Monday, December 26, 2011

Kuala Kangsar lagi kita..

Assalamualaikum bertemu lagi di  blog sepanjang kakiku melangkah.. 
Buat yang merindui cerita terkini dari blog usang saya ini.. (perasan je, bagi semangat sikit nak start nulis2 ni..) ini lah kisah terbaru dari saya sekeluarga. Sabtu-Isnin (24-26) di Kuala Kangsar. 23hb kami sudah pulang ke Rawang bermalam di sana.

Tujuan utama ke KK ialah untuk menjenguk kebun sambil membaja pokok2 sawit yang sedang berbuah. Di samping tu hendak mengisi masa cuti anak-anak, mengait langsat dan manggis, mandi kolam air panas dan air terjun di ulu kenas. 

ok, kita tengok gambor .. 


di PLUS hiway kami berhenti sekejap, sebab temperature kereta naik tiba2. Maklumlah kereta dah makin uzur, macam2 ragam. Sementara sejuk, kami jalan2 di tempat meninjau tu, cantik hijau. Klik pada gambar untuk paparan besar.



kenderaan pun banyak, beberapa kali berhenti di tengah2 hiway. Cuti Krismas 3 hari, semua nak travel jauh., jalan makan angin dengan famiy dan balik kampung. yang naik Cameron highland pun ramai, jem teruk nak masuk ke tol Simpang Pulai.



 lori pun banyak..


 *** 'SELAMAT DATANG KE BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR' ***


Esoknya bawa anak-anak ke kebun. Setelah baba beri taklimat dan penerangan ringkas serta tunjuk cara bagaimana nak tabur baja, masing2 pun dengan semangat dan berebut2 menjalankan tugas. Seronok sebenarnya bawa anak kecil2 ni sekali sekala. Maklumlah budak2 tak pernah kerja kebun bila disuruh buat bersungguh2 buat. Macam bataklah sikit.. hehe, umi lagi batak ambik gambar je.. :) Alhamdulillah kami tabur baja di bahagian depan dan 4 lagi pekerja tabung dibahagian belakang.


"..tabur baja keliling pangkal pokok, jangan baling kat buahnya..hati2.."




baba memang membesar dengan dunia kebun dan sawit. Tanyalah apa aje tentang kebun terutama sawit, insyaAllah semua baba tau. Waktu cuti sekolah baba, pagi2 sudah ikut atuk ke kebun mengait sawit, membaja dll. Berpanas berhujan tiada istilah lepak musim cuti. Tapi anak2 sekarang banyak sungguh senang lenangnya, tak merasai keperitan hidup kita dulu2. justeru sekali sekala mereka harus diajar bersusah2 pula. 



selesai membaja, agenda memanjat pokok manggis dan langsat pula..
adalah sepokok dua, tak banyak sangat. dapatlah kami makan. Alhamdulillah.


Dari tanah asal kita, kepada tanah kita kembali. Dari Allah kita datang kepadaNYA jualah kita kan kembali. 


di Kuala Kangsar kami menignap di Ezi Inn hotel. Klik pada tulisan tu untuk maklumat lanjut. Milik Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Kuala Kangsar Berhad. Ok, Selesa. Alhamduillah.
Macam biasa, makan tengahari di gerai makan depan sungai. Puas betul kali ni makan ikan jelawat masak tempoyak & ikan bakar cicah sambal tempoyak mentah. Sekarang di perak memang musim durian, sana-sini orang jual durian. Alhamduillah. 

(gambar copy dari internet, terlupa nak ambik gambor, sedap sangat sampai khusyuk )

Malamnya pula makan di restoran Benteng. Yang pling saya suka ialah somtham.



 Alhamdulillah cuaca sepanjang di sana elok. Jam 3.30 hari isnin, keluar menninggalkan kuala kangsar.

SEKIAN.




Sunday, November 20, 2011

Kenangan Haji Pertama.

Post lama bawa dari tempat lain, tampal di sini.

Alhamdulillah 16/11/2011 SV5300 Saudi Airlines selamat mendarat di KLIA jam 8malam membawa jemaah haji KT09 dari Jeddah. Setelah melalui hari yang panjang, pemeriksaan demi pemeriksaan akhirnya kami selamat menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. 

Sedih tak boleh nak kata macam mana terutama masa wada'. Semoga ada rezeki kembali lagi ke Mekkah dan Madinah, Ameen.