Thursday, March 15, 2012

Tutorial buat Banner/Header Blog.

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak share cara nak buat header/banner blog. Macam kat atas tu. (atas permintaan kawan2)
Ada banyak cara orang buat banner ni, cara yang paling simple saya belajar guna power point. (saya belajar ngan adik saya lagi tu.. ) boleh juga kalau kita gunakan web2 yang menyediakan kemudahan membuat banner contohnya mybannermaker.com, cooltext.com dll.

ok, first step : Buka power point :-) Dia akan keluar layout  "Clik to add title" dan "Clik to add subtitle" , boleh lah pilih mana2, tapi kalau saya, yang subtitle tu saya delete tinggalkan title je, sebab title tulisan dia lagi besar.

2) besarkan saiz ruangan tu dari hujung ke hujung, ukuran header bog lebih kurang panjang slide tu lah, cuma lebar dia ikut suka kitalah nak lebar mana. Ok, boleh, boleh ? :-)

3) Tulislah apa-apa nak tulis contohnya Sepanjang Kaki Melangkah", tukar font, warna background dia nak insert picture ke, apa-apa lah. Jadilah macam ni..


nak insert picture macam tu : Klik kat ruang yang kita dah tulis tu, nanti kat Tool bar ada keluar "Drawing Tools" bawahnya pula ada "Format" (tengok kat gambar skrin atas tu)  klik kat situ cari "Shape Fill" (gambar tong cat ) dan "picture"
"Drawing tools - Format - Shape Fill - Picture"
ok, boleh, boleh ?? :-)

4) ok, dah siap banner/header yang kita nak. Step seterusnya save kerja powerpoint kita tu, tapi jangan tutup lagi. Tujuan nak save tu supaya nanti kalau kita tak puas hati nak ubah2 lagi, kerja kita tu masih ada. 

5)Kemudian klik pada gambar banner yg kita dah buat tadi dan tekan Ctrl  'A' serentak (select All) kalau kita ada letak banyak gambar ke, icon2 ke, so tujuan Ctrl A tu ialah untuk select semua benda yang ada dalam banner tu. Kalau cuma satu gambar dan tuisan saja boleh jga right clik 'copy'


5) Sekarang biarkan power point tu, buka pula Program 'PAINT' macam kat bawah tu, atau apa2 program lah Paint.NET pun boleh. saya biasa guna paint je.


 Bila dah keluar paparan putih macam kat bawah ni, terus saja righ klik 'paste' ataupun boleh juga klik pada button 'Paste' kat tool bar atas kiri tu dan apa yang kita copy kat Powerpoint tadi dia akan paste kat paint pula.

@
lagi satu cara senang ; tekan kat keyboard tu 'printscreen' [PrtSc] nanti dia akan copy apa yang ada kat screen powerpoint kita tu, lepas tu pergi kat paint dan tekan butang 'paste'. senang je kan. (sebelum kita paste tu lagi senang kalau kita kecilkan saiz screen putih kat paint tu.)

Jadiah seperti gambar kat atas ni.. Lepas tu klik kat mana2 luar, minimize kan yang putih terlebih tu, bagi cukup2 gambar tu, lepas tu 'save picture as jpeg' 


Siap dah. Sekarang nak pasang pulak banner tu kat blog..

pergi kat layout, pilih yang saya tulis tulisan merah tu.. klik kat hujung tu. satu paparan akan muncul macam kat bawah ni.. 




pergi kat Image tu, cari gambar yang kita dah save tadi dan insert saja, lepas tu jgn lupa save dan preview  jadi ke tak..



ok, boleh, boleh?? :-)

SELAMAT MENCUBA.

Tuesday, February 7, 2012

Cuti & Kenduri ambeng..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.
Bertemu lagi ;

Cuti Sabtu - Selasa baru ni, Sabtu ahad  merewang di rumah mertua saya ada kenduri ambeng (bahasa jawa). Oleh kerana mertua saya ni (baca orang jawa) suka bersedekah makan-makan alhamdulillah, jadi semua masak sendiri hanya laksa dan kueh saja tempah. Siapa yang kawin dengan orang jawa fahamlah.. letih oo.. :-) Start petang sabtu sudah mula melapah daging lembu, seekor lembu tumbang. Mungkin juga sempena sambut Maulidur Rasul ayah mertua saya nak bersedekah disamping tu mengisytiharkan kehadiran ahi keluarga baru sebelah mertua saya.

ok, kita tengok gambar,
bapa mertua saya, sejak kena stroke beberapa tahun lalu, tangan kanannya gagal berfungsi dengan baik,

 ibu mertua saya. lihat bayi itu.. ada kisah disebalik kehadirannya.

seorang ibu melahirkan, 4 ibu menyusukan, 5,6 ibu  mengasuh membesarkan.
Besarlah menjadi muslim mukmin yg soleh.

