan yang putih2 tu ialah barli..





semua ni buat dari bunga






Bagi peminat orkid memang geram tengok bunga2 ni, saya peminat rose.. :)








Habis daaaaa...