Tuesday, March 31, 2009

Kursus BTN 26 Mac-30Mac 2009

Kursus BTN ni diadakan di Kuaters KLIA Sepang, katanya itu asal penempatan pramugari tapi sekarang disewa untuk Biro Tatanegara. Dari samttar 3 orang, 2 lagi ialah Khalid Ibn Walid Yusop dan Norazna Kusnin. yang ramai kali ini ialah hakim2 majestret, peguam, pengamal undang2. selebihnya ialah guru2, doktor dan kakitangan awam yang lain. semuanya berjumlah 127 orang. Hebat2 diaorang ni berhujah. seronok dapat pengalaman baru.

overall okaylah. dapat kenal2, berkongsi idea, percambahan fikiran, tahu sejarah kemerdekaan tanah air, perpaduan, semangat cintakan negara.
sepanjang tempoh BTN ni aku sangatlah tertekannya kerana perasaan rindu yang mendalam dan tak dapat ku gambarkan pada orang yang kutinggalkan di rumah :)) esp. my husband and my children husna, syatrah muadz dan akmal. Hari2 aku call rumah, sabarlah hati, menghitung hari.
Mudah2an kami semua lulus dengan jayanya dalam peperiksaan ini. Amiin.

Sunday, March 22, 2009

Husnul balik Indon.

balik dari langkawi 16 Mac 2009, Adib tempah ticket Air Asia untuk satu family 7 orang termasuk maid emak, semuanya RM 900++, terpaksa balik awal sebab esoknya 17 Mac Husnul nak balik Indon, tak kemas lagi barang2 dia.

alhamdulillah selamat bertolak dan sampai di banting kul 11.00 pagi, terus ke rumah emak mertuaku, masak2 makan tengahari, lepas tu terus kemas2 beg husnul, banyak yang dibawak balik pakaian aje barang2 lain tak sempat nak beli apa2 kesian.

17hb Husnul balik dengan pak Masrukin dan isterinya yang akan hantar sampai ke rumah. insyaAllah. so pagi tu kami sekeluarga hantar dia ke airport, budak2 pun taklah sedih sangat sebab dia duduk kat rumah emak pun dah banyak hari juga jadi bebudak tu dah terbiasa acik tak ada.

yang teruknya akulah, rasanya lintang pukang, tak henti2 aku buat kerja, kemas rumah, basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, gosok kain....aaarrggghhhh... kain aje dah buat aku tension rasa macam nak tercabut kaki aku dibuatnya.

ya allah berilah kekuatan kepada hambamu ini.

Family day 2009

13 Mac 2009 jam 11 malam bertolak ke langkawi dengan bas yang disewa oleh family sebelah suamiku. semua pergi, mak abah naik kapal terbang esok dengan hanim. kul 2.28 bus stop kat hentian simpang pulai, bebudak ramai turun nak kencing. lepas tu bas sambung jalan.

subuh berhenti lagi kat masjid kat kedah, sembahyang subuh, lebih kurang pukul 8 sampai ke jeti dapat ticket pukul 8:30, alhamdulillah. on the way dalam boat syatrah demam, panas badan dia, letih agaknya, maklumlah tak pernah naik bas, sekali naik bas terus demam.

alhamdulillah pukul 9 lebih sampai ke langkawi, kali pertama menjejakkan kaki ke pulau langkawi, ehehehe...macam batak sangat lah tu. kedatangan kami disambut oleh seorang mamat ni, kawan salim, dia sediakan van 2 bijik dan sebuah kereta, so drive sendiri2lah pergi ke kondo istana di pekan kuah. sampai2 sana mak dan abah dah sampai dulu mak bawak nasi lemak, apalagi membedal lah bebudak yang kebuluran ni. licin....

lepas relax2 petang tu bermulalah aktiviti keluarga merende'2.... begitulah ceritanya.


Husnul kena stroke


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Tanggal 3 Mac 2009, sekali lagi kami sekeluarga terutama aku dan suamiku diuji lagi. kali ini pembantu rumah--Husnul Hotimah---di timpa stroke. Bayangkan dalam keadaan kami memerlukan dia untuk meringankan tugasan harian kami, kami pula yang kena menjaganya. Sungguh kami redha dengan ujian ini...

Pagi 3/3/09 pukul 5 pagi tu husnul bangun nak tukar baju, dia rasa tangan dia berat semacam je, dia jatuh kat bilik air, pastu aku dengar dia panggil2 muadz akmal ulang2 kali ingatkan dia kejut budak2 tu suruh bangun. bila aku g tengok dia dah terbaring kat atas katil dia, dia muntah2, aku agak macam nak kena stroke ni.

siang pukul 9 aku, husna, adib ngan ayuk tini bawa husnul ke smc buat mri. kena 900++. petang pukul 3 masukkan ke wad 3 banting. so stay kat situ selasa, rabu, khamis, jumaat--petang jumaat tadi baru keluar wad, terus bawa dia kerumah emak, susahlah kalau di klinik ni, tangga tinggi turun naik payah.

doktor kata kolestrol dia pun tak tinggi mana, tapi heran apa yang menyebabkan dia jadi stroke.sabarlah husnul---bila Allah nak mantapkan iman kita, dia pasti akan menguji kita. jadi kita semua harus tenang2 je, buat apa yang termampu.



Tuesday, March 10, 2009

Hassan nafi perhimpunan ikut telunjuk pihak tertentu


KUALA LUMPUR: Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan ia didalangi pihak tertentu, termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad, berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lalu di luar bidang kuasa GMP dan menganggap 'mereka yang datang untuk menyatakan sokongan mereka'.

"Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya)," katanya di Rumah Pena di sini, semalam.

Hassan berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin, bahawa perhimpunan Sabtu lalu didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.

Perhimpunan anjuran GMP yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selain segelintir peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang. Hassan berkata, GMP bukan sebuah gerakan yang berunsurkan politik, malah mempunyai prinsip asas iaitu mengembalikan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia.

Sehubungan itu, GMP akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada masa terdekat sebelum Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini bagi menjelaskan pendirian gerakan itu sebagai sebuah jawatankuasa yang aman. "Kami mahu Pak Lah selesaikan isu PPSMI segera sebelum isu ini jadi lebih berat. "Kita tidak menentang penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, tetapi ingin menuntut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa yang menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini," katanya.

Monday, March 9, 2009

Walimatul arus-Mai.

siang tadi pergi jemputan kahwin mai, staf klinik kat ijok. wah cantiknya budak tu. pukul 10 dari banting sampai sana kul 12.30, makan2 jumpa mai kejap pastu balik. letihnya lah rasa badan. patutnya petang tadi ada kenduri kat rumah mak, tapi aku tak pergi pun sebab tak henti2 buat kerja rumah membasuh, mengemas, lipat kain, sungguh letih aku rasa.

dah cakap kat aisyah nanti mms gambar kat akak, aku nak upload kat sini. tunggu gambar akan datang....