Kalau dapat saya ceritakan serba ringkas di sini. Anak ini namanya Muhammad Hafiz Iman. Kami panggil Iman. Diserahkan oleh ibunya kepada adik ipar saya untuk dijaga dan dibesarkan pada minggu lalu. Kira lebih kurang masuk 3 minggu lah dengan adik ipar saya. Anak angkat senang cerita. comel kan. dah lama tak mengulit2 baby.. alahai.

Ini namanya lemper, menu wajib, biasanya masa kenduri mantu (kawin) 
dibuat dari pulut yang dikukus berintikan kerisik kemudian dibungkus dengan daun pisang
dan dikukus sekali lagi.

menu sampingan. laksa encik Aris caterer yang tak asing lagi di Banting ni.






 saudara mara jiran tetangga. sedang membungkus ambeng untuk kenduri petang nanti.


meehoon dan nasi bertalam2.. and also daun pisang bergulung2.. :-)

meehoon yang direndam sebelum dimasak.

inilah hasilnya yang akan diberi kepada jemaah yang datang lepas asar.

 semua masak sendiri.. ! 

 shamsul--->  menantu kesayangan.

 ayam untuk lauk nasi ambeng.


sekian, malas nak mengarang ayat.

Sunday, January 8, 2012

Kembali ke sekolah 2012

Bismillahirrahmanirrohim..
Assalamualaikum.

Bertemu lagi. Sessi persekolahan yang baru telah pun bermula, sudah seminggu berlalu.. Sebagai seorang ibu, tentunya umi juga ingin anak2 ke sekolah dengan persediaan yang lengkap. Tidak semestinya semua mesti baru. Tahun ini hanya Nur Syatrah sahaja yang bertukar baju sekolah dari putih kepada biru. Alhamdulillah jadi pengawas lagi sorang anak aku ni.  Peluang diberi untuk mengasah bakat kepimpinan, semoga dapat membentuk disiplin diri yang lebih baik lagi. InsyaAllah.
Muhammad Muadz  : Darjah 6 (upsr tahun ni InsyaAllah)
Muhammad Akmal  : Darjah 5
Nur Syatrah : Darjah 3
Nur Sabrina Husna : 6 Tahun (Tadika Islam Bistari.)


Beg sekolah pun tak ada yang berganti baru kerana yang tahun lepas masih elok, umi rendam sabun dan basuh, cantik berseri seperti baru lagi. Alhamduillah. Cuma kasut saja semua bertukar, dari putih kepada hitam dan saiz kecil kepada yang lebih besar. Kalau perlu tukar pun, insyaAllah pertengahan tahun nanti. Setakat ni pakai dulu mana yang masih elok..

Persiapan awal itu sangat penting supaya tidak kelam kabut keesokkan harinya.  Tahun ini umi berazam mengajar anak2 umi menggosok pakaian sendiri. Supaya mereka ada rasa tanggungjawab menyiapkan keperluan sendiri. Lagipun rasanya umi penat lah menggosok kain banyak2.. kalau seorang 3,4 pasang pagi petang, 4 orang nak berapa pasang? InsyaAllah belajar gosok baju sendiri, nanti lama2 pandai.



Terimakasih tak terhingga kepada baba yang banyak tolong umi. Waktu pagi yang sememangnya masa yang kelamkabut dan boleh menaikkan tahap tekanan darahku.. Apa lagi hari pertama sekolah. Umi pun mesti pergi cepat sebab ada assembly di dewan. Alhamdulillah sekarang di Banting sudah kurang sikit jem, rupanya jambatan baru dari sungai buaya ke bulatan simpang Pulau Carey Teluk Panglima Garang sudah mula beroperasi, so mereka yang menghala ke Klang sudah kurang melalui jalan Pekan Banting & Teluk Dato'. Alhamdulillah cepat sikit dapat sampai ke sekolah.

