Assalamualaikum wbth. Bertemu kembali. Lama sungguh tak menulis di blog ini. Sudah setahun. Kali ini saya nak merakamkan percutian ke negeri Terengganu. Ini adalah kali kedua kami sekeluarga menjejak kaki di sana. Kali terakhir rasanya 15 tahun dulu menghantar rombongan adik kahwin di Ajil.
Sebelum cuti pertengahan penggal persekolahan baru ini berkobar-kobar sangat saya nak ke Terengganu, puncanya ialah semasa saya mengajar di dalam kelas untuk subjek Bahasa Arab ada satu tajuk "Tempat-tempat bersejarah dan menarik di Malaysia" salah satunya ialah Taman Tamadun Islam. Bila saya bertanya kepada pelajar siapa yang pernah sampai ke sana, ramai yang angkat tangan. Mereka bercerita macam-macam, waduh! maunya saya tak tercabar. Bermula dari situ saya berazam hendak ke Terengganu dan beberapa negeri yang diceritakan di dalam buku teks tersebut. Kita mulakan Terengganu dulu.
Maka bermulalah perjalanan kami sekeluarga 5 dari 6 orang, seorang anak tidak dapat turut serta sebab masih ada kelas. Perjalanan selama 7 jam. Pagi 24/3/2019 (Ahad) jam 5:45 pagi kami bertolak dan berhenti solat subuh di surau highway SKVE, berhenti lagi sarapan di R&RTemerloh dan selamat tiba ke destinasi lebih kurang jam 12:50 tengahari. Menginap di Homestay Nany Kuala Terengganu, 100 meter dari Muzium negeri dan 3km ke Taman Tamadun Islam.
![]() |
Bentong |
Selepas Check in dan turunkan barang, tinjau-tinjau rumah, tak boleh memasak je di situ yang lain ok untuk tidur dan berehat-rehat bolehlah tapi untuk mandi berkolam renang memang tak lah, dalam kawasan perumahan, satu malam RM190, 3 bilik, ada aircond, plug banyak, bilik air 1, tandas 1, dapur ada peti ais, cerek elektrik, pinggan cawan, seterika. oklah kan.
![]() |
Homestay Nany |
lepas turunkan barang kami keluar semula ke Pantai Teluk Ketapang untuk makan di kedai makan ikan celup tepung (ICT) Pok Long. Mulanya kami ke ICT Pok Nong di Mengabang Telipot tapi masyaAllah ramainya umat sampai beratur sepanjangnya, tak sanggup. Jadi kami cuba ke ICT Pok Long pula. Alhamdulillah ada meja kosong walaupun ramai tak perlu sampai beratur. Alhamdulillah puashati makan. Ikan pari celup tepung, kepok lekor, udang celup tepung itu je yang kami order. Di sini tiada nasi ye makan lauk je. Selepas makan kami bergambar pula di bawah pokok2 ru yang banyak kat depan seberang kedai tu, sejuk, redup angin pantai nyaman..
![]() |
Pantai Teluk Ketapang |
Selepas solat Zohor dan asar Jamak Taqdim, kami terus ke Taman Tamadun Islam. Wah teruja sangat nak tengok tempat ni macam dalam buku teks tu. Lepas bayar semua dan dapat 'passport' kami pun masuklah ke dalam tu. Oleh kerana hari panas terik dan nak berjalan keliling pun luas kawasannya, macam tak larat, jadi kami sewa buggy untuk 5 orang harga lebih kurang RM64 bersama pemandu yang ramah memberi penerangan.Kesemuanya ada 23 monumen islam dari seluruh dunia.untuk maklumat lanjut layari www.tti.com.my
![]() |
gambar google |
![]() |
Suleyman Mosque, Turkey |
![]() |
Kudus Minar, Central Jaya Indonesia |
![]() |
Pattani Central Mosque, thailang |
![]() |
Sultan Mosque Singapore |
![]() |
Taj Mahal, Agra India |
![]() |
Badshahi Mosque Lahore Pakistan |
![]() |
Baitul Maqdis Palestine |
![]() |
Great Mosque, Sammara Iraq |
![]() |
Abu Nasr Parsa Afghanistan |
![]() |
Kota Aleppo, Syria |
![]() |
Menara Kalyan Uzbekistan Pesalah akan di campak dari atas menara ni. |
![]() |
Afghanistan |
![]() |
Agadez, Nigeria |
![]() |
Xian Mosque China |
Ada lagi yang lain yang saya memang tak rakam, sebab dah pernah pergi lihat yang real seperti Masjidil Haram, Masjidin Nabawi, masjid Omar Ali Sharif Brunei, Mohamed Ali Mosque Egypt dan Masjid Negara. Alhamdulillah.
Selesai round TTI dalam 6:30 petang kami ke masjid kristal pula tak jauh, sebelah aje, hajat nak solat maghrib sekali di situ rupanya masjid sedang di renovate jadi dapat tengok dari luar sajelah. Khabarnya masjid ini dibuat dari kaca, besi dan kristal saja.
Selesai lawatan untuk hari pertama 24/3/2019. Sambung esok pula. Balik homestay rehat.
25/3/2019 Isnin. Lokasi dituju Masjid Terapung, Pasar Payang, Muzium Negeri dan pantai Batu Burok.
Pagi-pagi kami terus ke masjid terapung, ini kali kedua saya sampai di sini.
Masjid Terapung
Muzium Negeri Terengganu. Besarnya Muzium dia.. Allahu Akbar. Unik rekabentuk tradisional. Boleh lihat lanjut http://museum.terengganu.gov.my/
![]() |
Pantai Batu Burok. Kalau datang ke sini tak sah kalau tak pergi pantai. Memang cantik pantai-pantai di sini. Subhanallah. |
Terengganu Drawbridge - masa ni belum di buka lagi, kami makan kat kedai2 bawah tu, jadi pemandangannya malap ajelah.
Sampai sini dulu cerita saya kali ini. InsyaAllah lain kali cerita lagi.
Dah baca jangan lupa bagi reaction sikit kat bawah tu ya. Terimakasih sudi baca.
Wassalam.