Saturday, December 19, 2009
Wednesday, December 16, 2009
Jalan-jalan ke Cameron Highland
bermacam2 jenis rama2 di Butterfly farms and gardenEE FENG GU honey bee farm
Dimana ada bunga, disitulah wujudnya rama-rama dan lebah. Pengunjung ke Cameron boleh juga melihat dengan dekat kehidupan rama-rama dan lebah.
Jagung mutiara 8 tongkol RM10.. manis dan sedap, kalau ke CH jangan lupa beli, memang manis.
Di pasar malam Brinchang boleh didapati dengan banyak dan murah. Pasar ni ada setiap hari. Dari sayur-sayuran segar, bunga2an, buah2an, teh sehinggalah ke barang2 cenderahati semuanya ada dijual di sini..sediakan RM$$ saja :).
Aktiviti hari ke 3 ialah ke ladang teh BOH Sg. Palas. Memang best di ladang teh BOH ni, untuk sampai ke sana kena melalui jalan berliku2 sejauh 2km menaiki kenderaan. Selain pemandangan yang cantik menghijau, angin yang bertiup sejuk, kami juga dapat melawat kilang teh dan melihat cara pemprosesan daun2 teh sehinggalah dimasukkan ke dalam karung2 guni yang besar. Tidak ketinggalan membeli teh BOH pelbagai perisa kalau tak salah ada 6 perisa BOH seri songket dan disitu juga diberikan sedikit penerangan bagaimana cara membancuh teh2 tertentu. Kalau dah sampai ke puncak tu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati teh panas pelbagai perisa, maklumlah untuk sampai ke atas tu bukannya mudah mengambil masa mendaki sedikit.
untuk sampai ke puncak sana tu kena melalui denai kecil dan hati2, saya lebih suka memakai kasut sport tutup penuh, sewaktu mendaki tu lebih selesa, kerana kaki berada dalam keadaan tetap berbanding jika memakai selipar atau sandal.
Setakat ini sajalah kisah percutian saya sekeluarga. Sebenarnya banyak lagi gambar yang nak diupload tapi nak mengedit tu malasnya pulak..InsyaAllah nanti jika diberi kesempatan gambar2 tu akan saya upload ke dalam blog ni untuk simpanan dan tatapan anak cucu saya nanti :)
Esok InsyaAllah kami akan bertolak pulang seawal 9 pagi kerana ada beberapa tempat hendak singgah untuk mengagih2kan ole2 yang telah dibeli dan dikirim. Bila lagi akan datang ke sini, mungkin beberapa tahun akan datang pulak, sebab dah puas pergi banyak tempat kali ni.
Hingga jumpa lagi. wassalam.
Tuesday, December 15, 2009
Tips: Elakkan Penipuan Di Maybank2U
Kawan kepada seorang kawan baru-baru ini telah kehilangan RM2,000 melalui Maybank2U yang tidak pernah dia daftar. Ini ada sedikit tips dari apa yang aku tahu buat mereka yang memiliki akaun Maybank & sayangkan duit hasil titik peluh.
#1 Jika anda tiada akaun online Maybank2U, baik anda ke ATM sekarang & daftar walaupun anda tidak menggunakan’nya. Ada kemungkinan orang lain (orang dalam.. mungkin) yang akan daftarkan bagi pihak anda tanpa pengetahuan.
#2 Segala transaksi melalui Maybank2U akan menjalani satu proses pengesahan kod yang di’hantar ke telefon bimbit empunya akaun. Jika anda daftar Maybank2U, segala transaksi akan anda ketahui.
#3 Maybank2U walaupun sebuah kemudahan online, ia tidak pernah di’hubungkan dengan e-mail empunya akaun. Anda ada hak untuk tidak memberi e-mail kepada pihak bank jika di’minta. Nyatakan anda lebih senang di’hubungi menerusi telefon jika apa-apa hal.
#4 Tidak ada sesiapa dari Maybank yang boleh memberikan arahan kepada anda untuk memasukkan username & password dengan menghubungi anda melalui e-mail atau telefon. Anda akan di’panggil ke cawangan Maybank berdekatan jika ada apa-apa masalah berkaitan akaun.
#5 Anda boleh login akaun Maybank2u di alamat www.maybank2u.com.my sahaja. Lain-lain daripada itu, jangan percaya atau anda sedang sukarela menyerahkan duit kepada penjenayah internet.
#6 Hubungi 1-300-88-6688 jika anda rasa was-was dengan kesahihan e-mail yang anda terima berkaitan Maybank. Double-check orang kampung aku kata.
#7 Jangan guna Maybank. Heh. Tidak’lah, CIMB & mana-mana bank juga mempunyai masalah yang sama cuma bilangan’nya kurang. Yang penting kesedaran diri kita tentang bagaimana sistem ini berjalan.
Selamat berhujung minggu yang panjang kawan-kawan. Jangan terlalu ralit dengan internet ya, keluar & berjalan’lah melihat alam.
salam..
artikel asal klik sini.
