Sunday, August 30, 2009

Raya Oh Raya..


Setiap tahun hendak menyambut kedatangan syawal, pasti persiapannya terutama untuk anak2 akan membuatkan aku pening kepala, walaupun ongkosnya tidaklah banyak mana keluar dari poket ku namun senarai yang hendak dibeli tu sudah cukup membuatkan suami ku tak lena tidur malam..hehe.

Dari Fajar ke Tesco, dari Tesco ke Parkson, dari Parkson ke Jusco, dari Jusco ke Hari-hari, dari Hari-hari ke Ramai-ramai.., wah kalau ini macam mau botak kepala suamiku. Baju melayu dan baju kurung 2 pasang seorang, baju jalanya lagi, kasut nya lagi, tudung2nya lagi, accessori nya itu ini, kueh mueh, air kordial, perhiasan rumah, bunga2..pening, pening..!!!!

Hebatnya orang lelaki ni, walau banyak mana duit yang keluar tak pernah mengungkit, cuma si isterilah kena pandai2 mengawal selera berbelanja untuk diri sendiri dan keluarga(nasihat untuk diri sendiri).

Tahun ni masuk ramadan ke 2, kami sudah mula membeli persiapan untuk anak2 terutama pakaian. Pengalaman tahun lalu mengajar ku, bila masuk pertengahan ramadan banyak baju dah tak ada size dan warna2 pilihan pun dah tak ada stok, maka belilah apa yang ada. Tahun lepas rasanya anak2 ku tak ada kasut raya, pakai sandal je masing2 sebab aku dah tak kuasa menapak berjam2 dari kedai ke kedai memilih kasut.. Jadi tahun ini semua hendak kasut baru, maka bertambah lagilah belanja raya tahun ini.

Satu lagi yang merisaukan aku ialah anak aku yang darjah 3 (Muadz) membeli kasut dan baju yang sama harganya dengan kazut dan baju suamiku!!!. Tau kenapa? kerana saiznya yang lebih kurang sama, badannya yang tak setimpal dengan usianya menimbulkan satu lagi kesukaran dalam mencari baju yang bersaiz kanak2. sudahnya terpaksalah membeli saiz 's' untuk orang dewasa. kasutnya pula size 6 manakala suamiku saize 9..!Dah tentu harganya pun harga dewasa.

Balik kampung rawang baru2 ni kami singgah di Parkson Ria Rawang membeli kasut dan tshirt untuk anak2. Penuh jugaklah tangan kiri kanan. Bila balik semula ke Banting, satu plastik baju anak2 ku hilang entah kemana..fikir punya fikir, ingat punya ingat, rasa2nya tertinggal di kaunter Parkson Rawang! bayangkan hendak ke Rawang dari Banting semata2 nak ambik baju tertinggal? akhirnya minta tolong adik lelaki ku tanyakan kalau2 masih ada disimpan lagi di situ, kalau ada , adalah rezeki anak ku, kalau tak ada sudah lah, cari yang lain pulak..

Ya Allah, kami bersyukur kehadrat Mu kerana mengurniakan rezeki yang secukupnya buat kami sekeluarga, bagaimana pula mereka yang tak berkemampuan menyambut syawal yang bakal menjelang? Dalam berbelanja ingatlah ada insan yang masih memerlukan bantuan dan sumbangan ikhlas dari kita terutama kanak-kanak. Sempena Ramadan Mubarak ini sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah dan bersedekah sebanyak2nya..Moga segala amalan kita dinilai disisi Allah dengan nilaian yang terbaik. Ameen. Ramadan Kareem...

Wednesday, August 26, 2009

OPICK-Tombo Ati

Moga bisa merenungi isi kandungan lagu ini..

OPICK - Tombo Ati

Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo bisa ngelakoni
Mugi-mugi gusti Allah nyembadani

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salahsatunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Tuesday, August 25, 2009

Sesuatu yang Pelik. (شيء غريب)


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

شــــي غريب
كيف أننا نرى الـدينار كبيرعندما نأخذه إلى المسجد
وصغير جداً عندما نأخذه إلى السوق

Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita melihat wang sesuatu yang besar nilainya apabila kita bawanya ke masjid (untuk didermakan).Dan amatlah kecil nilainya pula apabila kita bawanya ke pasar (untuk dibelanjakan).

