Wednesday, August 31, 2011

Salam Eid mubarak 2011.

Assalamualaikum.


Firstly nak ucap Happy eid, تقبل الله منا ومنكم وكل عام وانتم بخير dari kami sekeluarga :

MOHD ADIB MOHD KHAILANI
NOR SAFIYATI MOHD ISMAN
MUHAMMAD MUADZ MOHD ADIB
MUHAMMAD AKMAL MOHD ADIB
NUR SYATRAH MOHD ADIB
NUR SABRINA HUSNA MOHD ADIB




Balik ke kampung emak di Sungai Choh Rawang pada petang 29 Ramadhan kerana suami masih bekerja separuh hari pada hari itu. Tahun ini nampaknya 3 beradik saja beraya dengan emak saya. saya sekeluarga dan 2 lagi yang masih bujang teruna dara. 5 lagi pulang ke kampung mertua masing-masing. 2 di terengganu, seorang di Perlis, KL dan Kelantan.

Malam raya macam biasa, takbir raya dari rumah ke rumah (orang lelaki saja). Tahun ni turn rumah emak saya yang terakhir, tahun lepas yang terawal. So sebab rumah last sekali orang nak makan pun dah tak larat sangat, emak sediakan buah2an yang ringkas2 je lah. Pukul 1 pagi baru rombongan baraan takbir sampai ke rumah, sempatlah tidur dulu sementara menunggu. Selesai takbir lebih kurang 1.45 pagi. Alhamdulillah.






Pagi raya solat di surau belakang rumah, penuh sesak. Kebetulan dapat sejadah sebelah kawan rapat satu sekolah rendah dulu. Hasnah Tamin namanya. Apa lagi berpelukan kami. Sekarang dia di Johor.

Selesai solat eidulfitri, lebih kurang pukul 10.30 mula gerak kerumah makcik2 di Kampung dulu yang dekat2. kemudian terus ke keramat KL rumah pak sedara Mohd Noor. Abang kepada arwah ayah saya. Lepas tu ke Meru rumah pakcik makcik adik beradik arwah ayah saya. Cik Mis (adik ayah), Wak Eton (kakak ayah) dan Abang Hussin (anak sedara ayah-emaknya abg Hussin ialah kakak ayah saya, juga telah kembali kerahmatullah). Orang tua di kampung Meru tu dah tak berapa ada sangat. Ramai dah meninggal. Cik Makmur suami Cik Mis pun matanya semakin kabur sedang dalam rawatan untuk buat pembedahan, dah tak berapa nampak sangat. Abang Hussien pun kena gaot, kurus badannya. Tak berapa sihat sangat. Umur dah 63 tahun.

Kebetulan di rumah cik Mis jumpa satu family ni, saya memang tak kenal langsung, so buat selamba ajelah. Rupanya lepas dikenalkan dengan Cik Makmur, rupanya dia Abg Yusak tu ialah sepupu saya. Ibu abg Yusak ialah kakak ayah saya. Ibunya meninggal masa abg Yusak kecik2 umur 10 tahun. Patutlah saya tak kenal. Syawal ini telah mempertemukan kami. Alhamdulillah. 4 orang anaknya. sudah ada seorang menantu. Yang lain masih belajar. ada juga yang masih di Jordan.

Singgah solat asar di Masjid Meru. baliknya singgah petronas beli air bliss masing2 nak mencuci perut yang kesenakkan. Sampai di rumah emak pukul 6 petang lebih. Kebetulan Busu saya (adik mak) dah siap2 nak balik. Pun nampak tak berapa sihat. kesian. Alhamdulillah raya pertama sudah selesai ke rumah saudara mara sebelah emak dan ayah saya. Tinggal raya ke tiga ke kampung suami pula. Malam ni anak perempuan saya Nur syatrah sakit mata, macam ada semut dalam mata katanya.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, August 23, 2011

Peristiwa-peristiwa Besar Bulan Ramadhan


  1. BULAN DITURUNKAN AL-KITAB

    beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

  2. PERISTIWA BADAR

    Pada hari Jumaat 17 ramadhan tahun ke 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam islam yang dikenali Perang Badar. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

    Tentera islam seramai 313 berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata. Tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.




  3. ISLAM MEMBUKA KOTA MAKKAH.

    Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Makkah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang dimetrai dengan orang Islam,

  4. PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

    Pengaruh nabi Muhammad s.a.w memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada ketika itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat islam dengan utara Tanah Arab.

    Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat.... (bersambung)

  5. ISLAM SAMPAI DI YAMAN

  6. KHALID BIN AL-WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL'UZZA

  7. PENYERAHAN BANDAR TAIF

  8. PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
(dipetik dari risalah Nikmat Aidilfitri Mukmin sejati- YAYASAN ITMAM)

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan Kareem 1432H=2011M

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang Mulia. bulan diturunkan Al-Quran, bulan diwajibkan berpuasa, padanya beribu rahmah, pahala digandakan, kejahatan dibelenggu, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup.. SubhanAllah, Maha Ar- Rahman dan Ar-Rahim nya Allah swt. Dalam setiap perbuatan baik digandakan pahalanya namun dosa tidak pula digandakan.

hari ini 10 Ramadhan(10/8) = 10 hari sudah kita umat islam berpuasa. Menahan lapar dan dahaga, serta menjaga setiap anggota dari melakukan maksiat dosa. Banyak sungguh ujian dan cabaran yang menagih keSABARAN setiap muslim yang berpuasa. Jangan pula puasa kita itu sekadar menahan lapar dan dahaga, sedang pahalanya hilang begitu saja. Mata, mulut, tangan, kaki, telinga segala pancaindera hendaklah dipelihara sebaik-baiknya.

Ramai orang menjaga puasa tapi tidak menjaga solat. Ramai orang berpuasa tetapi tidak menjaga aurat. Berlumba-lumbalah kita mendapatkan tawaran lumayan dibulan Ramadhan ini. Ia datang hanya setahun sekali. Bersusah dahulu bersenang kemudian, bersusah didunia bersenang di akhirat, InsyaAllah. Tahun depan belum tentu kita dipertemukan dgnnya lagi. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 lalu. Moga bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Ramadhan kareem, Kullu sanah wa antum toiyibeen.

Saturday, August 6, 2011

cari muka surat al-Quran..Jom cuba


klik pada gambar di bawah untuk paparan besar.



terimakasi pengirim email kerana memforwardkan kpd saya.