Selamat kembali ke sekolah juga semua warga SAMTTAR. Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. Juga buat semua rakan2 yang bergelar guru. Semoga 2012/1433H ini, tahun yang lebih bermakna kepada kita semua. 

Sekian.

Monday, December 26, 2011

Kuala Kangsar lagi kita..

Assalamualaikum bertemu lagi di  blog sepanjang kakiku melangkah.. 
Buat yang merindui cerita terkini dari blog usang saya ini.. (perasan je, bagi semangat sikit nak start nulis2 ni..) ini lah kisah terbaru dari saya sekeluarga. Sabtu-Isnin (24-26) di Kuala Kangsar. 23hb kami sudah pulang ke Rawang bermalam di sana.

Tujuan utama ke KK ialah untuk menjenguk kebun sambil membaja pokok2 sawit yang sedang berbuah. Di samping tu hendak mengisi masa cuti anak-anak, mengait langsat dan manggis, mandi kolam air panas dan air terjun di ulu kenas. 

ok, kita tengok gambor .. 


di PLUS hiway kami berhenti sekejap, sebab temperature kereta naik tiba2. Maklumlah kereta dah makin uzur, macam2 ragam. Sementara sejuk, kami jalan2 di tempat meninjau tu, cantik hijau. Klik pada gambar untuk paparan besar.



kenderaan pun banyak, beberapa kali berhenti di tengah2 hiway. Cuti Krismas 3 hari, semua nak travel jauh., jalan makan angin dengan famiy dan balik kampung. yang naik Cameron highland pun ramai, jem teruk nak masuk ke tol Simpang Pulai.



 lori pun banyak..


 *** 'SELAMAT DATANG KE BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR' ***


Esoknya bawa anak-anak ke kebun. Setelah baba beri taklimat dan penerangan ringkas serta tunjuk cara bagaimana nak tabur baja, masing2 pun dengan semangat dan berebut2 menjalankan tugas. Seronok sebenarnya bawa anak kecil2 ni sekali sekala. Maklumlah budak2 tak pernah kerja kebun bila disuruh buat bersungguh2 buat. Macam bataklah sikit.. hehe, umi lagi batak ambik gambar je.. :) Alhamdulillah kami tabur baja di bahagian depan dan 4 lagi pekerja tabung dibahagian belakang.


"..tabur baja keliling pangkal pokok, jangan baling kat buahnya..hati2.."




baba memang membesar dengan dunia kebun dan sawit. Tanyalah apa aje tentang kebun terutama sawit, insyaAllah semua baba tau. Waktu cuti sekolah baba, pagi2 sudah ikut atuk ke kebun mengait sawit, membaja dll. Berpanas berhujan tiada istilah lepak musim cuti. Tapi anak2 sekarang banyak sungguh senang lenangnya, tak merasai keperitan hidup kita dulu2. justeru sekali sekala mereka harus diajar bersusah2 pula. 



selesai membaja, agenda memanjat pokok manggis dan langsat pula..
adalah sepokok dua, tak banyak sangat. dapatlah kami makan. Alhamdulillah.


Dari tanah asal kita, kepada tanah kita kembali. Dari Allah kita datang kepadaNYA jualah kita kan kembali. 


di Kuala Kangsar kami menignap di Ezi Inn hotel. Klik pada tulisan tu untuk maklumat lanjut. Milik Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Kuala Kangsar Berhad. Ok, Selesa. Alhamduillah.
Macam biasa, makan tengahari di gerai makan depan sungai. Puas betul kali ni makan ikan jelawat masak tempoyak & ikan bakar cicah sambal tempoyak mentah. Sekarang di perak memang musim durian, sana-sini orang jual durian. Alhamduillah. 

(gambar copy dari internet, terlupa nak ambik gambor, sedap sangat sampai khusyuk )

Malamnya pula makan di restoran Benteng. Yang pling saya suka ialah somtham.



 Alhamdulillah cuaca sepanjang di sana elok. Jam 3.30 hari isnin, keluar menninggalkan kuala kangsar.

SEKIAN.