Pengerusi PPIM Negeri Selangor yang baru
Sunday, February 26, 2012
Tuesday, February 7, 2012
Cuti & Kenduri ambeng..
Bismillahirrahmanirrahim
sekian, malas nak mengarang ayat.
Assalamualaikum.
Bertemu lagi ;
Cuti Sabtu - Selasa baru ni, Sabtu ahad merewang di rumah mertua saya ada kenduri ambeng (bahasa jawa). Oleh kerana mertua saya ni (baca orang jawa) suka bersedekah makan-makan alhamdulillah, jadi semua masak sendiri hanya laksa dan kueh saja tempah. Siapa yang kawin dengan orang jawa fahamlah.. letih oo.. :-) Start petang sabtu sudah mula melapah daging lembu, seekor lembu tumbang. Mungkin juga sempena sambut Maulidur Rasul ayah mertua saya nak bersedekah disamping tu mengisytiharkan kehadiran ahi keluarga baru sebelah mertua saya.
ok, kita tengok gambar,
bapa mertua saya, sejak kena stroke beberapa tahun lalu, tangan kanannya gagal berfungsi dengan baik,
ibu mertua saya. lihat bayi itu.. ada kisah disebalik kehadirannya.
seorang ibu melahirkan, 4 ibu menyusukan, 5,6 ibu mengasuh membesarkan.
Besarlah menjadi muslim mukmin yg soleh.
Kalau dapat saya ceritakan serba ringkas di sini. Anak ini namanya Muhammad Hafiz Iman. Kami panggil Iman. Diserahkan oleh ibunya kepada adik ipar saya untuk dijaga dan dibesarkan pada minggu lalu. Kira lebih kurang masuk 3 minggu lah dengan adik ipar saya. Anak angkat senang cerita. comel kan. dah lama tak mengulit2 baby.. alahai.
Ini namanya lemper, menu wajib, biasanya masa kenduri mantu (kawin)
dibuat dari pulut yang dikukus berintikan kerisik kemudian dibungkus dengan daun pisang
dan dikukus sekali lagi.
menu sampingan. laksa encik Aris caterer yang tak asing lagi di Banting ni.
saudara mara jiran tetangga. sedang membungkus ambeng untuk kenduri petang nanti.
meehoon dan nasi bertalam2.. and also daun pisang bergulung2.. :-)
meehoon yang direndam sebelum dimasak.
inilah hasilnya yang akan diberi kepada jemaah yang datang lepas asar.
semua masak sendiri.. !
shamsul---> menantu kesayangan.
ayam untuk lauk nasi ambeng.
Subscribe to:
Posts (Atom)