شــــي غريــــب
كيف أننا نرى ساعة في طاعة الله طويلة
ولكن ما أسرع التسعون دقيقة
في لعب كرة القدم أو ثلاث ساعات على النت

Sesuatu yang pelik,Bagaimana kita melihat satu jam dalam mentaati Allah adalah panjang masanya.Tetapi alangkah cepatnya pula 90 minit dalam perlawanan bola sepak atau 3 jam berlayar di internet.


شــــي غريــــب
كيف أنه من المجهد قراءة جزء من القرآن الكريم
وكيف أنه من السهل
قراءة رواية مختارة من 200 إلى 300 صفحة ؟

Sesuatu yang pelik, Bagaimana dia antara mereka yang merasa susah (dengan kemalasan) ketika membaca sejuzu' (sebahagian) dari Al-Qur'an.Tetapi merasa senang pula ketika membaca novel yang merangkumi 200 hingga 300 muka?


شــــي غريــــب
كيف أننا نتقبل ونصدق ماتقوله الجرائد
ولكن نتساءل
عن ما يقوله القرآن الكريم ؟

Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita boleh menerima dan mempercaya apa yang diperkatakan surat khabar.Tetapi kita sering mempertikai dan mempersoal apa yang dikatakan oleh Al-Qur'an?


شــــي غريــــب
أننا لا نستطيع التفكير في قول أي شئ عند الدعاء
ولكننا لا نواجه صعوبة
في التفكير في قول أي شئ عند التحدث إلى صديق ؟
Sesuatu yang pelik, Kita tidak mampu untuk berfikir apa yang hendak dikata (diminta & dibaca) dalam doa kita.Tetapi tidak pula kita menghadapi kesukaran berfikir mengenai apa yang perlu kita bualkan dengan kawan kita?


شــــي غريــــب
كيف تبدو طويلة قضاء ساعتين في المسجد
ولكن كم هي قصيرة
عند مشاهدة فيلم سينمائي ؟
Sesuatu yang pelik, Bagaimana dua jam dianggap tempoh masa yang lama untuk berada di dalam masjid,akan tetapi ia menjadi singkat ketika kita menonton filem di pawagam?


شــــي غريــــب
رغبة الناس في الحصول على المقعد الأمامي
في أية لعبة أوحفلة ولكنهم يتزاحمون للجلوس
في مؤخرة المسجد ؟

Sesuatu yg pelik Keinginan manusia untuk duduk di kerusi hadapan di sesuatu festival sukan atau majlis perayaan,tetapi mereka ini juga bersesak-sesak untuk duduk di tempat belakang masjid (ketika solat atau majlis ilmu) ?


شــــي غريــــب
كيف أننا نحتاج إلى مدة طويلة ونواجه صعوبة في حفظ
آية أو آيتين من القرآن الكريم
ولكن في مدة قصيرة وبسهولة نحفظ الأغاني ؟

Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita memerlukan masa yang lama dan berhadapan dengan kesusahan ketika hendak menghafaz satu atau dua ayat dari Al-Qur'an,sedangkan dengan waktu yang singkat dan mudah kita dapat menghafaz senikata lagu?


اليوم عمل بلا حساب
وغدا حساب بلا عمل
فأغتنم يوم عملك ليوم حسابك

Hari ini adalah hari beramal, tiadanya perhitungan,
esok adalah hari perhitungan, tiadanya amalan,
maka rebutlah hari beramal kamu untuk hari perhitungan kamu.


Moga bermanfaat.

artikel dipetik dari blog us. Amir Bin Berau.

Sunday, August 23, 2009

Hukum ucap Selamat Ramadhan..

كل عام وانتم بخير



Berbagai2 ucapan selamat sempena ketibaan ramadhan, tetapi apakah ucapan yang paling digalakkan? Video di atas diambil dari al-ahkam.net sumbangan Tuan Zainys. Selamat mendengar. Syukran.


More RAMADHAN graphics

Alhamdulillah, akhirnya Allah kabulkan doaku untuk bertemu ramadhan kali ini. Diucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia semoga ramadhan kali in lebih baik dari yang lalu. Ameen.


Selamat menghadapi peperiksaan percubaan PMR,STAM dan SMA kepada pelajar2 dan selamat bercuti. Awal ramadhan ini disambut dalam cuti pertengahan penggal kedua. Walaupun cuti tapi banyak tugas2 menantiku. Marking paper, exam PTK (28 ogos ni). Ya Allah berilah kejayaan kepada kami semua. Kejayaan melawan hawa nafsu sepanjang ramadhan ini dan selepasnya, kejayaan di dunia dan akhirat..Ameen.