Thursday, January 14, 2010

Hari-hari Persekolahan..

Sejak dah mula sekolah ni, masa nak menulis blog agak terhad dicampur dengan penat, letih, mengantuk, banyak homework. Dekat sekolah memang tak sempatlah nak pegang laptop, try jugak nak buka, tapi belum sempat nak buat apa2 baru on kan aje, loceng peralihan waktu mengajar dah berbunyi, nak dibiarkan aje lptop terbuka atas meja, bahaya pulak, maklumlah bilik guru tu tempat yang terbuka, sesiapa saja boleh keluar masuk. Nanti tunggu petang baru ada masa sikit.

Apa nak cerita pun tak tahulah, tak de idea. Sekarang dah masuk minggu ke dua sessi persekolahan. PnP berjalan seperti biasa. Pagi masuk 7.40 sampai 2.30ptg sessi persekolahan berakhir siap pelajar2 solat zohor baru dibenarkan keluar pagar sekolah,sekolah ni satu sessi je, tapi selalunya sampai rumah paling cepatpun pukul 3:15, paling lewat pukul 4.30-5.00 ptg.

Awal2 tahun ni banyak betul meeting itu ini sampaikan aku rasa nak demam, mungkin jugak perubahan jadual harian berbanding cuti akhir tahun lepas. Semua masa mengajar 22 masa seminggu, oklah berkurang sikit dari 26 masa tahun lepas. Alhamdulillah. Tapi tahun ni pulak nampaknya kena pegang 2 kelas peperiksaan PMR dan SPM. Mau tak ngeri aku.. !

Waktu menulis entry ni, badan memang kurang sihat, seram sejuk nak demam, lepas makan nasi petang tadi telan ponstan 2 biji, patutnya lebih selesa kalau dapat tidur, tapi otak ni asyik teringat RPT dan minit yang belum siap2 lagi.. tapi bila dah on laptop tau2 jelah, sasaran pertama mesti nak tengok facebook, kedua tengok blog, ketiga tengok email :)) maka kerja pun makin tak siap2 lah jawapnya.

nampaknya kena stop dululah sampai setakat ni, mata dah mula nak melekat ni sebab tadi dah telan ponstan kot.. Sebelum tidur selalu aku ingat motivasi Dr. Fadzilah Kamsah.. "Muhasabah diri, maafkan semua kesalahan orang lain pada kita" semoga hari esok bangun dengan lebih sihat dan ceria.. Rabbi Yassir wala tu'assir. Hingga jumpa lagi..wassalam.

5 comments:

asilahmuhajer said...

baru tersedar sesuatu.
susah betul nak memaafkan org lain. teruk betul diri ini.

abu razeen said...

pendidik memang sibuk tapi cutinya panjaaang. anyway.. ia adalah pekerjaan mulia. proud of you and salute for all teachers!

abu razeen said...

pendidik memang sibuk tapi cutinya panjaaang. anyway.. ia adalah pekerjaan mulia. proud of you and salute for all teachers!

sf said...

asilahmuhajer
memang tak semudah yang dilafazkan,kita cuba lah ye..

Tn.AR
mcm2 jenis cikgu ada dalam dunia ni, semuanya bergantung atas hati dan niat masing2, moga Allah terus memberikan kekuatan kpd kita semua.Ameen.

Anonymous said...

kaadal mualimu ayyakuna nabiiyaan...inilah kod kata pembangkit semangat juang para guru walau dimana mrk berada..keep up !