(4hari 3malam)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbth.
Cuti sekolah kali ini ditakdirkan kami ke negeri Acheh Darussalam. Sebenarnya sudah lama tertanam hasrat hendak ke Aceh bila tahu negeri ini mengamalkan undang2 Syariat Islam selepas dilanda bencana tsunami 9.5 skala ricter 15 tahun lalu. Besar musibah yang mereka alami, besar lagi syukur mereka atas hikmah dan nikmat yang Allah berikan selepas bencana tsunami melanda. Subhanallah hebat warga Acheh. Negeri julukan Serambi Mekah. Kerajaan Islam terawal di Nusantara suatu ketika dulu.
Cuti sekolah kali ini ditakdirkan kami ke negeri Acheh Darussalam. Sebenarnya sudah lama tertanam hasrat hendak ke Aceh bila tahu negeri ini mengamalkan undang2 Syariat Islam selepas dilanda bencana tsunami 9.5 skala ricter 15 tahun lalu. Besar musibah yang mereka alami, besar lagi syukur mereka atas hikmah dan nikmat yang Allah berikan selepas bencana tsunami melanda. Subhanallah hebat warga Acheh. Negeri julukan Serambi Mekah. Kerajaan Islam terawal di Nusantara suatu ketika dulu.
Kembara Acheh kali ini bukanlah untuk berlibur semata², tetapi mengambil iktibar dan pengajaran daripada kesan² tsunami yang masih dapat dilihat hingga ke hari ini. Dikhabarkan antara hikmah selepas bencana tsunami 15 tahun lalu ialah serta merta berakhirnya konflik dalaman antara TNI dan GAM (Gerakan Aceh Merdeka) setelah bertahun-tahun seperti tidak ada kesudahan. Berakhirnya konflik ini menjadiakn Aceh sebuah negeri yang aman dan mula menerima kemasukan pelancong-pelancong luar khususnya dari Malaysia antara teramai datang ke Aceh. Itu sedikit pengenalan / Muqaddimah mengenai Acheh.
Perjalanan kami bermula seawal jam 3:30 pagi kerana perlu berada di airport jam 4:30 pagi. Kami bercadang untuk memandu sendiri ke airport kalau boleh tak nak menyusahkan sesiapa kena hantar pagi2 buta. Jadi kami ambil perkhidmatan Go Park untuk park kereta kat hotel Movenpick KLIA dan dari situ ada van yang akan bawa kami ke airport, balik nanti pun kita call aje Go Park dan dia ambil bawa ke Movenpick semula. Caj parking kereta di Movenpick ialah RM20 untuk parking biasa dan RM25 untk parking berbumbung. total 4 hari RM100.
![]() |
sebahagiah ahli rombongan dari SAMTTAR |
Musafir kali ini bersama Andalusia Travel & Tours seramai 14 orang dari Selangor, Perak dan Johor Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun emosi saya agak tak berapa nak stabil biasa hujung2 bulan mcm ni.😆
Penerbangan dari KLIA2 ke Bandar Aceh selama sejam. Alhamdulillah cuaca baik. Sampai di Bandara (Bandar Udara) Aceh kami di sambut oleh Tourist guide warga Acheh iaitu ustaz Zoelkiram Hamdan Sakian. Baik dan sopan orangya bila berbicara, banyak informasi tentang Acheh yang disampaikan. Dari sejarah Acheh, musibah tsunami, bahasa Acheh dan macam2 lagilah. bertuah kami dapat tourist guide mcm ustaz ni.
![]() |
Ustaz Zoelkiram Hamdan Sakian |
![]() |
inilah bas kami selama 4 hari (14 orang) |
![]() |
ada video, belum sempat upload youtube. |
Ketika tsunami terjadi pada 26 Disember 2004, kapal ini dihanyutkan gelombang setinggi 9 meter sejauh 5 kilometer dengan kelajuan arus 300km/jam. Kapal ini terdampar hingga ke tengah penempatan penduduk dan dikhabarkan hanya seorang anak kapal yang terselamat.
Hari ni Jumaat 30/10/2020.. nak dekat setahun baru aku update sambungannya..baru ada masa untuk hadap laptop masukkan gambar2. Pada tarikh ni Selangor sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ekoran penambahan bilangan kes positif Covid 19 gelombang ke 3 yang melanda negara dan dunia amnya. Semua sekolah di Selangor, KL, Putrajaya dan Sabah diarah tutup dan kena bekerja dari rumah #BDR. Semoga Allah pelihara kita semua. Ameen.
makan-makan
orang Acheh ni rupanya suka minum kopi. Kedai kopi merata2..WARKOP tu 'warong kopi'
Kubah masjid ni juga adalah kesan peninggalan tsunami. Kubah ni asalnya dari kampung lain, tapi dihanyutkan tsunami setinggi pokok kelapa sejauh 2 kilometer, keadaan kubah ni diceritakan seperti kapal yang hanyut dari sebalik bukit, lalu sawah sampailah mendarat kat kampung tu. Sekarang jadi bahan tinggalan sejarah dan tempat wajib dilawati. secara tak langsung jadi sumber rezeki penduduk di situ.
Nak ke kampung kubah terapung tu kena naik motor sebab jalannya kecil aje lalu tepi sawah. Jadi penduduk kampung berebut2 menyewakan motor mereka. Kebanyakan mereka dari kalangan ibu2.
Monumen ni namanya 'Gunongan' ia adalah bukti ketulusan cinta Sultan Aceh -Sultan Iskandar Muda terhadap permaisurinya puteri raja dari Pahang. Putri Kamaliah. Sultan Iskandar Muda ni sangat terkenal dan masa pemerintahannya kekuasaannya meliputi sehingga ke Tanah Melayu. Jadi apabila dah berkahwin dengan puteri Kamaliah dari Pahang maka diapun di bawa lah tinggal di Aceh. Permaisuri ni selalu teringat2 dan rindu pada negeri Pahang yang berbukit bukau, jadi Sultan Iskandar Muda pun binalah Gunongan ni utk permaisurinya bermain2 di situ bersama dayang2nya untuk menghilangkan kerinduannya pada tanah airnya. Ada pintu kecil dalam tu untuk naik keatas.
syiling emas dinar.
Peta Aceh
Dulu2, pengantin baru malu nak makan kat luar dengan family, jadi makanannya dihidang di dalam bilik
Masjid Baiturrahman menjadi ikon Provinsi Aceh. Masjid yang dibangun pada tahun 1612 M oleh Sultan Iskandar Muda dan merupakan masjid termegah pada abad ke-18 itu menjadi salah satu bangunan yang selamat saat terjadi musibah tsunami di Aceh pada akhir 2004 lalu. Sumber petikan, baca di sini
Kapal atas rumah Lampulo yang dihanyutkan oleh ombak tsunami. Masih dalam kedudukan asal. Makcik yang pegang buku tu antara yang terselamat, dia ceritakan semula pengalaman ngeri dia dalam buku tu.
klik gambar untuk baca lebih jelas
klik gambar untuk baca lebih jelas
masa kami baru sampai, ustaz Zoelkiram bawa minum2. Minum Kopi dan makan kueh. Sedap juga, tak jauh beza dengan makanan kita, boleh makanlah, Alhamdulillah.