Saturday, July 18, 2009

Pelancaran Community Policing & Rakan COP

Majlis Pelancaran Community Policing Dan Rakan Cop anjuran IPD Kuala Langat dan Persatuan Jaksa Pendamai Kuala Langat ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor YDH Dato' Khalid Bin Abu Bakar. Pelbagai aktiviti pesembahan kebuyaan dan pameran serta demonstrasi daripada Unit-unit PDRM serta lain-lain Jabatan Kerajaan, agensi swasta dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO'S).

Tarikh : 18 July 2009 (sabtu)
Tempat : AIM Point Plaza, Bandar Sungai Emas, Kuala Langat, Selangor (Hadapan Tesco)
Masa : 9.00 pagi-6.00 petang.

Antara Aktiviti yang disediakan:
1. Pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti:
Unit FRU/Unit Udara/ Jabatan Siasatan Jenayah/ Jabatan Narkotik/ Cawangan Trafik/ Cawangan HEA/ Majlis Daerah Kuala Langat/ Agensi Dadah Kebangsaan/ Pejabat tanah dll.

2. Persembahan seni kebudayaan :
Silat/ Dikir Barat/ Gamelan/ Tarian Berbagai Bangsa/ Boria/ Silambam/ Tarian Singa/ Persembahan kebudayaan dari Badan Kebudayaan N. Selangor dan macam2 lagi.

Rugi sape tak datang...:))


(tarikh pada kamera tu salah )

Bergambar bersama pegawai JPJ Maria





"Byeee...Husna Pergi dulu ye mi..."

Helikopter Polis Diraja Malaysia

Sempat juga bergambar dengan 2 pilot PDRM Unit udara ni..Tuan Shahimi dan Tuan Azizie..hensem dan segak bergaya..hehehe

Selalu Akmal pegang helikopter mainan je, hari ni dapat pegang real punya.. :)

Depan Plaza AIM (Tesco) Banting.


Wednesday, July 8, 2009

Gotong royong Perdana SAMTTAR

Gotong royong ini telah diadakan pada jam 3 petang. Para pelajar dan guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan lokasi tertentu. Objektif utama adalah untuk membersih dan mengindahkan kawasan sekolah serta melahirkan rasa kasih dan cintakan sekolah. Selain itu program seperti ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama pelajar dan guru-guru. Program ini telah berakhir jam 5 petang.


Kolam ikan : Tengok apa tu?

Posing jangan tak posing...
Kuatnyaa...



Wak Min, orang kuat kantin.
"Tolong cikgu, angkat pasu ni "

Intai apa tu..?
Ini kerja ke, posing?



orang kuat 3K : Pn chek yah Leman



Saturday, July 4, 2009

Seminar 'One Stop Crisis Center' (OSCC)

Pada hari Sabtu 4 July 2009 jam 8.45-1.00 tengahari aku telah menghadiri satu seminar anjuran ABIM Selangor, iaitu satu penenrangan berkenaan OSCC (One Stop Crisis Center) atau dalam bahasa melayunya disebut "Pusat Perlindungan bagi mereka yang Teraniaya" bertempat di Dewan Orangramai Teluk Panglima Garang.

Pusat khidmat ini telah ditubuhkan pada 1977 bertujuan untuk menyediakan satu pusat perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh kepada mangsa penderaan, perkosaan dan keganasan rumahtangga. Mangsa diberi bantuan rawatan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami trauma yang serius.

Amnya OSCC terletak dibawah Jabatan Kecemasan setiap hospital kerajaan di mana terdapat kakitangan terlatih yang ditugaskan untuk merawat dan memberi penjagaan yang sewajarnya.

Kewujudan OSCC ini memang tepat pada masanya memandangkan kes-kes yang melibatkan kaum wanita seperti penderaan dan keganasan rumahtangga semakin meningkat dari semasa ke semasa pada masa ini terdapat 6 buah hospital kerajaan di Selangor yang mempunyai kemudahan OSCC antaranya :

1. Hospital Ampang
2. Hospital Serdang
3. Hospital Selayang
4. Hospital Sungai buloh
5. Hospital tengku Ampuan Rahimah
6. Hospital Kajang.


Antara Ahli Panel yang hadir : Dari JKM, HTAR, Polis.


Peserta Seminar

Wakil guru dari SAMTTAR seramai 5 orang.

Wednesday, July 1, 2009

sekitar Hari Anugerah Cemerlang

Beli! Beli! Beli!...
Penerima Hadiah cemerlang kategori perempuan


Natrah penerima anugerah cemerlang PMR 9A

Orang Kuat SAMTTAR sedang berbincang. "Ada tak apa2 yang tak kena dengan HAC kali ni?"

Penerima Anugerah Kategori lelaki

Tuan Pengetua dan Pengerusi PIBG SAMTTAR

Antara VIP yang hadir


Zarith Sofea-sungguh anggun dan manis bergaya.. :)

Tuan haji Zawave dan Pn. Maziah
Tuan Haji Khairollah dan Encik Ahmad Khairul Anam

Encik Ahmad Maskuri, Encik Saipol Bahri, Pn. Norraha, Pn. Siti Liza.

Bahagian Pendaftaran HAC sedia berkhidmat- Pn Suzila, Pn Rohaiza.


Pn Aziana, Cik Haslinda Kamaruzzaman, Pn. Azlina