Assalamualaikum wbth.
Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT. Solawat dan salam buat junjungan yang mulia nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluaraga dan para sohabat sekeliannya.
Daku ingin berkongsi kisah ini sebagai satu catatan sejarah dan pengalaman bagi kami sekeluarga bahawa jika Allah kehendaki sesiapa pun tidak terlepas dari didatangi virus covid-19 ini walau segala SOP telah kita patuhi. Semoga dengan kesakitan, kesulitan dan kesukaran yang dilalui mudah-mudahan Allah mengangkat dosa-dosa mereka yang sakit dan dikurniakan hikmah yang besar.
Ia bermula pada 26 July 2021 (Isnin),
Anak lelaki ku Akmal yang bertugas sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) lebih kurang jam 9 malam menelefon ayahnya memberitahu ada close contact dengan individu postitf covid di PPV tersebut. Daku tidak mahu bercerita panjang tentang individu positif itu, tetapi lebih kepada pengalaman kami melalui situasi ini.
 |
Akmal & Syatrah bertugas sebagai sukarelawan PPV |
Sebaik saja menerima berita itu kami segera mengasingkan anak-anak yang lain yang sebilik dengan Akmal & Syatrah, keluarkan apa yang perlu, pakaian, buku2 dan tilam pun keluarkan bawa ke bilik lain kerana kami hampir pasti melalui cerita Akmal jangkitan mungkin telah berlaku.
Sebaik saja Akmal & Syatrah sampai ke rumah lebih kurang jam 10 malam, ayahnya terus mengarahkan mereka berdua masuk ke bilik dan bermula saat itu tidak dibenarkan keluar kecuali ke bilik air berdekatan. Semua makanan dan minuman serta apa keperluan mereka daku dan suami ku yang akan hantar malah dua orang lagi anak ku yang lain tidak dibenarkan langsung menghampiri pintu bilik Akmal dan Syatrah kerana mimikirkan dua lagi anak ku itu belum mendapat vaksin.
27 July 2021 Selasa
Suamiku memanggil doktor yang menyediakan perkhidmatan swab test ke rumah, jam 8 pagi sudah datang dan kami semua 6 beranak buat swab test. 4 RTK, manakala Akmal dan Syatrah PCR.
RTK terus keluar result, alhamdulillah 4 negatif. Dua lagi yang buat PCR esok baru dapat result.
28 July 2021 Rabu
Result PCR Akmal Positif, result Syatrah negatif.
Akmal mula demam dan sakit tekak, demamnya on off.
Oleh kerana Akmal dan Syatrah berkongsi bilik air yang sama, jadi selepas tahu result Syatrah negatif suamiku suruh Syatrah guna bilik air yang lain. Tapi daku agak keberatan sebab ada rasa bimbang, namun Syatrah tetap jaga SOP pakai mask setiap kali keluar bilik, tiada sentuhan atau cakap berdepan2, makan waktu orang lain semua dah selesai (kesian kan). Hari ini juga Baba, Muadz, Syatrah dan Husna pakai gelang putih untuk kuarantin. Daku tak pakai, pagi tu daku ada kelas jadi tak dpt pergi. tapi daku tak keluar2 rumah pun.
29 July 2021 Khamis
Syatrah mula batuk2, malamnya dia mula demam.
30 July 2021 Jumaat
Petang Jumaat ni sekali lagi Syatrah buat swab test RTK. Confirm Positif.
Jadi dua orang anak kami positif.
Perasaan daku macam-macam bercampur aduk. Sedih, cemas, takut, tak tau nak katalah, cuba bayangkan virus tu ada dalam rumah korang, kadang2 kita macam rasa sakit dada, pening2 gatal2 tekak. Apakah cuma perasaan je, atau sebab takut sangat ke, atau sebab memang nak kena jangkit tapi sebab dah vaksin jadi mungkin badan sedang melawan..entahlah tak pasti.
Jaga orang sakit sudah tentulah satu cabaran yang lain pula. Daku selalu pakai mask kat rumah terutama bila menghampiri bilik Akmal dan Syatrah.
keadaan bilik tempat kuarantin Akmal & Syatrah
Kami juga beli Spray gun untuk sanitize rumah, barang-barang dan perabot. Senang kata semua bendalah kami sembur dengan sanitizer tu.
Bagi meningkatkan kualiti udara dalam rumah agar lebih bersih, kami guna penapis udara coway lombok 3. Sebelum ni beberapa kali juga HQ coway call promote tambah penapis udara, tapi daku enggan, akhirnya bila dah ada kes begini kami bersetuju ambil. Rezeki kaulah coway. Ansuran bulanan rm90 ringgit.
Kami mula maklumkan juga kepada kaum keluarga terdekat dan sahabat2, mohon doakan kesembuhan. Mudah-mudahan ada doa2 yang Allah angkat dan perkenankan. Mulanya risau juga bila nak bagitau orang. Bila kita dapat bercerita pada ahli keluarga dan rakan-rakan dan mereka pula beri semangat kepada kita terasa lega sedikit. Ada yang berkongsi petua2 dan pengalaman juga, antaranya banyak kan berkumur dengan air garam, cuba minum air rebusan cengkih, ambil vitamin c dan multivitamin untuk kuatkan badan. Ada juga yang mencadangkan cuba Ivermectin. 'Jika kita kuat dia lemah, jika kita lemah dia kuat.'
Apabila berita anak kami positif sudah ketahuan dan kami pula kuarantin satu keluarga di rumah, subhanallah ramai orang menghulurkan bantuan terutama bantuan makanan, terharu sungguh. Semoga Allah kurniakan ganjaran yang sebaiknya kepada mereka semua. Tak dinafikan sedikit sebanyak kesedihan hati terubat dengan sumbangan yang dihulurkan. Terimakasih semua, Allah saja yang dapat membalasnya. Kami dimaklumkan Jawatankuasa surau dan masjid memang menyediakan bantuan makanan kering untuk dihulurkan kepada ahli keluarga pesakit covid yang sedang kuarantin di rumah. Alhamdulillah.






Di saat daku menulis ini, kami masih lagi kuarantin, sudah masuk hari ke 8. Anak-anak ku tidak diarah ke MAEPS. kuarantin di rumah. Demam sudah tiada, tapi batuk masih ada, Syatrah pula hilang deria bau. Selera makan juga agak berkurang. Masa mereka demam suamiku beri makan paracetamol , vit.c dan multivitamin disamping ubat kumur dan garam. Kami juga beri minum air kelapa sebagai ikhtiar penawar. Air rebusan cengkih pula daku yang minum. Asbab dapat jadi sukarelawan kedua-dua anak ku itu sudah divaksin dua dose. Hari dapat dose kedua itulah mereka dijangkiti.
Setiap hari ada saja berita menyedihkan kita dengar tentang covid, tidak dinafikan ada antara sanak-saudara kita juga yang telah syahid kerana wabak ini, ada juga yang ditidurkan semoga mereka akan bangun semula dan kembali sihat. Sama-sama kita doakan semoga Allah mengurniakan kesembuhan kepada sesiapa juga yang sakit dan yang sihat terpelihara dan terhindar dari jangkitan penyakit khususnya Covid 19 ini.
Sekian, Wassalam.