Monday, November 30, 2009

Schedule Markah PAT 2Karomah

sediul terkini 3/12/2009 -khamis ( markah telah lengkap)



Untuk Pelajar 2K sila semak markah anda di sini, klik pada gambar untuk paparan lebih besar kemudian tukar zoom level kepada 150%. Kalau ada pembetulan sila tulis pada comment di bawah pilih -(Name/URL)-letak nama sebenar, URL kosongkan. Pembetulan diterima sehingga 7/12/2009 (isnin).

Saturday, November 21, 2009

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2009


Ohh, akhirnya saat yang dinanti-nantikan datang jua, alhamdulillah usia ku masing dipanjangkan untuk menikmati saat yang istimewa ini (masa untukku mengqada' tidur, hahaha.. :)) .

Tiada lagi kelam kabut,
tiada lagi jeritan "bangun! bangun! cepat mandi!, gosok gigi!, solat subuh!, sarapan!,
tiada lagi pening-pening kepala memikir pakaian apa harus ku pakai hari ini,
tiada lagi kelamkabut mencari stokin, kunci kereta, menempuh kesesakan lalulintas di pekan Banting dan jambatan teluk dato',
tiada lagi punch card merah!
tiada lagi call in call out"tolong punch kan card saya, takut tak sempat"
tiada lagi panggilan mesyuarat, kemaskini fail, menanda buku latihan, kertas2 peperiksaan,
tiada lagi menganggkut laptop, beg sekolah yang berat saban hari,


tiada lagi ...aarrggghhh banyaknya tiada lagi... ! semua yang harus ku tempuh setiap pagi hingga ke petang kerana istilah 'cuti sekolah' seakan satu istilah keramat bagi semua warga sekolah supaya melupakan semua tugasan sekolah dan masa untuk benar2 berehat!!!

Tapi nanti dulu, betul ke aku betul2 berehat sepanjang cuti ni???
semalam, sampul terakhir iaitu sampul ke 8 kertas Syariah telah berjaya ku siapkan berserta markah2 sekali telah diserahkan kepada guru kelasnya, satu kepuasan yang tidak dapat ku gambarkan. Menyelesaikan kerja2 pemarkahan dalam tempoh 5 hari!! TAHNIAH untuk diri ku!

Dan kerja2 ku sepanjang cuti ini pula ....
1) Pembikinan Takwim Sekolah 2010 -(92%)
2) key in markah PAT form 2
3) Siapkan report card 2 Karomah
4) Laporan Akhir tahun Panitia
5) Kemas meja.
6) SPBT ( taip borang untuk 2010)
7) Bertugas mingguan
8) Study PSI form 4 & 5
9) Study BA form 3 (silibus baru)
10) Fikirkan Program ilmiah untuk anak2 (masih tercari2 nak diapakan budak2 ni?? Hafal sifir, hafal surah2 lazim)
11) Baca Novel
12) Jalan-jalan Cameron Highland 14 Disember.
13) Beli buku-buku sekolah anak SK & SRA
14) Beli Pakaian sekolah anak untuk tahun depan
15) Balik kampung


wah nampaknya 9 ke atas masih juga kerja2 sekolah, kalau macam ni..tak cuti jugaklah ye.. :( InsyaAllah akan ku siapkan semua yang telah ku senaraikan. Katakan pada diri sendiri "SAYA BOLEH!!! Kepada semua yang bercuti Selamat bercuti dan manfaatkan cuti ini sebaik2nya.

Kepada pelajar2 jaga diri, tolong emak ayah di rumah, jangan tinggal solat 5 waktu, rajin mengaji, jangan merayau2 atau tengok tv saja, tengok juga buku2 untuk tahun depan buku teks semua dah dapat sebelum cuti hari tu. Yang lelaki jangan merempit tak tentu arah, yang perempuan jangan bergayut kat telefon menghabiskan duit, belajar masak belajar menjahit, belajar macam2 boleh belajar, pergi tuisyen untuk yang menduduki peperiksaan besar tahun depan. Letakkan satu target apa yang hendak anda capai sepanjang cuti 47 hari ni.

diingatkan 2 Januari 2010 semua warga SAMTTAR kena hadir untuk gotong royong sekolah dan kelas. Tahun depan jumpa lagi InsyaAllah, mudah2an panjang umur bertemu lagi kita dalam keadaan yang sihat walalafiat cukup sifat dan anggota..InsyaAllah.

Wassalam.

Wednesday, November 11, 2009

Penyakit SLE (Sistemik Lupus Erythematosus)

Baru2 ini, seorang rakan seperguruanku sewaktu sama2 di sekolah menengah -Sarina Abu-telah kembali keRahmatuLLah pada 4/11/2009(Rabu)=16 ZulQaedah 1430H, Kerana mengidap chronic autoimmune disease -SLE - di Hospital Selayang. Jenazahnya di kebumikan di kampungnya di Bukit Belimbing Kuala Selangor.Semoga rohnya di cucuri Rahmat. AlFatehah!



Ramai yang mungkin pernah dengar dan ramai juga yang langsung tidak pernah dengar nama penyakit ini. Dibawah ini aku nak kongsikan sedikit pengetahuan tentang penyakit yang dikatakan kebanyakkan pengidapnya adalah wanita. Artikel ini dipetik dari laman web Hospital Bentong. Semoga mendapat info yang berguna.

Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

SLE - Elak Stres, Fikir Positif
Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan - SLE bukan sejenis penyakit berjangkit.

Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.

Lupus mengambil sempena nama `serigala' dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.
Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.


Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!

Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.

Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.

Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.
Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.

Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.

Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.
Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.

Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.

Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.
Rawatan

- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.
Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.

- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.

Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.
Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.

Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.
Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.

Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.
Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

- Senaman;
kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.
Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.

- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.

- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

Peluang kehamilan
Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnya

Sebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.
Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.
Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.

Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.

Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.

Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.

------------------------oooooOOOOooooo--------------------------------

Saturday, November 7, 2009

Nasi Beryani


Hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga makan tengahahri di luar, dah lama benar rasanya tak makan nasi beryani, kebetulan ada satu kedai baru buka Dengkil, betul2 bersebelahan Pusat Serenti. Bolehla kalau dah kepingin sangat tu..

Sepinggan harganya RM7.00 basic, nasi, lauk, acar, papedom, air sirap bandong cincau. Sedap jugalah. Sebelum ni aku pernah makan nasi beryani di Seri Lang Banting ,Putrajaya dan Klang, entahlah tak tahu nak menilai yang mana sedap, lebih sedap dan sangat sedap..Semuanya lebih kurang aje.. :)

Dengar cerita restoran Beryani disini dimiliki oleh anak kepada Dato' Sharif Jajang. Yang menarik di sini, perabotnya semua daripada kayu jati. Kebetulan pula tokeh Beryani ni juga memiliki gudang perabut kayu jati yang terletak betul2 bersebelahan dengan restoran ni. Hari tu tak ramai orang, tapi pelanggan sentiasa ada datang dan pergi.

Syukran Baba kerana bawa umi dan anak2 makan Nasi beryani. Terimakasih daun keladi.. :)