Dari Fajar ke Tesco, dari Tesco ke Parkson, dari Parkson ke Jusco, dari Jusco ke Hari-hari, dari Hari-hari ke Ramai-ramai.., wah kalau ini macam mau botak kepala suamiku. Baju melayu dan baju kurung 2 pasang seorang, baju jalanya lagi, kasut nya lagi, tudung2nya lagi, accessori nya itu ini, kueh mueh, air kordial, perhiasan rumah, bunga2..pening, pening..!!!!
Hebatnya orang lelaki ni, walau banyak mana duit yang keluar tak pernah mengungkit, cuma si isterilah kena pandai2 mengawal selera berbelanja untuk diri sendiri dan keluarga(nasihat untuk diri sendiri).
Tahun ni masuk ramadan ke 2, kami sudah mula membeli persiapan untuk anak2 terutama pakaian. Pengalaman tahun lalu mengajar ku, bila masuk pertengahan ramadan banyak baju dah tak ada size dan warna2 pilihan pun dah tak ada stok, maka belilah apa yang ada. Tahun lepas rasanya anak2 ku tak ada kasut raya, pakai sandal je masing2 sebab aku dah tak kuasa menapak berjam2 dari kedai ke kedai memilih kasut.. Jadi tahun ini semua hendak kasut baru, maka bertambah lagilah belanja raya tahun ini.

Balik kampung rawang baru2 ni kami singgah di Parkson Ria Rawang membeli kasut dan tshirt untuk anak2. Penuh jugaklah tangan kiri kanan. Bila balik semula ke Banting, satu plastik baju anak2 ku hilang entah kemana..fikir punya fikir, ingat punya ingat, rasa2nya tertinggal di kaunter Parkson Rawang! bayangkan hendak ke Rawang dari Banting semata2 nak ambik baju tertinggal? akhirnya minta tolong adik lelaki ku tanyakan kalau2 masih ada disimpan lagi di situ, kalau ada , adalah rezeki anak ku, kalau tak ada sudah lah, cari yang lain pulak..
Ya Allah, kami bersyukur kehadrat Mu kerana mengurniakan rezeki yang secukupnya buat kami sekeluarga, bagaimana pula mereka yang tak berkemampuan menyambut syawal yang bakal menjelang? Dalam berbelanja ingatlah ada insan yang masih memerlukan bantuan dan sumbangan ikhlas dari kita terutama kanak-kanak. Sempena Ramadan Mubarak ini sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah dan bersedekah sebanyak2nya..Moga segala amalan kita dinilai disisi Allah dengan nilaian yang terbaik. Ameen. Ramadan Kareem...

3 comments:
wah dah shopping yer kak.
biskut ada buat sendiri ker?
p.c.
kueh tunjuk semuanya.. :)
seronoklah ustazah, dapat shopping berjemaah. sure masa membeli tak teringat betapa susahnay mencari duit, tapi ngenangkan anak-anak yang ingin bergembira, dan sunnah rasul untuk memakai pakaian yang terbaik sewaktu raya ...maka belilah jugak... emm artikel pasal sunnah pada hari raya bagus idea tuh
Post a Comment